Monday, 21 March 2011

Jaja & Din: Perempuan dan Isteri 'keras hati'




Seorang lelaki muda memakai kopiah putih, sedang bertafakur di pusara seberang jalan. Matanya bening, janggutnya nipis dan sejemput. Memakai kemeja putih yang dilepaskan di luar.’ [Noor Suraya: Jaja & Din, 2009:21].

Din yang inilah yang berjaya menambat dan menyimpul mati rasa indah dalam hati Jaja. Din yang inilah yang menjadikan hidup Jaja tidak tenteram dan jiwa sentiasa tidak aman sehingga sanggup berbaju kurung setiap kali balik ke kampung halaman kerana ingin kelihatan sopan seorang gadis Melayu pada Din, sekiranya terserempak dan terjumpa.

Jaja & Din hasil nukilan Noor Suraya membawa kita menyelami rasa dan gelodak hati seorang perempuan Jaja. Kita melihat ‘dunia’ Jaja & Din dari ‘kacamata’ Jaja. Hanya sesekali saja kita diberi ruang untuk menyelami rasa diri Din.

Jaja & Din, sebuah kisah yang punyai pencirian Islam yang terang dalam lapisan bahasa denotasi. Moral yang diangkat adalah condong kepada nilai moral Islam. Cerita tentang ‘penginsafan’ dan pencarian makna hidup sebagai perempuan Islam dalam diri Jaja setelah terpaut mati pada gambar Din.

Melalui Jaja kita melihat dunia Jaja dan dunia Din yang berbeza menjadi satu. Lengkap. Tidak ada terkurang dan terlebih di mana-mana kerana Jaja sudah lama redha dengan cara kehidupan Din yang zuhud.

Jaja & Din bagi saya sebuah kisah yang menarik dan banyak pengajaran. Namun sebagai pembaca saya  tidak puas kerana kisah konflik gelodak hati Jaja diawal perkahwinan dan rasa hati sebagai isteri kepada seorang muhajid tidak dalami. Konflik diri Jaja yang melalui proses transisi ke dalam dunia Din dan konflik rasa isteri kepada muhajid bagi saya sungguh menarik tetapi penulis tidak mendalami konflik ini dengan lebih jauh lagi.

Secara ringkas, Jaja & Din mengangkat kisah perempuan dan isteri yang berhati ‘keras’ dalam mengharungi kehidupan sebagai perempuan yang ingin berubah dan isteri seorang muhajid.

No comments:

Post a Comment

2011 Reading Challenge

Ayu has read 0 books toward a goal of 100 books.
hide