Nuffnang

Saturday 30 April 2011

PBAKL 2011: 22 April - 1 Mei


1.    Apa yang JS akan jual di PBAKL ke-30 (Dewan Tun Hussein Onn, PWTC)?
Semua buku terbitan Jemari Seni sejak Oktober 2006 (Percayalah… oleh Ruby Hazri) sehinggalah buku pracetak Mei 2011 (Baju Melayu Hijau Serindit – oleh Syud  dan Contengan Jalanan – oleh Hlovate). 
Semua novel terbitan JS Adiwarna yakni Siri Buat Orang Muda (genre apa pun, hanya RM10 sebuah) dan Novel Si Manis 17 (tebal bagaimanapun hanyar RM14sebuah).
2.    Berapa diskaunnya?
Diskaun untuk novel Jemari Seni Sdn. Bhd. bermula dengan… 
(a)    20% untuk buku-buku terbitan 2011 
(b)    30% untuk buku-buku terbitan 2006-2010
(c)    40% untuk ‘tawaran istimewa’
(d)    25% untuk buku-buku  seperti di (a) kalau anda memilik baucar (sila tanya Saudara Soleh Ismail untuk dapatkan baucar – yang terhad itu)
3.    Di mana letaknya Gerai JS
Di tingkat bawah dewan yang bertentangan dengan kaunter informasi iaitu Dewan Tun Hussein Onn. Dalam tu ada Gerai PTS dan Gerai Ana Muslim
Gerai JS terletak di muka pintu dewan itu. Okey tak maklumat Kak Nila ini. Mana lebih bagus, maklumat GPS atau Kak Nila? 
Di copy and paste dari:

Untuk maklumat lanjut tentang  Jemari Seni Sdn Bhd di PBAKL sila klik di link di atas.

Friday 22 April 2011

Kristal Kristal Yang ‘Puitis’



 Membaca cerita derita hati Kasih Iris Arshad saya terleka. Sedar-sedar sudah hampir tiga bab saya membaca dalam satu masa. Jarang sekali saya duduk atau berbaring membaca novel lama begini. Paling lama satu bab kemudian akan ada perkara yang saya harus buat. Mungkin esok atau lusa saya akan mengadap lagi…satu bab lagi. Bukan saya tidak suka membaca novel tapi masa terluang yang saya ada sekaranag, terlalu sedikit.

Bahasa yang menggerakkan Kristal Kristal hasil nukilan Misdhiaz, menjadikan saya terbuai-buai. Terleka. Menjadikan cerita Kristal Kristal saya ingat-ingat lupa. Justeru itu banyak ‘ilmu’ bahasa saya pelajari dari Kristal Kristal.

Cerita Iris, kisah derita dan emotional repression seorang perempuan yang sentisif dan sungguh lembut hatinya. Derita Iris bukan hanya berbentuk patah hati pada Dzul Raimi atau Dr. Luv tetapi derita sengsara dari kisah lampau keluarga yang berlanjutan sehingga sekarang. Cintanya pada seni – ayat-ayat cinta dari Dr. Luv, seni lukisan dan galeri lukisan- secara konotasinya melambangkan kelembutan dan sensitiviti hati dan perasaan seorang Iris.

Mendalami Kristal Kristal pada akhir-akhir (sepuluh bab akhir ) cerita, saya boleh meneka tujuan kewujudan setiap watak - yang saya anggap sebagai watak pembantu - melalui  simpulan-simpulan cerita pada awal kisah. Semua watak-watak ini diwujudkan dengan fungsi dan tujuan yang tertentu dan bakal menyumbang kepada derita Irish. Yang akan kita ketemu pada pengakhiran cerita. Seperti Aizat, Hakeem,  Nia, Aunty Mila dan Qaznur. Pada pendapat saya, penulis tidak mahu ‘mengsia-sia’ watak yang dibentuk.

Pada pendapat saya konflik Iris datang bersilih ganti dan bercabang kemudian beranting kecil. Konsep 'malang' yang diangkat penulis pada Irish untuk meraih simpati terus menjadi lali dan kebas. Irish direpresentasi sebagai seorang wanita yang pasif dalam hubungan dia dengan tunang pilihan hati dia- Hakeem. Tidak pernah cuba 'memberontak' bila Hakeem semenjak bertunang kian hari seperti kian 'hilang'. Serta tidak memperdulikan dia. Malah berani dia menjalin hubungan yang berbaur kasih dengan Dzul Raimi ketika menjadi tunangan Hakeem. Tetapi tidak berani pula dia menyuarakan hasrat untuk memutuskan pertunangan kerana kasih dia sebenarnya memang azali pada Dzul Raimi - cinta pertama dia sebelum Hakeem. Tetapi Irish yang ini terus hilang bila setiap kali berdepan  dengan Pak Long. Pak Long, saya 'lihat' seperti tempat Irish membuang marah dan emotional repression dia yang padat di dalam.


Namun begitu, paling saya ingat dan suka, adalah pada Nia. Nia, walaupun bukan watak utama tapi pengajaran yang dikutip sebagai pembaca dapat ‘menenggelamkan’ rasa simpati saya  pada kisah derita Irish. Terus  cerita Nia menjadi fokus jelas pada saya dan bukan emotional repression dan konflik utama cerita ini (kisah Irish). 

Nia, dari seorang yang saya rasa punyai pencirian gadis Melayu Islam, merasakan pencirian begini tidak cukup bagus dan kuat untuk dia meraih semula kasih dan cinta Hakeem- seorang kaki botol dan kaki perempuan. Tidak setanding dengan Irish yang Hakeem tergila-gilakan itu. Sebabkan Iris, dia ditinggalkan Hakeem. Justeru itu dia ingin menjadi lebih ‘bagus’ dari Irish. Lebih ‘daring dan seksi’ dari Irish. Makanya penampilan yang baharu ini berjaya menjadikan Hakeem tunduk pada dia. Yang diakhiri dengan Nia mengandungkan anak luar nikah Hakeem. Beralasakan ini, Hakeem mengkahwininya yang berakhir dengan dia bermadu dengan Irish –isteri kedua Hakeem (yang selama ini adalah tunangan Hakeem). Tapi apa yang dia dapat dari perubahan dengan niat yang tidak betul begini? Selain dari berdosa kerana berzina, dia menjadi tempat membuang baran Hakeem. Berbaloikah Nia mengubah prinsip hidup dan memijak iman demi seorang Hakeem yang sebenarnya tidak layak menjadi suami seorang perempuan?

Ringkasnya di sini, Kristal Kristal saya suka kerana bahasanya yang sungguh ‘puitis’. Cerita Nia sememangnya melekat dihati. Tentunya jika ada Kristal Kristal 2, lebarkan cerita Nia dengan Hakeem selepas Irish tiada. Tahniah buat Misdhiaz. 




Saturday 9 April 2011

Terima Kasih Sayang Dari Saya.




 "Mak, today is first of Mac. Your favourite month. Your birthday’s month,"

Pagi hari pertama bulan Mac Alif anak bongsu saya beria-ia memberitahu tentang apa istimewanya bulan ini kepada dia dan juga untuk keluarga ini. Bersungguh-sungguh dia memeluk dan pipi saya dicium berkali-kali. Saya sudah arif dan kenal dengan sikap Alif yang satu ini. Setiap kali tibanya bulan kelahiran mana-mana ahli keluarga ini, dialah yang paling terlebih suka. 

Khususnya bila bulan Januari tiba. Akan setiap hari dia mengingatkan daddy, kakak Yasmin dan abang Akif serta saya tentang tarikh  hari lahirnya dalam bulan itu. Juga mengira setiap hari...berapa hari lagi akan sampai ke tarikh 29 Januari, hari lahir dia. Serta akan diceritakan setiap hari apa hadiah yang dia mahu kali ini. Dan setiap hari itu pasti akan bertukar-tukar saja hadiah yang dia minta.

Seperti tahun-tahun lepas, tarikh hari lahir saya tiba juga. Tapi tahun ini cara saya meraikan tibanya tarikh itu berbeza. Tanpa dirancang. Meriah dan SUNGGUH MERIAH! Tiada lagi kata-kata yang dapat saya gambarkan maksud serta rasa suasana tibanya tarikh 19 Mac ini yang kemudiannya berlanjutan beberapa hari selepas itu.

19 Mac 2011, secara rasmi dalam kalender Masihi genaplah umur saya 40 tahun. Namun begitu saya sedar umur 40 tahun itu sudah lama tiba sekiranya disukat mengikut kalendar Hijrah – 21 Muharram dulu.

19 Mac untuk tahun 2011 besar pengertiannya kepada saya. Tidak seperti tahun-tahun lepas, saya dan keluarga akan keluar makan-makan di mana-mana. Ini adalah resam keluarga saya sempena meraikan tarikh hari lahir keluarga ini.


Tahun ini tibanya 19 Mac saya dan keluarga sambut dalam suasana majlis ilmu – DUDE: Discover Your Deen bersama adik-adik undergrade.  Adik-adik undergrade mengucap selamat hari lahir bersama ucapan syukur kerana tahun ini, hari lahir saya diraikan bersama para ustaz dan ustazah yang tinggi ilmu mereka. Saya dalam senyum merasa syukur kerana tarikh hari lahir saya seolah diberkatiNYA. InsyaAllah. Apatah lagi bila para ustaz dan ustazah yang begitu dalam ilmu mereka berkunjung ke rumah bersama rakan-rakan yang lain. Ditambah pula apabila selesai majlis ilmu yang telah membuka minda dan 'mata' saya, diakhiri dengan nyayian lagu happy birthday day oleh adik-adik undergrade untuk saya. Terima kasih seluatan kasih buat semua. 

Sambutan hari lahir  saya berterusan pada esoknya, bila daddy mengajak kami sekeluarga keluar dearah untuk makan-makan.

“Lets’s celebrate Mak’s birthday properly,” cadang Alif pagi Ahad itu setelah daddy memberitahu tentang hajatnya untuk membawa kami makan-makan di luar. Bersama rakan, majlis hari lahir saya berlangsung di sebuah restoran di Hull. Enak dan meriah. Tapi ada sayu dalam diri bila pandangan saya tidak menangkap kelibat Yasmin, anak sulung saya. Yang kini sudah beberapa minggu berada di Malaysia. Menyambung pengajian sekolah menengah dia di sana. Apa pun melihat Akif, Alif dan daddy yang bersungguh dan gembira, hati yang sayu terubat.


Tidak berakhir di situ, sambutan hari lahir saya berterusan lagi. Kali ini surprise party dengan tema berkelah pulak. Surprise party ini dirancang oleh adik-adik angkat saya di sini. Sungguh saya terharu dengan perhargaan yang begini. TERIMA KASIH SAYANG dari saya dan suami. Terima kasih sebanyak awan di langit biru. Sungguh saya sekali lagi terharu bila membaca ucapan-ucapan terima kasih yang diberi kembali kepada saya bila saya mengucapkan terima kasih pada status FB saya esoknya:

         Nasuha Hanafi kak ayu n abg shaq:sama2..kami xtau nk terima kasih kt kak ayu n abg shaq mcm mne,, ni je la slh stu cara haha..
           
          Nur Hanun Abdul Halim same2....happy birthday kak ayu...thanks juga atas jasamu dan abg Shahar Saad pada kami yg menumpang kasih ni..hehe..


Buat adik-adik semua:

Persahabatan dan silaratulrahim yang dihulurkan dengan ikhlas sudah cukup buat akak dan keluarga sebagai tanda terima kasih. Kerana persahabatan dan silaratulrahim yang terjalin dengan ikhlas ini telah meringankan sedikit beban akak dan suami bila disoal jawab di alam sana nanti, tentang perihal tangjungjawab hablumminannas kami ketika di alam ini.

Kita bertemu di sini dan hidup bersaudara di tanah rantau di sini sudah tertulis dan bukan secara kebetulan. Kenapa dan mengapa kita bertemu dan bersaudara tentu ada rahsia disebaliknya. Allahhualam. Sebagai saudara sesama Islam, ini saja yang kami mampu lakukan dalam menjaga ukhwah agar tidak berpecah kerana tidak sanggup akak dan suami menanggung azab di alam sana. Nauzubillah.


Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kak Ayu
Allah Selamatkan Kamu...


 Masih terdengar-dengar suara-suara merdu dan sumbang adik-adik undergrade bila tiba-tiba saja keluar dari celahan pokok bersama sebuah kek yang tertulis Happy Birthday. Dengan wajah yang sungguh ceria dan ikhlas mereka melangkah sambil bernyanyi. Sungguh...hari ini sangat terharu. Ya...semoga Allah Selamatkan saya dari setiap apa yang dilarangNya. InsyaAllah.



TERIMA KASIH adik-adik semua. Suasana 22 Mac sekitar jam 2.30 pm itu akan kakak dan abang letakkan pada kelopak kenangan pada ruang istimewa di dalam hidup kami di ketika sini. 

Terima kasih daddy kerana bersungguh ingin meraikan hari kelahiran saya. Buat daddy, Akif dan Alif juga Yasmin yang berada di Malaysia, tiada apa yang diinginkan sebagai hadiah kerana kalian hadiah yang sungguh bermakna dan paling berharga.



Selamat menyambut hari lahir ke 40 buat diri sendiri. Doa saya, semoga keluarga dan jodoh saya diberkatiNya dunia dan akhirat. AMIN.


Terima kasih buat semua. Semoga silarutulrahim ini kekal ke akhir hayat. InsyaAllah. AMIN.

Saturday 2 April 2011

Sigaraning Dunia Maskulin.


Sigaraning karya Imaen membawa saya ke dunia Ali, tauke pasar mini yang masih bujang. Ali yang ‘dibuang’ Salina dan Ali yang ‘diburu’ Vivian. Cerita yang berlatarkan dunia peniaga Melayu yang dipaut kisah gansterism mafia Melayu. Kisah Ali yang terlalu memuja Salina dan cerita Ali yang tersesat masuk ke alam gangsterism.

Sigaraning merungkai kisah ‘lelaki’. Ceritanya kisah ‘maskulin’. Kisah Ali yang terjerat di dalam bayangan cinta Salina dan tersepit dalam pergelutan dua kumpulan mafia Melayu. Cerita dialun seperti ombak di laut. Sekejap tenang kemudian berombak deras. Yang tenang itu kisah cinta Ali dengan Salina dan kisah rasa Ali pada Vivian. Yang berombak deras itu kisah Ali menentang lawan dan serang dua kumpulan mafia Melayu.

Saya tidak sedih bila Salina membuang Ali dengan ‘kasar’. Pada saya Vivian lebih ‘layak’ berada di sisi Ali, menjadi heroin Sigaraning ini. Pendapat saya ini berasaskan kepada pencirian yang ada pada Vivian, wartawan bahagian jenayah. Tentu orangnya berjiwa kental dan berani. Apatahlagi bila seorang Islam dibesarkan dalam keluarga dan ruang masyarakat bukan Islam. Vivian pada pendapat saya adalah seorang perempuan yang berfikiran terbuka tetapi bertepi dan punyai prinsip diri yang tegas.


Justeru itu latar psikologi dan sosiologi begini membentuk konsep seorang VIVIAN yang sesuai dalam ‘dunia’ Sigaraning ini. Dunia lelaki yang penuh cabaran ‘kelakian’. Maka dengan itu kewujudan VIVIAN yang diangkat melalui unsur –unsur perwatakan ‘maskulin’ seorang perempuan adalah perlu untuk dunia Sigaraning.

Berbanding Salina, seorang guru, yang digambarkan sebagai perempuan yang mementingkan diri sendiri dan punyai pandangan yang negatif terhadap kemampuan pasar mini Ali dan meminta Ali menjadi cikgu seperti dia. SALINA pada saya seorang yang lemah jiwa dan prinsip. Konsep seorang SALINA pasti dengan mudah akan tewas dalam cabaran dunia Sigaraning ini.

Konsep seorang SALINA secara konotasi menjurus kepada representasi pandangan masyarakat Melayu kita terhadap kemampuan orang ‘kita’ dalam bidang perniagaan. Juga anggapan bahawa menjadi guru adalah suatu pekerjaan yang menjamin masa depan dan senang.

Sigaraning secara ringkasnya adalah cerita Ali Imram, graduan ekonomi. Cerita yang diangkat dalam ruang ekonomi Melayu dalam era  moden dan kapitalis. Cerita tentang ‘perjuangan’ golongan Melayu Baru ini dalam mempertingkatan status dan taraf hidup masyarakat Melayu.