Wednesday, 17 August 2011

Panggil Aku Dahlia:Perjuangan Seorang Dahlia




Dahlia bukan Rose yang menjadi pujaan ramai. Sungguhpun begitu Dahlia punyai aura dan seri yang tersendiri dan cantik.

Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya, mengangkat seri dan aura Dahlia yang tidak secantik Rose atau Mawar. Dahlia Noor Suraya  ini tidak sesempurna rose. Wajah Dahlia yang punyai parut di dagu dan kulit pula tidak secerah dan semulus seperti watak-watak ‘rose’ yang sering saya ‘jumpa’ di dalam novel.  Namun begitu ada di antara kelopak-kolopak Dahlia Noor Suraya ini punyai aura dan seri yang jauh lebih wangi dari kelopak watak –watak rose yang sentiasa cantik itu.

Panggil Aku Dahlia adalah cerita Dahlia atau Puteri Dahlia anak Megat Qais. Perempuan  Melayu yang berdarah Filipina dari sebelah ibu. Dahlia orangnya ‘kuat’ dengan prinsip hidup sebagai seorang wanita Muslim. Tetapi juga seorang yang pendendam. Pada pendapat saya kisah Panggil Aku Dahlia (PAD) mirip kisah Romeo and Juliet barat tetapi tidaklah seratus peratus mengikut bingkai cerita itu. Cuma  idea pokok kisah PAD mungkin serupa. 

Berlatarkan ruang ladang teh di Cameron Highlands, PAD menyelongkar kisah sedih dan trajis Dahlia.
Kisah perjuangan Dahlia dalam mempertahankan Teh Timor kepunyaan keluarga dan semangat kental dia untuk membersihkan nama arwah ibu yang sangat busuk. Kisah yang ‘kuat’ ini ‘dilembutkan’ dengan cerita-cerita 'manis' proses perubahan hati Dahlia buat Wadi.

Membaca PAD menjadikan saya kepingin ke tanah tinggi itu untuk mencari Dahlia dan Wadi. Ingin saya berlama-lama di Rumah Rehat Teh Timor. Ingin saya menikmati kuih dari Dapur Orkid. PAD pada saya sebuah kisah perjuangan Dahlia. Perjuangan dan prinsip diri Dahlia itu pada saya jauh lebih cantik dari Rose yang sentiasa dipuja.

No comments:

Post a Comment

2011 Reading Challenge

Ayu has read 0 books toward a goal of 100 books.
hide