Wednesday, 21 September 2011

Salam Aidilfitri





Salam Aidilfitri,


Masih bolehkah saya mengucapkannya? Masih ada lagikah wangian Aidilfitri pada hujung – hujung Syawal ini? Kalaupun wangiannya tidaklah seharum minggu-minggu awal Syawal. Adat kita di sini, berjuang dan berperang sebulan, sambutan yang diraikan haruslah sebulan juga. Baharulah dikatakan berbaloi. Kalau sebulan kita menahan dari lapar dan dahaga, biarlah sebulan juga kita berpesta-pesta makan di majlis rumah terbuka. Baharulah adil namanya. Benarkah itu yang seharusnya? Saya pun kurang pasti. Tepuk dada tanya hati.



Setelah hampir empat tahun saya di Tanah Ratu, sudah empat kali Aidilfitri saya raikan di sana, tahun ini saya dan keluarga menyambutnya di tanahairku. 

‘The best Eid ever!’ Jerit Alif pada hari raya ketiga. 

Ya…the best Eid ever, saya akui kata-kata Alif. Aidilfitri kali ini sungguh bermakna buat saya khususnya. Hari kemenangan ini saya dan keluarga sambut bersama keluarga yang sudah lama saya rindu. Sungguh meriah. Bukan ertinya menyambut Aidilfitri di Tanah Ratu itu tidak meriah. Meriah di sana, dalam ruang rasa dan cara anak rantau.  Namun begitu, ruang rasa dan cara suasana Aidilfitri di tanahair juga yang menjadikan rasa rindu saya pada suasana Aidilfitri di Tanah Ratu hilang terus. Ataupun mungkin sebenarnya rasa itu tidak pernah wujud langsung?

Meriah sambutan Aidilfitri di Tanah Ratu cuma sehari dan setempat tetapi rasa meriah dan sentimentalism yang dikepilkan melalui gambar-gambar salam perantauan di dada-dada akhbar itu yang gah sebenarnya. Menjadikan yang melihat ada rasa sayu dan tersemat rasa iri dan ingin sekali meletakkan diri mereka di situ. Ia nya seolah sudah menjadi budaya yang harus bagi perantau dari sini, meski pun saban hari bersusun-susun gambar peribadi dimuat turun di muka buku (Facebook) buat tatapan keluarga di tanahair. Sungguhpun begitu pengalaman menyambut Aidilfitri di tanah rantau dalam jangka masa yang sungguh lama itu dulu tidak boleh dijual beli.


Salam Aidilfitri dari saya dan keluarga buat rakan-rakan di Tanah Ratu dan juga di tanahaairku. Juga sahabat-sahabat di negara Aussies sana.

Maaf Zahir Batin

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya kak Ayu n family =)

    ReplyDelete
  2. Budaya kita orang melayu (di bandar2 besar je kot) kalau tak beraya santak sampai kehujung syawal, tak sah namanya. Tulah pasal ada ungkapan ‘rasa sakan’ gamaknya. House open sana, open sini. Di samping jamu kawan2, tayanglah apa yg patut ditayang.

    Bila dekat2 nak syawal, kita semua menderu pakat balik kampong. Habis beraya kat kampong, kita pakat menderu balik semula kekota.

    Bab masa dalam kereta (tak kiralah masa pi atau masa balik), tu yang thrill tu. Saya sendiri ambik masa selama 8 jam (sepatutnya cuma 3 atau 4 jam) bersesak-sesak bumper to bumper, kat highway dalam perjalanan balik dari utara.

    Mungkin pengalaman beraya kat sini merupakan sesuatu yg baru bagi anak2 puan. Tu yang depa teruja sangat tu. Tapi lama2 depa akan mangli jugakla. Mangli dengan cara kita orang melayu sambut raya yang macam pesta balas dendam pasal sebulan tak dapat makan.

    Kira punya kira, masih ada belen beberapa hari lagi, jadi saya pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd puan seisi keluarga.

    ReplyDelete
  3. azira: selamat hari raya buat azira dan keluarga juga. Maaf zahir batin.

    fakur: mungkin benar- pengalaman menyambut raya di sini suatu yang baharu. Yang pasti mereka suka balik kampung. Suka mereka bermula dari langkah pertama naik ke dalam kereta sehinggalah langkah pertama menapak untuk naik kereta semula ketika hendak pulang ke Subang Jaya. Kalau dlm perjalanan balik kampung mereka tidak sabar-sabar utk sampai, dlm perjalanan pulang mereka hanya diam dan asyik tidur lena saja. :)

    Selamat hari raya buat saudara fakur juga. Maaf zahir batin dari saya dan keluraga buat fakur dan keluarga.

    ReplyDelete

2011 Reading Challenge

Ayu has read 0 books toward a goal of 100 books.
hide