Nuffnang

Friday 2 March 2012

26 Episod Gosip


Terima kasih semanis madu buat Kakyah kerana tag saya untuk melihat keratan keratan akhbar 26 Episod Gosip ini. Saya sudah hampir lupa pada Ain kerana sibuk melayan Seri, sejak dua menjak ini. Melihat dan membaca keratan akhbar yang pendek saja itu, kisah Ain melayang-layang semula di ruang mata. Ada senyum pada wajah bila barisan ayat-ayat yang sering saya terima melalui emel, komen  dari pembaca- pembaca yang tidak bersetuju dengan pilihan Ain itu. Ada yang sering menghantar emel untuk bertanyakan bilakah sambungan cerita Ain ini akan kisahkan? Yang jelas mereka mahukan kemenangan kepada pihak yang satu lagi.


Terima kasih semua yang sudi membaca. Komen anda sungguh berharga kepada saya. Memang cerita Ain masih belum berakhir. Ia hanya akan berakhir bila Ain sudah menjadi isteri......(jeng..jeng...jeng). Ceritanya sudah 'ada' tapi masih tidak dikisahkan sepenuhnya di fail laptop saja. Ketika ini saya 'sibuk' melayan Seri di Kampung Molek. Dalam pada masa yang sama saya sedang memujuk Zulaikha, dari Kampung Nelayan, yang sudah lama diam, supaya menyambung kisah cintanya yang saya anggap 'cinta berani mati' dan  pengalaman dia ketika menjadi anak rantau di Tanah Ratu dulu.

Terima kasih sekali lagi.