Saturday, 20 September 2014

Bayou Lagoon Resort







Bayou Lagoon Resort: Melaka

Cuti kali ini saya dan keluarga menginap di Bayou Lagoon Resort. Tiba ketika waktu sudah hampir petang, proses mendaftar masuk mengambil masa yang lama memandangkan ramai yang sedang menunggu giliran.

Setelah mendaftar masuk ke Bayou Lagoon Resort, anak-anak bersuka ria di taman air yang ada. Si kecik yang paling gembira. Semua yang ada dia mencuba. Si abang hanya bermain-main yang mana dia suka dan kemudian bila bosan, pergi ke tempat adik dan mengusik. Si kakak, sekejap main air…sekejap naik…sekejap dihalau adik-adik ke tempat lain kerana ada ketikanya ‘the boys’ hanya ingin bermain berdua saja.




No comments:

Post a Comment

Followers

Cerita Semalam

Semuanya Bermula dari HATI