Nuffnang

Saturday 9 January 2016

Bicara Semalam

Bicara Semalam

"Kalau tiada atau ilham tepu rujuklah Al Quran. InsyaAllah beribu-ribu cerita yang boleh diolah untuk dijadikan cerita." 

Nasihat rakan ustaz yang saya kenal bila bersembang santai kami semalam,(di Baza Froz suami), perihal soal rahmat dan redha Al-Khaliq dalam bidang penulisan: baik novel, cerpen mahupun skrip.



Maka pagi ini saya membuka Al Quran untuk 'mencari' cerita yang ingin saya angkat ke dalam cerpen. Maka surah Surah Al-Mumtahanah 'dipertemukan' dengan saya. Betapa hari diruntun sayu dan syukur sebaik saja jiwa reda dari terpaku. Benar bagai dikata ustaz semalam, hanya dengan surah yang terkandung 11 ayat ini sahaja sudah boleh dicabangkan kepada lima atau enam cerita. Allahuakhbar. Sungguhlah pertemuan saya dengan ustaz semalam sudah ditentukan Al Alim. Alhamdulillah.

Ayat 8:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Ayat 9:

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Bagitu ayat 10 yang boleh diangkat sebagai cerita yang baik.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


No comments:

Post a Comment