Nuffnang

Tuesday 27 December 2016

Teman Jiwa a.k.a Soulmate : Surat Itu


Kiah Terima Surat....






“Kiah…” Jerit Zana.

Suara rakan baik Nur Rukiah, singgah ke telinga bersama bayu melintas.Tudung yang senget benget, dia betulkan molek
sambil pandangan jatuh pada Zana, rakan dunia akhiratnya, sedang meniti laju batas ban ke arah
pondok.


Kiah…bagi aku tengok surat tu?” 

Pinta Zana sebaik saja sampai. Zana merampas surat di tangan Nur Rukiah dan membaca semua yang tercatat. Senyum melebar muncul pada wajah hitam manis itu. Terkejut Nur Rukiah bila jasadnya dipeluk erat.

“Tahniah… sukanya aku…. akhirnya impian
kau untuk keluar dari kampong ini berjaya. Cita-cita
kau untuk bekerja di syarikat besar, tercapai.”

Luah Zana yang masih memeluk erat jasad kecil Nur Rukiah. Senyum muncul pada wajah Nur Rukiah dalam celahan rasa keliru.

“Kau tak suka ka? Walaupun bukan setiausaha
tapi…Executive Assistant ni ala-ala setiausaha
juga. InsyaAllah…aku yakin suatu hari nanti kau
akan menjadi setiausaha pada orang besar-besar….
VVIP.” Ujar Zana bila wajah Nur Rukiah dia belek.

“Suka…sapa kata aku tak suka? Tiga tahun
aku belajar Degree in Office Management and
Technology di UiTM dulu, sia-sia sajalah kalau aku
tak suka. Tapi kan Zana…”

“Kalau dah ada TAPI…tak sukalah tu…” Balas
Zana. Nur Rukiah ketawa kecil.

“Entahlah.” Rukiah membelek wajah Zana.

“Aku suka Zana…tapi kenapa aku rasa sedih
dan sayu…”

“Aku faham… kau jangan bimbang sangatlah
pasal mak dan adik-adik kau kat kampong ni.
Abang Umarkan ada. Memang tanggunjawab dia
pun jaga mak dan tiga orang adik kau tu.” Zana
memberi semangat.

“Memang tanggungjawab Abang Umar. Tapi
aku kesian tengok dia. Sejak ayah aku meninggal
lima tahun lepas, dialah yang tanggung kami.
Mak.. aku beradik. Keluarga dia anak beranak.”Ayat Rukiah diam di situ sambil pandangannya mendakap bukit-bukau di depan mata. Rindu pada arwah ayah membelai jiwa.

“Sejak kena buang kerja dari kilang tahun
lepas, hidup dia semakin susah. Baik abang Umar
mahupun kak Nani, mereka tak pernah merungut
atau keluh kesah.” Rasa yang bergelora di dalam menjadikan pasangan mata bundar Rukiah
bergenang.

Sunday 25 December 2016

Happy 20th Anniversary to me....US


Happy Anniversary....


May Allah...through HIS Mercy and Love, granted this marriage and beautiful family HIS Blessing until Jannah.



ALHAMDULILLAH. AMIN

Thursday 22 December 2016

Novel ke 8 - Teman Jiwa a.k.a Soulmate

InsyaAllah dan Alhamdulillah novel ke 8 saya akan berada dipasaran pada hujung Disember 2016. 

Antara Ikrar Janji Cinta Dan Memiliki Siapakah Si Teman Jiwa?




Bermula dari luahan idea Profesor Emeritus Tan Sri
Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar, sekitar
pertengahan tahun 2015, yang ketika itu adalah Naib
Canselor Universiti Teknologi MARA, idea Teman Jiwa
mula dilakar menjadi sebuah cerita cinta melankolik.
Mengangkat perjalanan cinta Nur Rukiah Mat Ali.

Penulis ‘menjelajah ke Eropah’: Reims, Stuttgart
dan Zurich di alam maya dengan diapung oleh kenangan
ingat-ingat lupa penulis ketika berada di Paris [dulu].
Proses ini mengambil masa yang lama tetapi sungguh
menyenangkan.

Kisah perjalanan cinta melankolik Nur Rukiah ini
mengangkat konflik antara siapa Nur Rukiah dan ego
‘brutal’ Tuan Singa Azmeer yang disimpul dalam ikrar
janji cinta Tuan Azmeer pada yang tiada.


Selamat membaca dan semoga terhibur.


[Teman Jiwa a.k.a Soulmate: Haswida Abu Bakar, 2016]




Monday 19 December 2016

Teman Jiwa A.K.A Soulmate


14 Disember yang lalu filem Soulmate ditayangkan di DATC, UiTM.

Bagaimana perasaan saya? Tentulah sangat teruja untuk melihat watak yang saya cipta: Nur Rukiah, Azmeer, Kalisha, Kak Dian, Zana dan Firdaus 'hidup'.

Sebaik saja filem bermula Azmeer dan Kalisha 'hidup' di depan saya. Saya mengukir senyum kerana saya faham bagaimana agungnya cinta pasangan suami isteri ini. Saya juga tahu bagaimana ia berputik dan terpaksa 'berakhir'.

Tidak lama Nur Rukiah dan Zana pula muncul dan saya tergamam. Sungguh lain dari apa yang saya lakarkan dalam novel Teman Jiwa A.K.A Soulmate. Rukiah dan Zana saya orangnya perempuan kampung yang 'sopan' tetapi cekal jiwa. Kedua-duanya bercita-cita besar. Seorang memahat impian menjadi setiausaha kepada VVIP dan seorang lagi menggantung cita-cita untuk menjadi seorang perancang bandar yang berjaya. Khususnya Rukiah yang matang kerana kesusahan hidup.

Terkejut saya bila Firdaus juga ke hulur ke hilir dengan mereka. Firdaus saya orangnya, seorang Hafizan. Lulusan PhD Usulludin dari Syria dan pensyarah di salah sebuah universiti di Doha. Orangnya berjiwa pejuang -Muhajid, ahli NGO kemanusiaan. Tetapi Firdaus yang di depan mata saya ketika itu..lelaki kampung biasa-biasa. Cuma Rukiah Soulmate dan Nur Rukiah saya samanya hanya pada pandai membuat kopi yang sedap.

Gaya berfesyen Nur Rukiah dan Rukiah Soulmate juga berbeza. Nur Rukiah saya gaya dalam busana Muslimah. Pelik dan 'comot'nya adalah dalam gaya Muslimah dunia Nur Rukiah yang tidak digemari oleh Azmeer. Ada ketika tudungnya kembang besar seperti bunga raya dan ada ketikanya seperti sarang tebuan (kononnya fesyen gaya Yuna).

Ketika itu fahamlah saya bahawa proses adaptasi itu mempunyai jurang persamaan yang sangat luas. Mungkin luasnya seperti langit dan bumi. Penulis skrip bukan penulis novel itu maka interpretasinya pastilah berbeza mengikut pengalaman, rasa dan gaya penulis skrip tersebut.

Maka betullah apa yang dikatakan oleh Luc Goddard- sebaik saja teks itu dibaca, maka proses translasi pun berlaku melalui presepsi pembaca.

InsyaAllah novel TEMAN JIWA A.K.A SOULMATE akan berada di pasaran hujung Disember ini.