Nuffnang
Saturday, 26 February 2011
Bidadari Hujan: Cerita Lelaki Tentang Perempuan
Bidadari Hujan
Permulaan cerita Bidadari Hujan pada pendapat saya menarik. Representasi denotasi tajuk novel ini terus ‘diangkat’ seawal bab pertama dalam muka surat ‘pertama’ dalam bab ini. Malah perkataan HUJAN tertara pada diskripsi pada bab ini. Secara denotasi jelas pada saya Lia adalah bidadari hujan ‘aku’. Sungguhpun begitu bagi saya bidadari hujan yang sebenar adalah Sufi. Sedaya mungkin dia cuba ‘memayungi’ ‘aku’ dari rintih dan pedih hati demi untuk melihat ‘aku’ bahagia’.
Bidadari Hujan (April 2010) hasil nukilan Noor Azzahra bercerita tentang luahan dan pengalaman cinta aku – Raimy. Melalui aku kita menyelami isi hati seorang lelaki yang terpaksa akur dan tunduk kepada rancangan keluarga. Terpaksa melupakan Lia dan menanam Sufi dalam hatinya.
Memilih teknik gaya cerita sudut pandang orang pertama –aku – sepanjang menyelami dunia ‘aku’, saya menjadi aku. Batasan emosi yang saya rasa adalah terhad hanya kepada emosi aku. Sunggupun begitu perasaan dan emosi saya dan aku tidak selari dalam semua keadaan emosi aku. Ada kalanya emosi rasa saya ‘melompat’ ke dalam jiwa dan perasaan Sufi.
Bidadari Hujan secara keseluruhannya adalah cerita lelaki. Cerita emosi dan luahan rasa lelaki – Raimy. Sungguhpun begitu konotasi cerita Bidadari Hujan ini adalah cerita wanita. Cerita tentang seorang Bidadari Hujan yang dibawah payungnya aku berlindung melalui luahan rasa dan emosi AKU seorang lelaki.
Untuk menyahut Cabaran 26 EG sila klik sini: http://haswidaabubakar.blogspot.com/p/novel.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment