Nuffnang

Showing posts with label Mencari RedhaNya. Show all posts
Showing posts with label Mencari RedhaNya. Show all posts

Saturday, 2 February 2019

Penulis dan Penulisan Dalam Naungan SyahadahNYA



Penulisan Dalam Naungan SyahadahNYA


Alhamdulillah sudah melangkah ke ruang Februari.

       Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu             khilaf  padaNya, tetapi (yang ada  dosanya) apa yang            disengaja oleh hatimu.

(Al Azhab: 4)


Baik cerpen, novel, skrip atau apa jua yang dipanggil 'penulisan', sebagai penulis kita harus mencari menulis dalam akal yang waras. Khususnya penulisan cerpen, novel dan skrip sebagai permulaan dan persiapan menulis kita harus mencari ilmu tentang idea dan isu yang akan dikembangkan menjadi cerita.

Dalam Naungan SyahadahNYA

Isu dan idea yang singgah ke akal selalunya menarik tetapi untuk merangka sebuah cerita yang lengkap adalah tanggungjawab dan amanah yang tidak boleh diambil mudah sebenarnya. Kerana kita (penulis beragama Islam) adalah seorang penulis yang roh dan jasad menggenggam syahadah Al Khaliq. Maka dengan itu budaya dan isu yang kita cipta dan bina semestinya harus mengikut jalan, peraturan dan kehendakNya dan bukan tenggelam dalam dunia syok sendiri.

Sebagai penulis yang bernafas dengan dan dalam syahadahNya, penulisan kita adalah saham di alam sana. Baik atau buruk. Samada setiap bait perkataan dan cerita berfungsi menjadi dosa atau pahala ia terletak pada kita sendiri. Erti kata lain, apa yang kita tulis walaupun di media sosial sekalipun, setiap perkataan yang dibentuk akan hidup dan kita hanya akan sedar hakikat ini apabila berada di alam sana nanti.

Pernah saya minta pandangan tentang idea cerita tentang dilema anak angkat yang tiada ikatan darah susuan, tiada pilihan lain kecuali berkahwin dengan ibu angkatnya demi menyelamatkan keadaan mereka yang sedang 'tenat'. Cerita saya adalah 'realiti' dan bukan mimpi ngeri si anak atau si ibu. Justeru, idea saya ini mendapat kritikal tegas dari pegawai besar kementerian penerangan (yang saya kenal rapat) yang cuma tinggal beberapa tahun saja lagi untuk bersara serta mempunyai pengalaman hidup yang luas . Pada dia;

'Masyarakat tidak mahu tengok cerita begini.'

Dan saya tahu kenapa...

Cerita saya ini nanti kalau disiarkan di tv, akan menghuru-harakan hati ayah, ibu dan keluarga angkat yang sudah lama hidup selesa dalam budaya 'keluarga angkat universal' di kalangan masyarakat Islam. 'Dosa' yang mereka sengajakan akan menjadikan hati mereka marah-marah kerana sebenarnya mereka tidak khilaf tetapi pura-pura mengalami kekhilafan akal dan hati demi untuk memudahkan keadaan hidup.

Justeru, amanah dan tanggungjawab penulis sebenarnya tidak mudah. Harus ada sebab dan kenapa kita diberi bakat dan 'kemahiran' ilmu merangka cerita dari Yang Maha Bijaksana. Pasti bukan untuk menulis cerita yang sia-sia.

Mencari redhaNya melalui penulisan mudah kalau kita niatkan mudah.

Saturday, 1 September 2018

'Karya' Itu Hidup






Penulisan Dan Kesan

SesungguhNya Kami hidupkan orang yang mati, dan Kami tuliskan apa yang mereka kerjakan serta kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan ingatlah tiap-tiap perkara Kami cacatkan dalam Kitab Luh Mahfuz yang jelas dan nyata.
[Surah Yassin:12]

Ayat di atas merujuk kepda perbuatan dan kesan. Dalam konteks penulisan kita sebagai penulis, baik novel, cerpen, skrip atau pun tulisan-tulisan 'status' di Facebook dan medial sosial yang lain. Khususnya kepada penulis novel dan cerpen seperti saya, memang seronok menulis apabila idea datang mencurah-curah entah dari mana dan dari ‘siapa’. Maka apabila diterbitkan, kemudian tersusun rapi pada rak-rak di kedai buku besar akan timbul rasa kagum dan bangga pada diri sendiri. Atau cerpen disiarkan dalam majalah atau akhbar. Apatah lagi kalau hasil karya itu mendapat sambutan dan jalan ceritanya diulas –review- menarik dan bagus. Tambahan lagi kalau cerita kita ini didrama sirikan. Betulkan? Setuju? Emosi saya pun begitu juga.

Warisan Yang Membimbangkan

Kita sebagai pemilik cerita bertanggungjawab terhadap hasil penulisan kita dan tanggungjawab ini dikongsi bersama dengan penerbit atau editor yang bersetuju mencetak dan menerbitkannya. Tanggungjawab yang dipikul ini berat tanpa kita sedar. Melurus tinggi hingga ke alam langit dan kemudian memanjang jauh sehingga menjangkau ke alam kekal (barzakh dan akhirat).

Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakan.
(Al Baqarah:286)

Tanggungjawab ini tidak berhenti apabila pengkarya tersebut meninggal dunia. Tetapi ia hidup tanpa ada hayat lupus. Karya ini dengan kata lain, adalah indeks warisan kita kepada masyarakat. Justeru ia berfungsi sebagai jejak yang kita bakal tinggal nanti. 

Melalui dua ayat di atas Allah Ya 'Adli dan Ya Alim menjelaskan bahawa jejak-jejak atau perbuatan atau amalan yang kita ditinggalkan ini akan memberi kesan dalam konsep balasan yang setimpal. Selagi mana karya kita dibaca kemudian ‘digunapakai’ atau mempengaruhi atau pun menjadi ikutan individu di alam dunia, setiap satunya dicatat dan dihitung kemudian kita akan mendapat kesan atau balasan yang setimpal dari karya yang pernah seketika dulu kita kagum dan bangga. Karya kita ini akan ‘hidup’ selamanya di alam dunia walaupun kita sudah  lama tiada di alam ini.

‘Bagaimana kalau penerbit meminta kita ubah jalan cerita sedikit atau tanpa pengetahuan kita ada subplot yang ditambah dan ada bab yang dibuang atau ditambah? Menjadikan cerita kita sudah sedikit lain dari asal. Atau mungkin perubahan itu akan menjadikan maksud cerita sudah lain?’

Jawapan saya juga dengan persoalan;

‘Royaltinya anda ambil atau tidak?’ Tanyalah pada diri sendiri.

Semoga melalui karya kita ada RedhNya. InsyaAllah.



Saturday, 4 August 2018

'Writer's Block Syndrome' dan PetunjukNya






Sindrom 'Writer's Block' 


‘Macam mana nak atasi writer's block?’

‘Pohon lah petunjuk dari Yang Maha Luas Ilmu kemudian usaha. InsyaAllah adalah tu nanti. Kalau tak ada jangan paksa kerana Dia belum mengizinkan. Berhati-hati bila melakar cerita. Biar cerita itu dari petunjukNya bukan dari bimbingan musuhNya.’ Jawab rakan editor ini panjang lebar.

Nasihat dia tentang hal ‘biar cerita itu dari petunjukNya bukan dari bimbingan musuhNya’, sama saja seperti kuliah ustaz di masjid baru-baru ini:

‘Sebagai penulis baik di media sosial atau buku, kita perlu berhati-hati. Jangan terlalu mengikut emosi dan rasa. Menulislah dengan bimbingan petunjukNya Yang Maha Bijaksana kerana setiap penulisan itu adalah pemberat kita di alam kubur dan diakhirat.’

Fahamlah saya tentang konsep Petunjuk dari Allah yang mempunyai ‘magis’ yang dahsyat.  Maka petunjuk dari Allah Yang Maha Kaya Ilmu lagi Bijaksana adalah satu-satunya ‘kuasa’ bagi saya sebagai penulis  mengatasi masalah writer block. 

Sememangnya writer's block yang saya sedang alami ketika itu adalah dari Kun Faya KunNya dengan hikmah dan rahsia yang hanya Dia Maha Mengetahui. Buatlah apa saja kaedah pun sepeti research dengan membaca, menonton cerita-cerita di tv atau melakukan observation  sekeliling kita, kalau Dia tidak mengizinkan ‘writer's block’ itu hilang, saya yang dihalang Yang Maha Berkuasa untuk mendapat petunjuk ketika itu, tiada daya upaya saya menolak ketentuan ini.


‘Dan sesiapa yang Allah halangi maka dia tidak akan mampu melakukannya’ (Yunus:96).

Mengertilah saya tentang mahalnya petunjuk dari Dia. Maka di sinilah kita harus berhati-hati. 

Pada yang terdesak untuk meneruskan penulisan, mungkin dateline sudah kian hampir ‘penyakit atau sindrom’ writer's block  adalah halangan dan ujian besar pada kita. Betulkan? Pasti editor akan ‘menghantui’ kita selama karya yang kita ‘janjikan’ tidak sampai ke mejanya. Akan ada yang sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Setuju?

Ketika terdesak beginilah akan ada idea-idea yang hati mungkin teruja dan kagum, muncul khususnya ilham dari bilik tandas. Idea ini mungkin menjadi dominan pula di dalam cerita kita. Persoalan saya, idea siapa sebenarnya yang dikutip dari bilik tandas a.k.a  bilik termenung tadi? Siapa penghuni alam ruang di situ?

Mengertilah saya, dalam melakar cerita kita perlu mengambil sikap berhati-hati kerana sememangnya sebagai penulis biarlah idea dan ilham dari bimbingan petunjukNya dan bukan dari momokkan golongan yang dilaknat Al Khaliq.

 ‘Allah menahan petunjuk ke atas seseorang kerana sikapnya sendiri yang menyebabkan dia tidak berhak mendapatkannya. Allah yang melihat ke dalam hati para hamba, siapakah yang layak mendapat petunjuk lalu Allah berikan kepadanya.’ (Muhammad Rafa:2012)

InsyaAllah semoga apa yang kita tulis, baik di media sosial atau melalui novel atau apa saja yang namanya konsep penulisan, sentiasa dalam rahmat dan redhNya.





Saturday, 7 July 2018

Tulisan dan Fitnah



Menulis Cerita Benar

Pernah seketika dulu ketika saya sedang dalam proses menulis sebuah kisah benar. Kisah yang dilalui seorang rakan baik . Seorang rakan penulis menasihatkan agar yang ‘benar’ itu ditokok tambah khususnya pada pencirian sosiologi watak. Justeru ketika itu saya sangat tidak setuju kerana pada saya kenapa harus diubah sedikit sememangnya ia kisah benar.

‘Adakah itu sebenarnya? Ini hanya dari pandangan anda. Khususnya pada watak yang diangkat melalui watak sebenar. Benarkah dia begitu? Kalau salah dan tersilap maka akan menjadi fitnah. Fitnah yang ini tidak akan berhenti selagi ada yang membaca. Maka tanggunglah ‘sahamnya’ di alam kubur dan di akhirat nanti.’

Marah yang ditatang ego seorang penulis tadi ketika ini kecut dan luruh semua dan berkecai di lantai bumi. Tergamam dan terasa seram sejuk seluruh badan.

Kebarangkalian Timbulnya Fitnah, Mudah.

Sesungguhnya di dalam proses menulis kebarangkalian untuk menjadi fitnah sangat mudah. Khususnya pada cerita yang diangkat dari kisah benar. Kita sebagai penulis harus merencana dan menapis terlebih dahulu kisah seperti ini. Tidak boleh kita terus menulis naratif cerita khususnya watak yang sememang wujud tanpa memberi unsur fiksi kepadanya. Kerana kita hanya mendengar sebelah pihak dan pihak itu adalah orang yang kita sayang dan suka. Tetapi Allah Maha Mengetahui hal sebenar. Bagaimana kalau watak ‘jahat’ atau anatogonis itu sebenarnya tidak begitu? Bagaiamana jika apa yang kita dengar dan mungkin nampak ‘tidak benar’ semua? Maka tanggunglah dosa fitnah dibahu selagi ada yang membaca novel atau cerpen kita walaupun ketika itu kita sudah berada di alam kubur. Nauzubillah.

Maka sejak itu saya menjadi berhati-hati dalam mengukir watak-watak saya yang berdasarkan dari sebuah kisah benar. Jalan ceritanya saya tidak akan ubah tetapi pencirian watak dari aspek sosiologi dan psikologi atau mungkin fizikalogi sahaja yang saya akan ubah agar tidak sama dengan watak sebenar.

Niat Tidak Menghalalkan Cara

Kenapa kita tertarik dan ingin menulis cerita benar ini? Pasti masing-masing ada alasan tertentu. Maka ‘alasan tertentu’ itu sebenarnya adalah NIAT. Jangan kerana niat yang elok dan ‘mulia’ menjadi sia-sia apabila ditelan semua rahmatNya oleh fitnah yang satu ini. Semua penulisan dan tulisan, baik di media sosial mahupun karya: seperti novel, cerpen, puisi dan skrip, bermula dengan niat. Niat sebenarnya mempengaruhi dan menentukan cara bagaimana sudut pandang cerita yang kita angkat. Bukan mudah untuk mengawal cerita yang kita tulis apabila niat sudah mengawal rasa dan akal. Maka saya akan sentiasa beringat dan berhati-hati dalam cara dan gaya penceritaan. Agar InsyaAllah penulisan dan tulisan saya mampu mencari rahmatNya. Alhmadulilah.





Saturday, 2 June 2018

Demi Pena dan Apa Yang Ditulis



Qalam Itu Adalah Milik Al Khaliq


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

(Surah Al-Alaq:1-5)


Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.



(Surah Al-Qalam: 1)


Allah Yang Maha Pencipta telah bersumpah, Demi pena dan apa yang mereka tulis dan surah Al-Alaq ayat ke 5, [Allah], yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam, Dia  mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Maka siapakah kita untuk menafikan bahawasanya Qalam itu bukan mahkluk  Allah dengan mengatakan bahawa Qalam itu diciptakan oleh manusia melalui akal dan hati? Melalui Qalam inilah terbentukkan konsep Pena. Melalui pena ini ia mencipta huruf-huruf melalui hidayahNya. 

Melalui sejarah penulisan kita, (Melayu), ia bermula dari huruf Sankrit -Pallava. Kemudian bertukar kepada huruf Jawi dan ketika ini didominasikan oleh huruf rumi. Sehubungan dengan ini, huruf wujud dalam pelbagai sifat dan bentuk selain rumi. Contohnya dalam bentuk dan sifat huruf tulisan Cina, India dan Rusia. Sungguhpun begitu, fungsi dan amanah huruf adalah sama. Tanggungjawab mereka adalah untuk mencipta barisan kata-kata yang akan membentuk ayat apabila digabungkan. Justeru, melalui ayat ini akan membentuk makna.

Pasangan Penulis Adalah Pembaca

Pasangan kepada tulis adalah baca. Yang datang dahulu adalah tulisan dan diikuti dengan membaca. Justertu, baik melalui proses menulis mahupun membaca, ia akan menyumbang kepada konsep ilmu, '[Dia], mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya melalui 'perantaraan qalam'.  Tanpa mahkluk Allah bernama Qalam, ilmu manusia hanya disimpan di dalam akal dan jiwa. Hanya mampu diperturunkan dan dikongsi melalui tutur bicara yang mungkin ada ketikanya mudah dilupai dan hilang begitu saja.

Melalui surah Al Qalam, Allah telah bersumpah, Demi Qalam dan apa yang ditulis mereka yang merujuk kepada manusia (cerdik pandai),  bersifat dan berfungsi sebagai ilmu untuk mengajar, membongkar dan memberitahu manusia lain tentang ilmu yang selama ini menjadi rahsia. Siapakah yang dimaksudkan sebagai 'yang ditulis mereka'?  Pastilah manusia yang digelar penulis atau pengarang. Dari mana datangnya ilmu penulis dan pengarang ini? Tentulah dari hidayahNya yang ditulis melalui  makhluk Allah bernama Qalam. 

Oleh kerana inilah, para ulamak dan cendiakawan terbilang dahulu dan sekarang  gemar dan harus menulis tentang hasil kajian mereka. Untuk dikongsi ilmu yang 'ditemui' bersama. Maka hasil tulisan inilah yang kekal dan menjadi rujukan para ilmuan dan masyarakat sezaman dan akan datang. 

Kita Sebagai Penulis dan Pengarang

Sungguhlah, kita sebagai penulis dan pengarang harus berhati-hati apabila 'mencipta' barisan kata-kata untuk membentuk makna dalam melakarkan kisah cerita. Jadikanlah cerita yang kita kisahkan itu mengangkat atau membongkar walaupun sedikit tentang ilmu dan kebesaran serta keindahNya.  Jadikan kisah kita pengajaran yang sangat berguna dan terkesan pada jiwa pembaca. Kerana 'Qalam' yang kita pinjam dan guna adalah milik Dia Yang Maha Pencipta.  

Kata pendita, kalau diniatkan karya cerita kita untuk dunia, maka kita akan perolehi hanya nikmat dunia dan hilang akhirat. Jikalau kita niatkan karya cerita kita untuk saham akhirat, maka kita perolehi nikmat dunia dan akhirat.

Semoga karya kita adalah medium dan cara kita mencari RedhaNya. 




Saturday, 5 May 2018

Qalam Itu Bukan Milik Kita



Qalam Itu Adalah Milik Al Khaliq


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

(Surah Al-Alaq:1-5)


Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.



(Surah Al-Qalam: 1)


Allah Yang Maha Pencipta telah bersumpah, Demi pena dan apa yang mereka tulis dan surah Al-Alaq ayat ke 5, [Allah], yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam, Dia  mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Maka siapakah kita untuk menafikan bahawasanya Qalam itu bukan mahkluk  Allah dengan mengatakan bahawa Qalam itu diciptakan oleh manusia melalui akal dan hati? Melalui Qalam inilah terbentukkan konsep Pena. Melalui pena ini ia mencipta huruf-huruf melalui hidayahNya. 

Melalui sejarah penulisan kita, (Melayu), ia bermula dari huruf Sankrit -Pallava. Kemudian bertukar kepada huruf Jawi dan ketika ini didominasikan oleh huruf rumi. Sehubungan dengan ini, huruf wujud dalam pelbagai sifat dan bentuk selain rumi. Contohnya dalam bentuk dan sifat huruf tulisan Cina, India dan Rusia. Sungguhpun begitu, fungsi dan amanah huruf adalah sama. Tanggungjawab mereka adalah untuk mencipta barisan kata-kata yang akan membentuk ayat apabila digabungkan. Justeru, melalui ayat ini akan membentuk makna.

Pasangan Penulis Adalah Pembaca

Pasangan kepada tulis adalah baca. Yang datang dahulu adalah tulisan dan diikuti dengan membaca. Justertu, baik melalui proses menulis mahupun membaca, ia akan menyumbang kepada konsep ilmu, '[Dia], mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya melalui 'perantaraan qalam'.  Tanpa mahkluk Allah bernama Qalam, ilmu manusia hanya disimpan di dalam akal dan jiwa. Hanya mampu diperturunkan dan dikongsi melalui tutur bicara yang mungkin ada ketikanya mudah dilupai dan hilang begitu saja.

Melalui surah Al Qalam, Allah telah bersumpah, Demi Qalam dan apa yang ditulis mereka yang merujuk kepada manusia (cerdik pandai),  bersifat dan berfungsi sebagai ilmu untuk mengajar, membongkar dan memberitahu manusia lain tentang ilmu yang selama ini menjadi rahsia. Siapakah yang dimaksudkan sebagai 'yang ditulis mereka'?  Pastilah manusia yang digelar penulis atau pengarang. Dari mana datangnya ilmu penulis dan pengarang ini? Tentulah dari hidayahNya yang ditulis melalui  makhluk Allah bernama Qalam. 

Oleh kerana inilah, para ulamak dan cendiakawan terbilang dahulu dan sekarang  gemar dan harus menulis tentang hasil kajian mereka. Untuk dikongsi ilmu yang 'ditemui' bersama. Maka hasil tulisan inilah yang kekal dan menjadi rujukan para ilmuan dan masyarakat sezaman dan akan datang. 

Kita Sebagai Penulis dan Pengarang

Sungguhlah, kita sebagai penulis dan pengarang harus berhati-hati apabila 'mencipta' barisan kata-kata untuk membentuk makna dalam melakarkan kisah cerita. Jadikanlah cerita yang kita kisahkan itu mengangkat atau membongkar walaupun sedikit tentang ilmu dan kebesaran serta keindahNya.  Jadikan kisah kita pengajaran yang sangat berguna dan terkesan pada jiwa pembaca. Kerana 'Qalam' yang kita pinjam dan guna adalah milik Dia Yang Maha Pencipta.  

Kata pendita, kalau diniatkan karya cerita kita untuk dunia, maka kita akan perolehi hanya nikmat dunia dan hilang akhirat. Jikalau kita niatkan karya cerita kita untuk saham akhirat, maka kita perolehi nikmat dunia dan akhirat.

Semoga karya kita adalah medium dan cara kita mencari RedhaNya. 




Saturday, 7 April 2018

Kita Adalah Hati






Ika -Zulaikha Mat Ayob 'Saya'.


'Aku suka cerita Ika dalam Skandalous Ika. Mempunyai hati  cekal dan nekad untuk keluar dari alam kemiskinan. Aku suka cara kau 'melukis' watak Ika...perempuan biasa-biasa saja dan tahu serta patuh pada hukum hakam agama dan syariat, tetapi kerana hati badan binasa. Niat tidak menghalalkan cara. Itu lah manusia yang sebenarnya tidak sempurna. Tulislah lagi tentang hati sebegini.'

Bukan hanya dia yang memberi respon begitu terhadap siapa Ika 'saya' yang hidup dalam dunia novel Skandalous Ika: Cinta Berani Mati. Ramai pembaca cerita ini menyuarakan pendapat yang sama. Tetapi tidaklah sampai mencadangkan untuk saya menulis 'lagi tentang hati sebegini.'
Benar semuanya bermula dari hati. Ya, niat tidak menghalalkan cara. Maka kisah Ika ini bertitik tolak dari soal hati. Membicarakan tentang masalah hati gadis Kampung Nelayan dari Tanjung Dawai ini. Kerana hati yang akur dengan manipulasi nafsu, Ika sanggup melakukan apa yang melogik akal.

Semuanya Bermula Dengan Niat


Niat adalah 'perbuatan' yang bersifat hakikat tanpa kita sedar. Manusia hidup dan bernafas atas mekanisma niat yang sukar difahami. Melalui niat baik sedar atau tanpa kita sedar melafazkannya, segala tingkah dan perjalanan hidup kita menuju ke destinasi itu.

Ika contohnya, menaman niat untuk menjadi kaya dan bernekad untuk  keluar dari lumpur kemiskinan keluarga dengan apa cara sekalipun asalkan tidak melanggar akidah dan hukum Allah. Maka kisah Skandalous Ika ini bertitik tolak atas niat Ika yang satu ini. Naratif cerita perempuan muda dari kampung ini bergerak atas lorong hidup yang ini. Leka dalam buaian nafsu untuk hidup mewah yang memujuk akal menyangkar logik dalam rasa tidak bersalah.


Antara niat dan hati sangat sukar untuk ditilik sempadan makna kerana kedua-duanya saling berkait. Semua tingkah kita-manusia bermula dengan niat tanpa kita sedar. Maka niat itulah yang membentuk 'rupa' hati manusia yang bertindak sebagai mekanisma penggerak logik akal. Rupa hati itu direalisasikan melalui tingkah zahir manusia kerana hati adalah bersifat makrifat Dia. 

Kalau ditanya di mana letaknya hati, kita akan menuding pada jantung yang mengepam darah ke seluruh badan manusia. Adakah itu hati yang menjadi induk semua rasa dan membentuk siapa kita? Bagaimana hati boleh dikaitkan dengan jantung? Kalau kita sakit hati, adakah sama dengan sakit jantung? Kalau kita busuk hati adakah itu tandanya jantung kita juga busuk dan banyak toksin? Atau sekirannya kita kecil hati adalah jantung kita akan mengecut dan sebaliknya? Maka di mana sebenarnya letaknya hati? Yang pasti ia bukan jantung manusia? Maka itu ia adalah makrifat Ya Khaliq. Ia bersifat ghaib dalam bentuk apa yang kita panggil sebagai rasa, perasaan atau emosi. Ya ia bersifat psikologi.

Maka hati ini fungsinya sangat 'dalam' dan besar dalam kehidupan manusia. Kerana kesan hati akan kita rasai sehingga ke alam barzakh dan akhirat. Maka itu berhati-hatilah dengan HATI!


Hati Adalah Siapa Kita Yang Sebenar.


"Ikut hati badan binasa. Ikut rasa jiwa merana." 

Hati adalah ibu atau induk pada setiap gerak laku dan keputusan hamba yang bergelar manusia.  Hatilah  membentuk siapa kita; contohnya, pendiam, panas baran, lembut hati, penyayang, seorang yang riang ria, bahagia, kemurungan, pemurah, bersifat iri, dengki, cemburu, malas atau menyintai seseorang.  Justeru,  berakar punca tingkah laku manusia adalah dari makhluk Yang Khaliq bernama HATI. 


Seperti Ika, niat untuk keluar dari alam kemiskinan menjadikan dia sanggup menjadi 'perampas' kebahagiaan Kak Zila yang menganggap dia seperti adik sendiri. Maka dengan buaian nafsu hati 'memberi izin' dia menjadi perampas dan memberi logik akal bahawa perampas sebegini adalah 'halal' pada Ika. Begitu juga dengan Robin Hood- sanggup mencuri kekayaan golongan atasan yang zalim adalah dengan niat menolong golongan bawahan. 

Nafsu itu adalah ujian besar kepada hati. Bukan mudah untuk memerangi nafsu ada ketikanya nafsu mempengaruhi akal untuk menawan hati.Kalah pada nafsu kita dapat dunia. Menang melawan nafsu kita dapat rahmat dan redhaNya dunia dan juga akhirat. 

Justeru, para ulamak menyarankan agar kita sentiasa harus berniat;

'apapun pekerjaan dan tingkah yang kita lakukan hanya kerana DIA Yang Maha Berkuasa.' 

Tiada daya kita, hanyalah dengan atas daya DIA. InsyaAllah roh dan jasad kita sentiasa dalam peliharaanNya Ya Aziz, Ya Jabbar, Al Qawwi Al Mateen. Semoga dengan lafaz niat ini hati akan menghidup tingkah dan perbuatan kita hanya untuk mencari RedhaNya.