Blue Tribes Chalet menjadi pilihan saya untuk diinap ketika
di Koh Lipe. Pemilihan ini berdasarkan barisan gambar yang cantik dan menarik.
Sungguhpun begitu kriteria utama pemilihan Blue Tribes ini adalah i) penginapan
berhadapan laut (pemandangan yang cantik), ii) rekabentuk senibinanya cantik
dan unik-seperti rumah kampung Melayu dan iii) harga murah untuk dua malam
-RM380 (dua bilik dan muat untuk 5 orang) tidak termasuk sarapan.Terpegun saya
sebaik saja sampai dan melihat sendiri suasana itu. Serupa seperti di dalam
gambar! Tiada sedikitpun yang berubah. Alhamdulillah. Cantik.
Pada sebelah malam sepanjang pantai Pattaya (di hadapan Chalet) berlaku pelbagai aktiviti malam yang menjadikan pantai ini ‘hidup’ dan cerah. Antaranya pertunjukkan main api di sana sini oleh masyarakat kampung. Bersantai dan lepak di atas pantai di hadapan bar yang berderet di pantai putih bersih ini dan ada juga yang bermain-main dengan ombak di pantai. Meriah! Happening kata orang putih.
Antara Masyarakat Nyamuk dan Komuniti Semut
“Mak semut banyak di atas. Di bawah batal rehat.”
Adu si bongsu dan saya menyuruh dia ke lobi mengadu. Maka
dengan pantas orang chalet datang dan membersihkan komuniti semut merah yang
berkampung di situ. Kisah ini tidak berhenti di sini dan bersambung lagi pada
sebelah malam dengan lawatan masyarakat nyamuk pula ke anjung rumah. Maka malam
itu hero-hero saya tidak dapat tidur
nyenyak kerana terpaksa ‘berperang’ dengan masyarakat nyamuk yang
garang-garang belaka. Esoknya badan mereka merah sana sini. Maka si abang dan
si adik mula merungut tidak suka dengan chalet ini.
“Pangkah besar!”
Apabila kami mengadu pada orang chalet mereka hanya senyum.
Tiada sepatah ayat pun keluar dari mulut. Adakah mereka tidak faham
bahasa Inggeris atau mereka sudah dapat mengagak keadaan ini?
Sehubungan dengan ini, ketika berjalan-jalan di Pattaya Walk
kami membeli repellent nyamuk dan penyembur nyamuk. Sungguhpun begitu,
kedua-duanya hanya bertahan sementara. Mungkin masyarakat nyamuk ini sudah
biasa dan imum dengan racun dan bahan yang menjadi ramuan repellent dan penyembur nyamuk ini.
Koh Lipe Rupanya Pulau Nyamuk.
Hanya ketika di situ kami tahu bahawa Koh Lipe yang cantik
sangat ini dikongsi dengan masyarakat nyamuk. Perkongsian ini akan menjadi
‘perang besar’ apabila Chalet berkenaan tiada kemudahan penghawa dingin dan
cuma hanya kipas seperti Blue Tribes. Maka yang ingin ke Koh Lipe tempahlah
bilik berhawa dingin walaupun chalet yang tiada penghawa dingin sebenarnya
tidak panas dan selesa.
Sungguhpun begitu, Koh Lipe sebuah pulau yang pesona dan landskapnya indah. Bersih dan udaranya segar. Jika disoal adakah ia sesuai digelar 'The Maldives of Thailand'? Jawapan saya mungkin ya kerana saya tidak pernah ke situ.
Mengikut citarasa saya kalau perlu diberi bintang. Kategori hotel untuk bilik keluarga anak-anak besar - 1/5. Sungguhpun begitu jika diambil kira keseluruhan yang dirangkum 1. letak duduk hotel, 2. pemandangan alam sekitar dan 3. kemudahan maka seperti yang saya ceritakan di atas dan pada segmen bicara Diari Kembara sebelum ini:
1. Pattaya Walk
2. Aktiviti Snorkeling
maka Chalet Blue Tribes ini pada saya 3/5. Sungguhpun begitu, masih ada deretan hotel dan chalet yang lain saya kira lebih selesa dari Blue Tribes ini di Pattaya Beach yang mempunyai pencirian sama seperti keindahan landskap dan kemudahan aktiviti snorkeling.

No comments:
Post a Comment