Nuffnang

Showing posts with label Diari Kembara. Show all posts
Showing posts with label Diari Kembara. Show all posts

Saturday, 4 November 2023

KEMBARA XI'AN, CHINA (EPISOD 1): BIAR BETUL INI HOTEL YANG DITEMPAH?



 

 XI'AN


Khamis 26hb Oktober 2023, pertama kali saya dan suami jejaki Tanah China. Daerah Xi'an di wilayah Shaanxi. Ruang awal musim luruh. Suhu 14 darjah celcius, 9.00 malam. Xi'an atau Hsi-an atau Sian adalah ibu negeri wilayah Shaanxi. Justeru, kehadiran kami di bumi ini adalah kembara ilmu. Saya adalah salah seorang pembentangkan kertas kerja di seminar antarabangsa dan suami adalah peserta.


Berlegar-legar dalam ruang lapangan terbang antarabangsa Xi'an mencari pintu keluar yang diminta oleh pemandu shuttle hotel, terasa asing. Seperti melangkah ke dimensi lain. Benar, saya dan suami melangkah ke alam landskap China yang selama ini  hanya dirasai oleh pandangan mata melalui drama tv, filem ataupun Youtube. Sungguh, kami ketika itu buta dan pekak bahasa. Kami tahu itu tonasi dan butir bahasa Mandarin. Tetapi semuanya terbang ke telinga seperti bunyian dalam irama yang tiada makna. 



Benarkah ini hotel Holiday Inn Tuwo?

Malam pertama saya dan suami di sini, kami menempah hotel yang berdekatan dengan kawasan airport - Holiday Inn Tuwo (Xi'an Xianyang International Airport), melalui Trip.com. RM72.94. Terasa rugi kalau tempah hotel di 'bandar Xian'. Atas alasan sudahlah sampai malam dan hanya satu malam saja. Hotel yang menyediakan shuttle dari airport ke hotel. Menunggu agak lama (lebih kurang sejam) walaupun dimaklumkan hanya 10 minit dari airport ke hotel. 


Shuttle yang ditunggu tiba. Kereta sedan hitam. Pemandunya perempuan berambut pendek dan berkaca mata. Berbaju biasa dan bukan pakaian seragam hotel. Dalam lingkungan usia lewat 30an (mungkin). Cantik. Maka bermulalah komunikasi suami dan pemandu menggunakan google translator. (Terlupa saya nak snap gambar). Seperti yang dinyatakan, jarak antara airport dan hotel tidak jauh. 

Sebaik saja sampai, saya terkejut dan tergamam kerana hotel yang berada di depan mata dan gambar di Trip.com, tidak sama. Lain sama sekali. Hotel di depan mata ini, ruangnya seperti hotel lama dan seperti motel pun ya juga. Rupanya pemandu perempuan tadi adalah pemilik hotel ini. Urusan daftar masuk diuruskan dia. Mudah kerana pembayaran sudah kami lakukan melalui Trip.com. Hal ini menjadikan saya keliru. Adakah saya dan suami kena scam?


Dengan Bismillah saya dan suami melangkah masuk ke bilik. Tergamam lagi saya tatkala melangkah masuk ke dalam bilik. Terasa seperti berada dalam ruang dan waktu, atau dalam bahasa filem mise-en-scene lewat 60an. Maka ketika ini saya yakin kami kena tipu atau kena scam.  


Saya mohon rakan tolong terjemahkan nama hotel dan ternyata benarlah hotel ini bukan hotel yang ditempah melalui Trip.com - Holiday Inn Tuwo (Xi'an Xianyang International Airport). Tetapi Xianyang Mingxuan Express Hotel.

**Bukan Bianfang Village tetapi Leijia Village.

Saya berhenti di sini, akan sambung bercerita dalam episod akan datang. 

Assalamualaikum.



Wednesday, 29 July 2020

CAMERON HIGHLANDS-BUKIT BUKAU TEH





Lembah dan Bukit Bukau Teh

Definisi Cameron Highlands pada saya adalah lembah dan bukit bukau teh. Memberi ketenangan di hati.

Perancangan awal untuk duduk lepak menghirup teh panas di dalam ‘kafe teh’, sambil memandang rumpun teh hijau yang berpetak di dasar lembah teh. Tidak kesampaian. ‘Kafe teh’ penuh dengan pengunjung. Sungguhpun begitu, saya dan suami masih diizinkan Ar Rahman melihat ruang lanskap ladang teh yang indah dan memberi ketenangan di hati. Alhamdullillah.



Dari situ kami ‘ride’ turun dan singgah solat di masjid An Nur di Ringlet. Sepanjang ‘ride’ turun jalan menghala naik ke Tanah Rata masih lagi jam seperti ketika kami ride naik tengahari tadi. Ketika itu sudah hampir jam 5 petang.


Dalam perjalanan turun ke Tapah, kami singgah makan durian di gerai tepi jalan. Sekilo Rm 8 ringgit. Maka empat biji jumlah yang perlu dibayar adalah RM 38. Semua enak! Tuan kedai pun baik hati. Ada di antara buah yang dibuka itu isinya keras. Mangkaq kata orang Kedah. Maka bahagian itu diambil dan ditimbang isinya dan diganti dalam 'kuantiti' berat yang sama.




Ketika membayar pandangan saya menangkap bungkusan plastik buluh perindu yang bergantungan pada bahagian depan gerai. Untuk dijual ya. Sebungkus RM 40.

“Untuk buat ubat”

Cerita penjual di situ apabila saya bertanya tentang buluh perindu ini. Persoalan saya ketika itu- adakah itu buluh perindu? Hanya yang arif saja tahu. Kenyang perut kami pun sambung ride turun semula.




Air Terjun Lata Iskandar



Seperti yang dirancang, kami berhenti di Lata Iskandar. Ketika ini hujan sudah lama berhenti. Tetapi awan masih lagi mendung.


Lata Iskandar terletak 25 kilometer ke Ringlet (dari Tapah). Struktur air terjun ini dibentuk dari beberapa tingkat batu granit. Kawasan ini adalah sebahagian kawasan Hutan Lipur Tapah. Lata Iskandar ini sentiasa saja penuh dengan  pengunjung. Berkelah dan bermandi manda. A family moment.

Cerita ini juga ada di Youtube - (akan dimuat naik minggu hadapan di sini)



 *Tiada kajian dan penulis khusus tentang Lata Iskandar yang saya perolehi ketika menulis artikel ini.

**Bahagian satu cerita ride ini boleh dibaca dalam post Diari Kembara sebelum ini-minggu lepas.

TRAVEL JOURNAL: Couple Ride Santai -Cameron Highlands

Tuesday, 21 July 2020

CAMERON HIGHLANDS-KESESAKAN YANG SANGAT PADAT


RIDE SANTAI KE CAMERON HIGHLANDS 

Keadaan dan ruang PKP menjadikan aktiviti ride santai kami suami isteri 'cuti'. Justeru apabila aktiviti motor/berkonvoi dibenarkan maka 11 Julai 2020, saya dan suami ride ke Cameron Highlands, Pahang. Balik hari. Mengisi minyak di RnR Tapah RM 5.01 dan ride ke Cameron Highlands bermula sekitar 11.30 pagi.

Tapah ke Ringlet

Cuaca dan suasana pagi nyaman. Tidak panas dan tidaklah sejuk sangat. Sepanjang jalan saya suka dan tenang melihat suasana hijau di kaki gunung ini. Keadaan jalan raya naik ke Cameron Highlands sibuk juga. Baik dari hala naik, mahupun menghala turun.


Setibanya di Ringlet keadaan menjadi kian sesak dengan kereta dan bertukar menjadi jam pada jalan menuju ke Tanah Rata. Kereta yang ada ketikanya bergerak dan kemudian diam lama. Tidak lama bergerak perlahan semula. Tidak dapat saya meneka bila agaknya mereka akan sampai ke destinasi yang hendak dituju. Pada saya, kura-kura pun bergerak lebih laju dari kereta yang terperangkap dalam keadaan ini.

Sungguhpun begitu, kami tidak berhenti di Ringlet. Sudah ada temujanji dibuat dengan rakan sekolah menengah saya yang sudah lama tidak bertemu. Berpisah ketika selepas SPM dahulu. Sudah hampir 30 tahun lebih. Lama kan?

Bertemu Sahabat Lama

Pertemuan berlangsung di restoran Nasi Kukus My Prima di Tanah Rata di mana tempat dia dan suaminya bekerja sebagai tukang masak. Semua lauk pauk yang dihidangkan (buffet) di depan ruang kedai, adalah masakan dia dan suami. Sedap. Harga pun tidaklah mahal mana. Sembang-sembang saya dan rakan menjadikan kami alpa tentang masa.



Brinchang




Sebaik saja sampai ke Brinchang, awan menjadi gelap dan tidak lama hujan lebat membasahi bumi Brinchang. Hajat untuk berjalan-jalan ke pekan Brinchang harus kami batalkan saja. Maka dengan ini kami mengambil keputusan untuk turun dan menghala pulang. Kerana hajat untuk ride sampai ke Brinchang sudah dimakbulkan DIA. Alhamdulillah.


*Kisah singgah lepak serta pengalaman kami dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands akan saya ceritakan dalam cebisan akan datang.

Tuesday, 14 July 2020

Travel Diary: Ride Santai ke Cameron Highlands - 3 Pitstop

Ride Santai Ke Cameron Highland: 3 Pitstop






Perancangan yang sudah lama bertangguh.


Perancangan sudah lama dibuat. Hanya pada Sabtu - 11 Julai 2020 baru-baru ini InsyaAllah dilalui pengalaman ride ke Cameron Highlands balik hari. Alhamdulillah pada saya dan suami, pengalaman  melihat keindahan Al Khaliq melalui perspektif lebih dekat.

Pitstop Putra Heights

Mengambil keputusan untuk bersarapan saja di rumah, maka kami tidak berhenti di mana-mana lagi untuk makan pagi. Bertolak dari rumah sekitar jam 8 pagi. Kami mengisi minyak atau pitstop pertama di Putra Heights.  

Pitstop kedua-Tanjong Malim


Dari sini ke kaki Cameron Highland sebanyak 3 pitstop dilalui. Pitstop kedua adalah di Tanjong Malim dan yang ketiga adalah di Tapah, sekitar jam 10.50am.


Sebelum naik ke Cameron Highlands, kami lepak-dating dulu di Costa Café. Merancang dan menyusun semula ride kami sekali lagi. Agenda kami mudah. Di Tanah Rata kita makan tengahari bersama rakan sekolah menengah sejak SPM tidak bertemu. Kemudian naik ke Brinchang. Jalan-jalan sekitar di situ sebentar. Apabila turun barulah merancang untuk berhenti di ladang teh, Lata Kinjang dan lepak makan durian. Mudah dan ringkas kan? 




Jom kita naik Cameron Highlands.

Saturday, 23 February 2019

JOM PI SABAH…Berkenal-Kenal Dengan Friesians




Minum Susu Dulu Ya.

Aktiviti hari kedua di Kundasang adalah melawat ladang tenusu yang famous di tanah tinggi Mesilau.


                     "Rasa macam di UK lah." 


Luah Akif dan saya pun rasa begitu juga. Ketika itu paling menarik pandangan kami adalah latar kawasan itu yang dibingkai oleh Gunung Kinabalu.

Desa Cattle Dairy Farm ini terletak di kaki Gunung Kinabalu. Mempunyai keluasan 199 hektar yang hijau dan permai. Dihuni majoritinya oleh lembu tenusu jenis Friesians. Berada di sini juga sering dikaitkan dengan seperti berada di ladang tenusu New Zealand.



Selain lembu Friesans, di ladang ini kita juga boleh beramah mesra dengan kambing-kambing yang dipelihara. Mereka sentiasa menyambut kita dengan riang ria dan pasti sentiasa akan kekenyangan selepas itu.


Apabila puas bergurau senda dan melawat apa yang ada di sini, boleh saja kita duduk-duduk lepak di tempat yang disediakan sambil menikmati aiskrim yang sedap.

Sunday, 17 February 2019

JOM PI SABAH…Megah Sang Gunung




Alam Pagi Kundasang

Berdiri di beranda bilik  selepas solat subuh menunggu cahaya matahari muncul adalah pengalaman yang indah. Dengan perlahan-lahan  matahari tebarkan cahayanya  ke serata alam ruang Kundasang di depan mata. Tergamam saya dan keluarga apabila Gunung Kinabalu dengan perlahan-lahan menunjukkan diri di depan mata. 



Allahuakhbar…Subhanallah. Cantiknya ciptaan Allah ini.
Alam ruang Kundasang yang sejuk dengan hamparan warna-warna hijau di lantai alam yang dibumbungi langit yang kian biru menjadikan Gunung Kinabalu di depan mata megah dan hebat.

Dari Beranda Hotel (ruang minum kopi depan Kafe) -Crystal Hill


Tidak habis di situ alam Kundasang ini seperti lukisan saja apabila berdiri memandang dari beranda hotel di belakang. Cantik sungguh. Maka kami tidak perlu ke mana-mana di serata Kundasang untuk bergambar dan menatap Gunung yang menjadi tumpuan dan perhatian pelancong ke Kundasang. Berada di beranda hotel ini sudah cukup puas hati.



 Malah di bilik hotel pun boleh menatap dan bergambar dengan puas hati. Alhamdulillah Dia beri nikmat ini kepada saya dan keluarga.



Assalamualaikum Sang Gunung dan ruang Kundasang. Selamat pagi.




Sunday, 10 February 2019

JOM PI SABAH…Kundasang Yang Putih






Hari Pertama Yang Sangat Dingin


Petang kami sampai di pekan Ranau dan mencari tempat yang sesuai untuk makan berat. Makanan yang dipilih sedap dan sedikit mahal. Mungkin Ranau berdekatan dengan Kundasang-kawasan pelancongan popular di Borneo. Pekan Ranau tidak sempat kami singgah lama kerana 'disimpan' untuk dilawati esok saja.




Selepas makan kami terus ke chalet yang di tempah-Crystal Hill (akan diceritakan dalam tulisan akan datang)  yang nun tinggi di atas bukit. Ketika mendaki ke atas perasan saya dan keluarga cuak juga. Sudahlah tinggi di atas bukit, jalan pula hanya sekangkang kera di pinggang bukit itu. Kakak yang duduk di belakang memeluk erat kerusi daddy. Pada wajahnya sudah nampak hati yang sedang kecut.  Perjalanan dari bawah ke atas tidak lama hanya 10-15 minit sahaja. Apabila sampai ke ‘puncak’ suasana Kundasang yang sememangnya sejuk bertambah dingin lagi di sini.


Sebaik saja tiba di Crystal Hill hotel, anak-anak tidak malu-malu menjelajah ruang laman hotel. Ternyata tingkah ini tidak rugi. Mereka yang ke beranda laman belakang hotel tergamam dengan suasana pekan Kundasang yang diselimuti kabus tebal. Dan Gunung Kinabalu bersembunyi di dalam kabus putih tebal itu. Mungkin masih belum masanya untuk kami berkenal-kenal.


 Memilih bilik yang mempunyai beranda belakang mengadap pekan Kundasang sungguh tidak rugi. Malah saya sangat-sangat bersyukur . Berada bilik kami setentang dengan Gunung Kinabalu yang gah dan megah . Kalaulah keadaan di luar tidak sejuk ‘beku’ pada waktu malam pasti kami sekeluarga sudah berlama-lama di beranda pada waktu malam dalam ruang yang gelap.

Sunday, 3 February 2019

JOM PI SABAH….: Menuju ke destinasi




Kota Merudu ke Kundasang

Mengambil keputusan untuk menyelusuri  jalan dari Kota Merudu untuk ke Kundasang dibuat bersama suami dengan yakin. Pilihan yang dibuat meninggalkan pelbagai pengalaman menarik. Kepada yang inginkan kembara yang menawarkan pengalaman ‘adventure’ maka laluan ini perlu dipilih.



Jalan ke Kundasang melalui laluan ini adalah berbukit bukau.  Nasib baik kereta yang kami sewa ini CC nya agak besar dan mampu untuk ‘mendaki’  bukit yang ada kalanya agak curam juga. Ketika itu anak-anak di belakang diam dan tidak berani bergerak kerana sangat bimbang kereta akan mengelunsur ke bawah. 












Sungguhpun begitu laluan yang mengambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai ke pekan Ranau menawarkan yang pada saya sangat indah dan damai. Laluan yang lengang dan sunyi. Bukit bukau yang menjadi landskap utama menjadikan mata sentiasa saja dihala keluar.

Oleh yang demikian,  nasihat saya janganlah mulakan perjalanan selepas maghrib kerana jalan ini pasti sangat gelap dan sunyi.




Sunday, 27 January 2019

JOM PI SABAH....Berkenalan dengan Rungus





Peribumi Rungus

RUNGUS adalah nama suku kaum Sabah yang ‘baru’ pada telinga dan ilmu budaya saya.  Dari kajian dan pembacaan saya, suku ini adalah salah saku suku asli atau asal di kepulauan Borneo. Suku kaum ini adalah salah satu etnik kaum Kadazan –Dusun.




Rungus ini dikenali juga dengan nama Momogun Rungus. Perkataan Rungus ini dikatakan berasal daripada perkataan  Bajau dan Sulu – ‘Ungus’ yang bermaksud Pasir.


Meranjak Longhouse Lodge



Dari pekan Kudat ke sini agak jauh, kira-kira 40 km. Terletak di perkampungan Bavanggazo, Matuggong. Rumah panjang kepunyaan masyarakat Rungus ini berkonsepkan perkampungan budaya masyarakat Rungus yang menawarkan ‘homestay’.  


Bilik yang disediakan berkonsepkan 'back to nature' dan saya pasti konsep ini pasti menarik perhatian pelancong luar khususnya yang sukakan kelainan. Selain itu sebagai fungsi kawasan tarikan pelancong, hasil krafttangan boleh dilihat dan dibeli di sini.




Saturday, 24 November 2018

JOM PI SABAH...Bandar Kudat Dari Alfred Everett





Hari Kedua: Kudat – Kundasang

Destinasi Diari Kembara kami yang kedua  adalah Kudat-Kundasang.  
Selesai proses daftar keluar dari Chalet yang saya panggil di ‘alam kedua’, kami menuju ke pekan Kudat untuk bersarapan. Saya dan suami suka dan mahu mencuba menu masyarakat tempat (local dish) yang halal (lah kan), kalau pergi ke mana-mana, maka kami singgah di sebuah restoran. Menu kami masyarakat di sini adalah makanan berbentuk mee sup. Sedap.

Bandar  Kudat



https://en.wikipedia.org/wiki/Kudat#/media/File:SabahDistricts-Kudat-pp.png

Bandar Kudat adalah pekan paling besar bagi kaum etnik Rungus di Sabah (Rungus akan ‘dibincangkan’ dalam penulisan akan datang). Justeru dia dikatakan pusat kepada budaya kaum Rungus di tanah Sabah. Terletak paling utara di salah satu tanduk Borneo.
Menurut sumber,  Alfred Hart Everett atau AH Everett daripada British North Borneo Company,  seorang  pegawai kerajaan British yang ditugaskan di Borneo, bertanggungjawab dalam membentuk bandar Kudat dan kemudiannya ‘menabalkan’ bandar ini sebagai ibu negeri British Borneo Utara. Pemilihan ini adalah berdasarkan bandar Kudat  terletak pada landskap geografi yang stragetik.

Sunday, 26 August 2018

‘Jungle Chalet’ Di Tepi Laut.





“Biar betul…ini jalan ke chalet.”

Dari Tip Of Borneo saya dan keluarga menghala ke chalet yang telah ditempah.
Tidak lama kereta dipandu suami membelok arah yang diarahkan oleh ‘waze’. Jalannya hanya jalan tar kecil. Lebih kecil dari jalan untuk ke Tip of Borneo tadi. Seperti lorong kampung di luar bandar. Tetapi seperti menuju masuk ke dalam hutan sahaja.

            “Biar betul…ini jalan ke chalet.”

Suami meluahkan rasa tidak sedap hati. Anak-anak yang riuh di belakang, diam. Sungguh ketika itu hati saya pun sudah tidak enak juga. Jalan yang kami susuri seolah menghala ke ‘pintu masuk’ hutan. Rasa tidak enak saya kian berlapis tinggi bila jalan tar sudah bertukar kepada jalan tanah merah. Ya Allah…adakah aku ditipu? Bisik saya di dalam hati yang sungguh bimbang dan risau. Tengok pada gambar pada website chalet, tempatnya cantik dan sangat indah. Ketika ini tidak ada secalit pun bayangan di depan mata tentang keindahan seperti di dalam gambar. Yang pasti jalan yang sedang disusuri ini adalah sedang menghala ke ‘pintu masuk’ sebuah hutan. Mahu saja saya menyuruh suami berpatah balik. Seram sejuk sudah mula terasa. Cuma pada DIA saja saya memohon pertolongan.

            “Mak, mana chalet tepi pantai tu? Ini dah dalam hutan.” Suara Akif yang saya yakin hatinya juga sudah tidak enak. Bimbang. Ketika ini melayang-layang di ruang hutan yang sunyi sepi kisah-kisah seram yang pernah saya tonton. Bagaimana watak-watak ditipu dengan pakej percutian dan hotel indah dan mahal yang sebenarnya tidak wujud. Mereka telah masuk ke perangkap manusia sakit mental atau psychopath. Maka mereka harus berusaha sedaya mungkin untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa manusia berjiwa jahat ini. Dan saya sebenarnya tidak suka keadaan itu mahupun cerita seperti itu.
            “Abang…jom patah balik lah…kita cari hotel kat pekan Kudat saja.”

Kata-kata itu hanya terlekat pada anak tekak dan tidak mampu diluahkan pada suami yang sedang memandu. Suami, saya serta anak-anak sudah diam dalam rasa ‘suspen’ bila ketika ini mata sudah menangkap beberapa buah rumah di dalam ‘hutan’. Biar betul dalam hutan ini ada orang tinggal. Orang atau… (dot…dot..dot), suara hati pun tidak mampu menghabiskan ayat ini.
            “Alhamdulillah…”
Ucap semua di dalam rasa yang sangat bersyukur bila jalan berhutan tadi sudah nampak indahnya. Suasana chalet yang saya lihat di dalam laman sesawang chalet ketika ini mula membentuk ruang.



            
                  “Macam dunia lain…” ujar Alif yang lega sungguh.
Ya benar, seperti berada di alam lain. Cantik sungguh. Serupa…persis seperti gambar yang ada di dalam laman sesawang. Ketika itu saya menghadam ilmu Ya Khaliq dengan perlahan-lahan. Sungguh cantik dan permai kawasan yang berada ‘di hujung’ hutan ini. Kawasannya memang dekat dengan pantai. Tetapi bukanlah seperti chalet di Langkawi atau di Pulau Pangkor. Pantainya adalah di dalam kawasan pinggir hutan. Ruang alamnya cantik…saya suka tetapi saya tidak suka pengalaman untuk ke chalet ini. Sangat jauh ke dalam ‘hutan’. Kenapa saya memilih chalet ini? Chaletnya  memang cantik dan pesona. Melalui gambarnya seperti dekat atau di kawasan pantai sahaja. Tetapi tidak sangka pula letak duduknya agak jauh ke dalam ‘hutan’.

Di sini saya menempah dua buah chalet. Sebuah untuk tiga orang: saya, kakak dan Alif dan sebuah lagi (berjiran) adalah untuk suami dan Akif.
Chalet berbetuk tiga segi ini dibina hanya dengan kayu. Bilik airnya paling saya suka. Berdinding kayu dan berbumbung kayu juga. Berlantai kayu jarang supaya air mandian boleh mengalir ke bawah. Seperti bilik mandi rumah atok ketika saya kecil dahulu. Sungguhpun begitu, kemudahan ‘asas’ dan keadaan chalet ini menjadikan saya harus menolak markah dan menjadikan markah keseluruhan hanya lebih kurang 6/10 sahaja atau 5/5 sahaja mungkin.

Kemudahan ‘Asas’.


Pertama, chalet ini tiada wi-fi. Tidak seperti mana dinyatakan di dalam laman sesawang. Di tambah pula tiada signal’  talian telefon dan tiada tv di bilik. Mungkin kepada mereka yang benar-benar ingin ‘lari’ dari kesibukan kota dan teknologi canggih, chalet inilah tempatnya. Mungkin kerana inilah majoriti yang menghuni di sini adalah dari kalangan orang luar negara. Kedua, tiada café yang beroperasi. Hanya sebuah ‘café’ yang berfungsi seperti bar biasa sahaja.
      Pada pendapat saya, chalet ini perlu ditambah baik dengan mengadakan café, memandangkan letak duduknya agak jauh ke dalam ‘hutan’. Maka sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sekiranya ada akan menambahkan lagi ‘markah’ saya untuk chalet ini. Keadaan bilik dalam ruang chalet yang gelap, malap sungguh memandangkan lampu yang dipasang adalah berwarna oren. Suasana ‘oren’ begini boleh menjadikan rasa murung dan seram sejuk muncul bila berada di kawasan chalet begini. Sunyi. Maka sepanjang malam saya biarkan saja ruqyah dari telefon berulang baca sehingga waktu syuruk.

Keadaan Chalet

Pemberian markah yang rendah pada chalet ini juga merujuk kepada anjing-anjing peliharan pemilik yang dibiarkan berkeliaran di sana sini dalam ruang chalet. Khususnya pada ruang café dan juga ada yang melepak pada tangga bilik chalet. Mungkin pada pengunjung luar negara yang sudah biasa dengan budaya anjing adalah sebahagian dari keluarga, mereka tidak peduli malah suka. Tetapi pemilik Chalet harus juga melihat dari aspek pengunjung tempatan yang beragama Islam. Apa yang saya boleh simpulkan cara pengurusan chalet ini tidak beberapa sesuai untuk pengunjung rakyat tempatan yang beragama Islam seperti saya sekeluarga.
     Memandangkan keadaan kemudahan ‘asas’ yang seperti ‘tidak membenarkan’ kami sekeluarga menikmati ‘family quality time’ pada waktu alam yang gelap pekat, maka kami sekeluarga tidur sungguh awal. Selepas saja solat jamak maghirb dan isyak, sekitar jam 7, masing-masing sudah bosan. Sudahlah hendak melepak di café pun tidak boleh kerana ianya bukannya café. Malah sepi saja seperti tidak berfungsi. Untuk melepak di balkoni bilik chalet pun ruang alamnya gelap amat kerana tiada lampu jalan. Di tambah pula nyamuk pun sangat suka berterbangan beramai-ramai pula.

Selamat Menyambut Raya Qurban.

Sunday, 19 August 2018

JOM PI SABAH...Tip Of Borneo





Tanduk Sabah Di Kudat

Akhirnya, sekitar petang kami sampai ke destinasi pertama untuk hari pertama, setelah menyusuri lorong tar (seperti terasa balik kampung saja). Tanduk Sabah ini terletak 40 km dari pekan Kudat dan 170 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan pelancongan utama sekiranya ke Kudat. Kawasan pelancongan ini pada saya berkonsepkan taman. Yang penting tiada bayaran dikenakan untuk parker kereta.



Saya yang terlebih teruja sebaik saja kaki menjejak kaki di sini. Anak-anak pelik-pelik saja kerana tiada apa yang menarik selain pondok batu untuk orang rehat-rehat. Namun begitu tidak lama, sebaik saja sampai ke ‘puncak’ setelah lebih kurang lima minit mendaki, perasaan teruja berlari laju dan bersembunyi ke dasar laut di depan mata kerana diusir kasar jiwa yang pekat dengan pesona dan Subhanallah…MasyaAllah…sungguhlah DIA Maha Pencipta-Al Khaliq Ya Aziz Ya Mateen.

Tanjung Simpang Mengayau



Tip Of Borneo ini dipanggil oleh masyarakat Runggus (salah satu etnik di Sabah), Tanjung Simpang Mengayau. Kawasan seluas 4623 km persegi terbentuk melalui sifat geologi yang unik dan merupakan ruang pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Justeru  kedua-dua fenomena ini pada saya unik dan menyumbang sebagai daya penarik yang kuat kepada pelancong  untuk ke sini.




Cuti sekolah sudah bermula. Apa perancangan bercuti kalian?

Aidiladha bakal menjelma. Berhati-hati di jalan raya ya..semoga perjalanan balik kampong sentiasa dalam peliharaanNya.


Sunday, 12 August 2018

JOM PI SABAH...Tip Of Borneo Tu Best Ka?






KOTA BELUD KE KUDAT

Kalau merujuk kepada tentatif program destinasi singgah seterusnya adalah Usukan Cove yang dari pembacaan sangat cantik pantainya. Memandangkan keadaan diri yang kian kurang ‘stamina’ dan perut pula masih belum diisi, tambah pula arah jalannya luar dari laluan utama. Harus melencong lebih kurang 30 minit ke barat dan kemudian harus berpatah balik pula ke Kota Belud. Maka saya dan daddy mengambil keputusan untuk lupakan saja. Yang penting kami harus sampai ke Tip Of Borneo sebelum matahari terbenam.
Walaupun waktu jam Sabah adalah sama dengan Semenanjung, di sini ruang gelap dan cerahnya sejam lebih  sikit awalnya dari Semenanjung. Pada ketika hari saya berada di sana, waktu maghrib adalah sekitar jam 6.08 petang dan Isyak sekitar jam 7.23 malam. Subuh pula adalah pada 4.57 pagi dan matahari naik pada sekitar 6.20 pagi.


Tip of Borneo Kami Datang!

Perjalanan ke Tip Of Borneo yang terletak di Kudat, ‘hujung tanduk pertama’ kata daddy, tidak bosan. Menyusuri jalan luar bandar atau countryside adalah objektif utama kenapa saya dan suami gemarkan percutian kembara begini. Hanya dengan memandu jalan-jalan seperti inilah budaya dan alam masyarakat setempat dapat dilihat secara ‘first-hand’. Antara, kami sempat singgah pada salah satu gerai buahan yang bertompok sepanjang jalan. Pandangan saya melekat pada tandan-tandan pisang kemerahan yang digantung. Hati mula teringin merasa. Anak-anak yang sudah bangun sebaik saja kereta berhenti memandang sekeliling. Cuba meneka-neka di mana mereka ketika ini.

           
             “Tanya buah salak berapa sebungkus?” Suruh daddy dan saya melangkah keluar kereta. Kakak yang sudah segar dari ngantuk pun melangkah keluar dari kereta juga.
            “Lima ringgit.” Jawab mak cik pemilik gerai bila ditanya. 


Saya membelek pisang warna kuning kemerahan dalam hati yang nekad untuk membeli setandan. Anak-anak hairan dan bertanya kenapa pisang merah itu yang saya beli. Banyak lagi pisang ‘biasa’ yang ada, sebaik saja saya duduk elok semula di dalam kereta.
            “Sedap ka pisang ni mak?” Soal Akif yang tidak berapa berkenan dengan tindakan saya.
            “Nanti mak rasa.”
Perjalanan ke Tip of Borneo bersambung sambil menjamah buah salak dan pisang yang dibeli. Kelat dan manis sekali buah salak dan pisang merah kekuningan ini rasanya lemak dan manis sekali. Akif yang duduk di bahagian belakang sekali sudah jatuh suka pada buah salak. Sehinggakan bungkusan buah itu diambil supaya tidak perlu meminta-minta lagi sebiji demi sebiji.