Nuffnang

Tuesday, 24 January 2012

Alif dan Sekolah






Hari Orientasi: Melangkah masuk ke kelas.


30 Disember 2010 pagi, melihat Alif, anak bongsu saya yang tersenyum gembira di dalam pakaian sekolah rendah, hadir suatu rasa bercampur. Ada rasa gembira yang dibelit rasa sayu, sedih dan terharu.

‘Sudah besar rupanya dia,’ bisik saya sendirian.

‘Sudah tujuh tahun,’ bisik saya lagi.

Selama tujuh tahun Alif hadir dalam hidup saya dan suami, cukupkah ‘bekalan’ dan kasih sayang yang kami titisan di dalam roh dan jasad dia? Untuk dia jadikan sebagai pendinding dan ‘teman’ sewaktu keberadaannya di sekolah nanti. Ruang baharu yang mana dia harus berdikari tanpa boleh lagi berlari atau mengadu kepada saya dan daddy jika ada sebarang masalah. Atau mencari kakak dan abang untuk diminta menjadi pelindung.


Hari Orientasi: Memberi tumpuan kepada cikgu 

Menghantar dia ke sekolah pada hari tersebut- hari orientasi- bimbang dan resah saya luruh di lantai tar sekolah sebaik saja melihat dia yang kian serasi dengan ruang baharu itu. Cepat mendapat rakan. Malah ketika selesai proses pendaftaran dia tidak mahu pulang lagi. Cikgu yang ada di situ bertanya berulang kali namun jawapannya sama saja ‘ Tak mau balik lagi.’


Merajuk dengan daddy.

Kini setelah hampir sebulan Alif, si kecil saya berada di ruang baharu ini, saya yakin benar dia adalah seorang kanak-kanak yang sebenarnya sudah lama bersedia keluar dari kepompong saya dan daddy. Mampu berdikari dan berani. Sungguh pun begitu, Muhammad Ikmal Alif yang sudah pun berusia tujuh tahun ini tetap ‘baby of the family’ saya dan daddy. Begitu juga kepada kakak dan abang.


Novel Wanginya Bunga Rampai: Sudah ada di pasaran sejak 15 Jan 2010



No comments:

Post a Comment