Hari Pertama Yang Sangat Dingin
Petang kami
sampai di pekan Ranau dan mencari tempat yang sesuai untuk makan berat. Makanan yang dipilih sedap dan sedikit mahal. Mungkin Ranau berdekatan dengan Kundasang-kawasan pelancongan popular di Borneo. Pekan
Ranau tidak sempat kami singgah lama kerana 'disimpan' untuk dilawati esok saja.
Selepas makan kami terus ke chalet yang
di tempah-Crystal Hill (akan diceritakan dalam tulisan akan datang) yang nun tinggi di atas bukit. Ketika mendaki ke atas
perasan saya dan keluarga cuak juga. Sudahlah tinggi di atas bukit, jalan pula
hanya sekangkang kera di pinggang bukit itu. Kakak yang duduk di belakang memeluk
erat kerusi daddy. Pada wajahnya sudah nampak hati yang sedang kecut. Perjalanan dari bawah ke atas tidak lama
hanya 10-15 minit sahaja. Apabila sampai ke ‘puncak’ suasana Kundasang yang
sememangnya sejuk bertambah dingin lagi di sini.
Sebaik saja
tiba di Crystal Hill hotel, anak-anak tidak malu-malu menjelajah ruang laman
hotel. Ternyata tingkah ini tidak rugi. Mereka yang ke beranda laman belakang
hotel tergamam dengan suasana pekan Kundasang yang diselimuti kabus tebal. Dan Gunung Kinabalu bersembunyi di dalam kabus putih tebal itu. Mungkin masih belum
masanya untuk kami berkenal-kenal.
Memilih bilik yang mempunyai beranda belakang
mengadap pekan Kundasang sungguh tidak rugi. Malah saya sangat-sangat bersyukur
. Berada bilik kami setentang dengan Gunung Kinabalu yang gah dan megah .
Kalaulah keadaan di luar tidak sejuk ‘beku’ pada waktu malam pasti kami
sekeluarga sudah berlama-lama di beranda pada waktu malam dalam ruang yang
gelap.
No comments:
Post a Comment