Penulisan Dalam Naungan SyahadahNYA
Alhamdulillah
sudah melangkah ke ruang Februari.
Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padaNya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu.
Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padaNya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu.
(Al Azhab: 4)
Baik cerpen, novel, skrip atau apa jua yang dipanggil 'penulisan', sebagai penulis kita harus mencari menulis dalam akal yang waras. Khususnya penulisan cerpen, novel dan skrip sebagai permulaan dan persiapan menulis kita harus mencari ilmu tentang idea dan isu yang akan dikembangkan menjadi cerita.
Dalam Naungan SyahadahNYA
Isu dan idea yang singgah ke akal selalunya menarik tetapi untuk merangka sebuah cerita yang lengkap adalah tanggungjawab dan amanah yang tidak boleh diambil mudah sebenarnya. Kerana kita (penulis beragama Islam) adalah seorang penulis yang roh dan jasad menggenggam syahadah Al Khaliq. Maka dengan itu budaya dan isu yang kita cipta dan bina semestinya harus mengikut jalan, peraturan dan kehendakNya dan bukan tenggelam dalam dunia syok sendiri.
Sebagai penulis yang bernafas dengan dan dalam syahadahNya, penulisan kita adalah saham di alam sana. Baik atau buruk. Samada setiap bait perkataan dan cerita berfungsi menjadi dosa atau pahala ia terletak pada kita sendiri. Erti kata lain, apa yang kita tulis walaupun di media sosial sekalipun, setiap perkataan yang dibentuk akan hidup dan kita hanya akan sedar hakikat ini apabila berada di alam sana nanti.
Pernah saya minta pandangan tentang idea cerita tentang dilema anak angkat yang tiada ikatan darah susuan, tiada pilihan lain kecuali berkahwin dengan ibu angkatnya demi menyelamatkan keadaan mereka yang sedang 'tenat'. Cerita saya adalah 'realiti' dan bukan mimpi ngeri si anak atau si ibu. Justeru, idea saya ini mendapat kritikal tegas dari pegawai besar kementerian penerangan (yang saya kenal rapat) yang cuma tinggal beberapa tahun saja lagi untuk bersara serta mempunyai pengalaman hidup yang luas . Pada dia;
'Masyarakat tidak mahu tengok cerita begini.'
Dan saya tahu kenapa...
Cerita saya ini nanti kalau disiarkan di tv, akan menghuru-harakan hati ayah, ibu dan keluarga angkat yang sudah lama hidup selesa dalam budaya 'keluarga angkat universal' di kalangan masyarakat Islam. 'Dosa' yang mereka sengajakan akan menjadikan hati mereka marah-marah kerana sebenarnya mereka tidak khilaf tetapi pura-pura mengalami kekhilafan akal dan hati demi untuk memudahkan keadaan hidup.
Justeru, amanah dan tanggungjawab penulis sebenarnya tidak mudah. Harus ada sebab dan kenapa kita diberi bakat dan 'kemahiran' ilmu merangka cerita dari Yang Maha Bijaksana. Pasti bukan untuk menulis cerita yang sia-sia.
Mencari redhaNya melalui penulisan mudah kalau kita niatkan mudah.
No comments:
Post a Comment