Nuffnang
Friday, 16 October 2009
Terkenangkan Suhaila
Jemari terus diam. Bunyi ketukan dari `keyboard' tiba-tiba mati. Hanya terdengar sayup-sayup alunan lagu Cuba dari Faizal Tahir. Terbayang tika tu raut wajah Suhaila. Wajah yang suatu ketika dulu sentiasa ceria, bangga dan megah dengan kecantikan yang dimiliki tapi berubah menjadi `keras' pada hari-hari terakhir aku disana. Wajah yang membekung dendam, marah dan penyesalan diri.
Bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Faizal serupa dengan cerita Suhaila yang pernah aku kenal. Tak lama berentetlah bayangan cerita Suhaila, bersusun-susun mengambil gilir di depan mata.
Bagaimana dia sekarang? Apa khabar dia sekarang? Adakah masih di kampung atau sudah berpindah ke daerah lain? Masih mengajar di sekolah yang sama atau sudah bertukar ke sekolah lain? Tentunya anak yang satu itu sudah besar sekarang. Anak yang seketika itu baru berusia 60 hari kini sudah 10 tahun rasanya. Sudah lama aku tinggalkan kampung itu. Sudah hampir 10 tahun rupanya. Adakah Suhaila sudah berkahwin lain atau masih menunggu Amran?
Amran...pemuda kampung yang sangat memuja Suhaila. Pemuda kampung yang tiada kelebihan pada rupa paras. Punyai kulit berparut sana-sini kesan jewarat lama. Kurus dan agak tinggi. Berambut pendek dan berkulit sawo matang gelap. Pendiam.
Bait-bait lagu Cuba itu sebenarnya meninggatkan aku akan Amran. Akan nasib dan cinta Amran pada Suhaila. Bait-bait lagu itu persis benar suara hati Amran setiap kali dia dan Suhaila berdua di dangau kecil beratap nipah dan bertiang buluh, di tengah sawah. Tiap kali itulah Suhaila akan bercerita itu dan ini tentang Nordin;
cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara
dengan kamu
pernah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan
rasa hati
dan bila kau bersuara
setiaku mendengar
agar tenang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang dapatkan aku
itulah aku
padamu
cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bilaku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila perlu tuk
menyatakan rasa sakit
dalam diri
dan bila kau perlu
setiaku menunggu
agar senang kau merasa
[...]
maafkan kerana aku
tak pernah terlintas
tuk menulis padamu
salahkanku
tak mungkin lagi
aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat
ke mataku
Bagaimana Amran sekarang? Sudah pulang ke tanahair atau masih dirantau? Sudah hilangkah rajuk atau masih bertakung? Masih ada lagikah cinta untuk Suhaila atau sudah berdebu ditiup angin? Sudahkah berganti atau masih setia pada cinta pertama?
Ingin benar aku ke sana lagi. Menyelongkar dan menjawab rententan persoalan ini. Namun kalau ke sana cerita siapa yang harus aku selongkari kini? Cerita Amran atau Suhaila?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wow..amazing...ko baru tanya aku smalam pasal blog tetiba aku buka pc pagi ni ko dah ada blog and what most amazing is ada novel eh ko Ayu..waaaa caya lu la...salute neh...tunggu aku p York naa....
ReplyDeleteshekdah
thanks shekdah. aku masih blur lagi nih dgn system blogging nih..cari tu tak jumpa cari ni tak jumpa..
ReplyDeletekak ayu.. bongkar keduanya sekali......
ReplyDeletekak ayu..silalah rungkaikan selami suhaila & amran...kisahkan jadi buku..
ReplyDelete(i'm ur next follower)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak ayu Saya dari singapura saya mint sgt sgt ngan cerita suhaila kakak tuh klau blh terbitkn buku yg kedua lah tak pusalah baca klua blh kisah kedua-duanya sekali...
ReplyDelete(:Adawiyah:)
Adawiyah: Terima kasih banyak-banyak. Ya ..memang ada niat nak sambung. Sekarang ni akak sedang selami cerita Ain dalam Dia Seorang Ain. Insyaallah Jemari Seni akan publish..mungkin 2011.
ReplyDeletesaya nak beli buku nie..how?
ReplyDeletesaya nak beli buku nie..emel saya adek_sue13@yahoo.com
ReplyDeletesalam kenalan pada anonymous,
ReplyDeletemaaf sangat-sangat ya, sebab buku ni sudah lama. kalau tak silap tahun 2000. Saya sudah hilang jejak tentang buku ini. Tapi kalaulah berminat dengan tulisan saya, karya terbaharu saya 26 episod gosip keluargan jemari seni.
terima kasih kerana berminat pada 'suhaila'. Dan maaf sebab saya tiada stok.