“Kita singgah Masjid Kerisik di Pattani. Jamak Maghrib dan
Isyak. Masjid lama ni misteri.
Bumbungnya tidak boleh siap.” Suami menyuarakan hasrat.
Masjid Krue Se atau dikenali juga sebagai Pitu Krue-ban
Mosque, terletak di Kampung Krisek, Mukim Tanjung Luluk, daerah Patani. Masjid
ini berdindingkan bata-bata merah yang ‘diikat’ (digamkan) menggunakan putih
telur. Melihat senibina laman depan masjid yang pada saya terserlah aura
ketenangan, mengingatkan saya pada sebuah candi besar di Lembah bujang. Adakah
senibina ini dipengaruhi oleh senibina dari situ? Mungkin jawapannya ada pada ahli arkeologist alam Melayu.
Bumbung kubah masjid ini dikatakan tidak pernah selesai pembinaan sehinggalah sekarang. Akan ada saja halangannya. Menurut cerita masyarakat sini, ia berlaku kerana sumpahan. Saya tidak boleh menulis tentang keperincian sumpahan tersebut kerana saya tidak bertemu dengan penulisan lengkap serta kajian yang pernah dilakukan tentang isu ini. Sungguhpun begitu, pasti ada hikmah kenapa dan mengapa Yang Maha Mengetahui tidak mengizinkan bumbung kubah masjid lama ini disiapkan.

Dari pembacaan ringkas di internet melalui telefon bimbit, masjid ini sudah dibina ketika pemerintahan
Ratu Hijau, salah seorang raja besar yang diceritakan dalam Hikayat Patani.
Maka pada saya masjid ini sudah lama wujud di daerah Pattani. Entah kenapa berdiri di laman masjid yang unik ini terasa sungguh diri dekat dengan cerita Hikayat Patani yang sudah mungkin dua tiga kali saya baca, tentang kehebatan, kecantikan dan cerita Ratu
Hijau, Ratu Kuning dan Ratu Ungu. Pada ketika itu antara saya dan Hikayat Patani yang memisahkan
kami adalah masa.
Rasa teruja perlahan-lahan bertukar sayu apabila di sinilah suasana trajedi berdarah kejam berlangsung. Di dalam masjid inilah masyarakat Islam dibunuh oleh tentera Thai pada tanggal 28hb April 2004. Al fatehah untuk setiap seorang yang terkorban di sini. Semoga Yang Maha Mengetahui dan Al Ghafur mengampunkan semua dosa-dosa mereka yang terkorban. Alhamdulillah. Amin.
Jom Makan
Selesai solat, saya dan keluarga menjamu selera di
gerai-gerai hadapan masjid. Makanan yang ada semua enak-enak belaka. Hanya
perlu pilih yang mana berkenan. Harga pun murah dan berpatutan.
No comments:
Post a Comment