Salam Tahun 2014
Sudah tiga hari kita berada di tahun 2014. Usia kita
meningkat setahun lagi, kalau angka umur kita hitung mengikut kalendar
Georgian. Tapi sebenarnya umur kita sudah lama bertambah, sejak Muharram lepas;
5 Nov 2013.
Lega dan bahu sudah ringan bila cerita Ain sudah tamat dan
sudah saya ‘serahkan’ ke meja penerbit melalui emel. Kini menanti keputusan
saringan dengan hati yang berdebar. Manuskrip novel Cinta? Boleh Belah! Sudah
saya tukar menjadi Yang Bernama Hati: Roll, CINTA, Aksi!
Menulis kisah Ain kali ini, banyak perkara saya pelajari. Antaranya, bagaimana sukarnya kita boleh menjadi manusia yang sangat sukar
memaafkan si pesalah sekiranya
hati terluka oleh luluh derita. Namun memberi maaf itu adalah anugerah
dari Al-Khaliq, Ya Ghaffur, kepada hambanya untuk melahirkan ketenangan dan
lapang di dalam hati:
Mata
Ain membulat besar bila terpandang sejambang ros merah di atas meja kerja dia.
Faizal yang duduk setentang, tersenyum. Kalau jambangan bunga ni dari Faizal,
untuk sengaja mengusik, akan dia tonyoh-tonyoh jambangan bunga itu ke muka Faizal atau akan dia mandi bungakan
penerbit popular ini. Gatal! Sengaja cari pasal dengan dia.
“Ni kerja kau?” Soal Ain
yang mengangkat dan membelek jambangan ros merah. Mencari kad pengirim.
“Tolong sikit ya…membazir
duit aku saja bagi jambangan bunga ni pada kau. Lebih baik aku bagi pada
Neelofa.” Senyum Faizal masih tidak lekang.
“Wah kau dapat bunga. Dari
siapalah agaknya tu ya?” Usik Dila yang baharu saja muncul di tempat dia. Ain
membelek kad yang terselit sambil senyum lebar.
Dari pemujamu
Ari Zaman
Hilang terus senyum Ain.
Ari Zaman?! Kenapa dia pula yang hantar bunga ros ni. Potong mood betullah. Tak
suka!
“Kau
nak? Ambillah.”
Dila yang melihat,
terkejut. Pandangannya dia hala pada Faizal yang juga punyai reaksi yang sama.
Terus Dila merampas kasar kad ditangan Ain. Nama Ari jelas pada mata Dila.
“Salah orang, Faizal.”
Jelas Dila pada Faizal.
“Kau
nak? Ambillah.” Ulang Ain sekali lagi.
“Tak
nak aku. Kau ingat aku ni apa? Tong sampah kau. Okay…aku ada mesyuarat produksi
ya…babai.” Ujar Dila sambil melangkah meninggalkan Ain dan Faizal.
“Faizal…nak?
Bagilah lah pada Neelofa kau tu.” Ujar Ain pada Faizal pula.
“Kalau
akulah jantan tu…sumpah aku kecil hati dengan kau ni. Suka tak suka itu
belakang kira. Yang penting dia ingat kau. Mahal tu. Simpan sajalah. Tak
baik..kecik hati dia. Aku sebagai lelaki…terasa tau…pedih ni.” Faizal meletak
kedua tangan dia pada dada kiri. Pandai sungguh Faizal bagi ceramah pasal hati
pada dia. Faizal dan Ari sama saja.
Selamat melangkah ke alam 2014 dari saya dan keluarga.
No comments:
Post a Comment