Kampung Peta, Endau Rompin.
Ain duduk diam di hujung ruang
balai sewang di Kampung Peta. Memerhati persiapan acara sewang yang bakal
diadakan sekejap lagi. Melayang-layang suasana ini dulu. Ketika dia dan rakan
sekampus datang ke sini. Meriah dia dan rakan-rakan menolong orang kampung
untuk persiapan majlis sewang untuk mereka. Pandangan Ain menjala di segenap
ruang balai yang terang benderang dan cantik dihias ini. Tidak tahu dia
bagaimana posisi dan gerak kamera yang Ari inginkan. Cuma yang dia tahu, dalam
acara sewang ini, untuk kedua kalinya Raden Galoh akan muncul dalam lagak dan
gaya orang kampung sini. Dalam babak ini Zul yang sedang menyaksikan acara
sewang, disapa Raden dan kemudian Raden memujuk Zul untuk dia bawa Zul ke
alamnya.
“Hai…”
Sapa Joe yang tiba-tiba saja muncul. Terkejut Ain dan Joe tersenyum melihat
gelagat terkejut tadi.
“Joe…muncul
macam hantu…nasib baik aku…”
“EHeemmm…aku?
Siapa aku?” Joe memintas cakap Ain dan Ain termalu. Aduhh…macam-macam lah si
Joe ni. Tahu tak orang malu? Ain
memandang Joe yang menunggu jawapan dari dia sambil menyoal dia dengan isyarat
kepala.
[Working title: Cinta? Boleh Belah]
Keramahan penduduk Kampung Peta,
Endau Rompin, ketika saya berkunjung ke sana sekitar 2006, melayang jelas
setiap kali saya ‘berada di dalam dunia’ Ain. Masyarakat Orang Asli Jakun di
situ melayan saya dan geng Kembara Libur dengan mesra dan ada-ada saja
oleh-oleh untuk kami untuk dibawa pulang. Pelbagai ilmu memburu dan tips-tips
kembara hutan yang saya pelajari dan adalah antara kenangan indah yang saya
zahirkan di dalam kisah Ain ini.
Selamat Menyambut Aidiladha. Maaf
zahir dan batin dari saya dan keluarga.
No comments:
Post a Comment