Nuffnang

Saturday, 5 March 2016

Cerita Bulan Mac - TEMAN JIWA


TEMAN JIWA A.K.A SOULMATE

Salam Mac,

Sudah hampir satu pertiga ruang alam 2016 kita melangkah. Sudah berada di mana kita? Sudah ramai yang bergilir ganti menyambut hari kelahiran. Umur pun semakin meningkat. Apakah pencapaian kita sehingga setakat ini? Baik untuk hal dunia dan khususnya untuk bekalan hal akhirat. Setiap langkah, tingkah, tutur dan rasa ada sahamnya di alam sana.

Alhamdulillah sehingga ke hari dan saat ini tugas dan amanah 'mencipta' cerita Nurbaya kemudiannya ditukar kepada Nur Rukiah...tidak lama ditukar semula kepada Nurbaya dan akhirnya kepada Nur Rukiah semula, sudah selesai. Sudah sampai ke titik pengakhiran kisah dalam Teman Jiwa dan kini sudah di 'upgrade' kepada Teman Jiwa A.K.A Soulmate untuk diselarikan dengan tajuk filem- SOULMATE.

Cetusan idea Teman Jiwa dari Tan Sri Sahol Hamid, Mantan VC UiTM ini saya kembangkan melalui POV watak perempuan (Rukiah) dan bukan dari cerita watak lelaki (Azmeer) seperti idea asal. Pada saya Rukiah sebagai penggerak cerita lebih dekat dengan saya berbanding Azmeer. Sungguhpun begitu proses penyelidikan sebelum dan sewaktu menulis cerita ini tetap sama. Baik unsur perwatakan psychology dan psychical yang diangkat melalui unsur perwatakan sosiologi Rukiah mahupun Azmeer memerlukan masa supaya watak yang dibina kukuh dan kewujudan mereka terasa benar.

Bukan mudah 'idea' menjadi sebuah cerita. Cerita tidak boleh dicipta dalam seminggu mahupun sebulan walaupun ideanya bagus. Prosesnya lama dan ada ketikanya makan tahun. Bergantung kepada sejauh dan sedalam mana sang penulis melakukan penyelidikan.  Proses dan hasil penyelidikan inilah akan membentuk bingkai originaliti penulis. Dalam konteks ini originaliti cerita Teman Jiwa A.K.A SOULMATE.

Draft pertama manuskrip novel Teman Jiwa tamat sekitar September 2015. Dari situlah cerita Soulmate diadaptasi ke skrip dan tidak lama ke layar skrin. Sekitar Januari 2016, draft kedua mula saya rangka.

Ketika ke lokasi penggambaran, melihat babak Azmeer sedang merindui Kalisha hati  tersentuh kerana rasa Azmeer itu sangat dekat dalam jiwa (saya 'sang pencipta'). Maka saya sangat faham bagaimana rasa gelora rindu bercampur bersalah si suami pada isteri yang sudah lama pergi.

Diambil/muat turun dari FB Nur Afifi M Taib -6 Feb 2016


Maka ketika ini penggambaran SOULMATE sudah lama tamat dan draft terakhir manuskrip novel Teman Jiwa A.K.A SOULMATE juga sudah pun saya noktah pada 29 Februari 2016. Sudah saya emelkan kepada bos sekitar minggu itu juga dan kini tunggu respon yang bakal diberi.

Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment