Nuffnang

Sunday, 15 October 2017

Goji Berries Teh Awet Muda Saya.






Teh Goji Berries dan Kesihatan.

Goji Berries ini dikatakan kelompok herba perubatan di kalangan masyarakat Cina di Tanah Besar China. Khasiat goji berries ini banyak kalau anda google. Di antaranya adalah antioksidan  yang tinggi, menurunkan kadar kolestrol, mempertingkatkan sistem imunisasi dan ia juga berfungsi sebagai 'agen' menurunkan berat badan. Seringkali bila saya ke kedai ubat dan herba Cina di mana-mana, baik di kawasan dekat rumah atau di Alor Setar, komen nasihat mereka adalah sama: 'Ini baik untuk mata.' Sebetulnya  kata-kata itu adalah benar belaka. Untuk saya, setelah setahun lebih mengamalkan teh ini buah ini, penglihatan saya ada kesannya. Penglihatan saya kian bertambah elok berbanding dulu. Dikatakan, masyarakat Cina khususnya di Tanah Besar sana, Gou Qi Zi ini adalah antara penyebab kenapa mereka kelihatan awet muda dan umur panjang.

Kenapa saya amal?


Sebagai seorang wanita yang bekerja, badan dan minda akan menjadi letih lesu sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah. Amalan minum teh ini pada saya, memberi kesan positif terhadap tahap kecergasan minda dan badan .

Tambah lagi, sejak saya mengamalkan teh goji berry, bermula dari pertengahan tahun lepas, berat badan mungkin tidak banyak turun. Tetapi pengecilan size badan sangat ketara. Sehingga sekarang, berat badan saya tidak bertambah. Alhamdulillah. Walaupun  menu makanan saya seperti biasa, macam orang lain juga  kecuali nasi ( menu saya adalah sekali dalam sehari -separuh). Tetapi ada ketikanya saya ambil penuh ( bukan setiap hari. Mungkin sekali -dua  sahaja dalam seminggu) dan ketikanya saya langsung tidak makan nasi selama sehari-dua. Sejak mengamalkan teh goji ini, juga kulit saya bertambah cerah dan bersih. Mungkin kesan dari proses antioksidan dan vitamin C yang tinggi.

Caranya mudah sahaja. 


Seperti membancuh green teh atau teh O biasa.

Satu sudu atau dua sudu besar Goji Berries. Rendam  dalam air panas di dalam cawan atau gelas. Biarkan 5-10 minit.  Kemudian minumlah seperti minum teh O tanpa gula. Buah itu jangan dibuang. Kunyah perlahan kerana rasanya sangat enak. Khasiatnya juga terletak pada buah. Pada saya, teh ini menjadikan perut tidak cepat lapar. Malah makan sedikit pun sudah kenyang. Juga kita akan menjadi lawas secara natural. Tidak seperti makan jamu atau teh kurus.




Cara saya:

Pagi

Apabila sarapan anak untuk ke sekolah sudah saya siapkan, saya akan rendam goji berries ini dalam air panas di dalam mug. Saya biarkan sehingga sekitar jam 7.30  pagi atau lebih. Kemudian minum sambil menikmati sarapan pagi.

Malam

Selepas solat Isyak saya akan rendam goji berries  dalam air panas di dalam mug. Selalunya sekitar 9.30 atau 10.00 malam, barulah saya minum teh itu perlahan-lahan dan mengunyah buah berries sambil menonton TV. Rehat.

Goji berries ini juga dikatakan boleh menjadikan tidur kita nyenyak dan badan segar keesokkan paginya. Pada saya, hal ini benar.


Nasihat

Tidak semestinya ia baik untuk saya, ia juga sesuai untuk anda. Pada anda yang ingin mencuba amalkan, baca dulu ulasan-ulasan dan tulisan tentang Goji Berries ini di internet. Ada nasihat-nasihat tertentu pada yang ingin mencuba. Contohnya, bagi mereka yang mempunyai kadar gula yang rendah di dalam darah, tidak digalakkan mengamalkan minuman ini.

Pada yang sudah mencuba, apa rasa anda?



13 comments:

  1. Saya pernah try, mula-mula macam tak best. Lama-lama macam dah okay. Terima Kasih untuk perkongsian. ��

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat baik. Terima kasih 🙂

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Saye nk tnye... Kat mana saye boleh dapatkan buah goji ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Unknown :). Saya selalu beli di kedai runcit-ubat Cina. Di giant pun ada juga tapi paket kecil.

      Cubalah, tak rugi.

      Delete
  4. Tahap gula saya normal sahaja. Boleh tak tambah madu sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shamim,
      Rasanya boleh...sebab saya tak pernah cuba. Saya selalu minum kosong begitu saja..atau ada ketikanya saya perahkan lemon sepotong.

      Delete
  5. kadar gula sy normal.. tapi blood saya 9 kebawah.. boleh ke minum.. xmemudaratkan ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya kurang arif tentang hal ini. Rujuklah pada doktor. :)

      Delete
  6. Kalau buat jus boleh campur dengan buah apa supaya lebih enak? Esok nak try blender tengok kot kot tekak boleh terima.Saya nak cuba istiqamah nak turunkan power rabun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shamim,

      Saya kurang pasti. Selalu saya blendkan dengan kurma Cina saja.

      Nanti kalau dah buat cuba-cuba beritahu ya...saya pun nak cuba juga.

      Delete