Nuffnang

Sunday, 5 August 2018

JOM PI SABAH...Kota Tamu Besar Yang Kecil





Maka kembara Sabah kami pun bermula.


Hari Pertama

KOTA BELUD
 Mengikut tentatif program, destinasi pertama adalah Tip Of Borneo di Kudat dan perlu singgah sebentar di Kota Belud. Pusing-pusing dan tengok apa yang ada di kawasan majoritinya kaum Bajau. Merasa dan menjamah makanan kaum ini di mana-mana restoran yang ada di situ sebagai hidangan tengahari dan bersolat jamak di surau atau masjid di situ.
Dengan itu, daddy memandu Exora menuju ke sana. Anak-anak ketika ini sudah tidak peduli lagi tentang ruang Sabah yang baru pada mereka kerana sudah terlalu mengantuk, bila harus bangun seawal jam 3.30 pagi. Hanya saya dan daddy saja yang masih bertahan mata menikmati pemandang kiri dan kanan sepanjang ke Kota Belud. Tidak pun lama memandu kereta yang dipandu daddy membelok masuk ke kawasan rumah kedai. Singgah sebentar pada sebuah kedai Hypermarket untuk membeli jajan, minuman dan roti sebagai melapik perut sepanjang perjalanan.
            Perjalanan ke Kota Belud mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan setibanya di bandar Kota Belud saya dan daddy terkedu.
            “Kecilnya,” ngomel saya yang masih tidak percaya.
Sangkaan saya selama ini meleset. Pada saya, mungkin bandar ini sebesar dan seperti  bandar Sungai Petani. Kecil saja bandar masyarakat Bajau ini rupanya. Mungkin kecil sedikit dari Taping atau besar sedikit dari pekan Kepala Batas, Alor Setar. Di bahu jalan terpampang poster Tamu Besar pada Oktober tahun lepas. Perayaan besar masyarakat Bajau di sini. Kepingin juga suatu hari nanti untuk melihat pesta perayaan ini.
             “Pusing balik…pusing balik,” pinta saya sambil pandangan meliar mencari kedai makan yang boleh kami singgah untuk makan tengahari dan juga menjala mencari surau atau masjid untuk kami bersolat. Sedar-sedar sudah hampir memandu keluar dari bandar. Suami pelik. Saya ingin snap gambar, mana-mana ruang di Kota Belud ini sebagai bukti sudah sampai. Walaupun hanya ‘touch and go’ saja tetapi gambar itu sangat penting.

Memang ada beberapa kedai makan di situ tetapi parkernya sukar untuk dicari. Kalau ada pun nun jauh bertapak-tapak. Memandangkan anak-anak masih lena sungguh lagi, saya dan daddy mengambil keputusan untuk teruskan saja dan singgah pada mana-mana kedai makan dalam perjalanan. Lagi pun ‘meal’ yang dimakan di dalam perut kapal terbang tadi masih lagi memenuhi ruang perut yang sudah kian terasa kosong. Tidak lapar sangat lagi dan masih boleh bertahan.

No comments:

Post a Comment