“Biar betul…ini jalan ke chalet.”
Dari Tip Of Borneo saya dan keluarga menghala ke chalet yang telah ditempah.
Tidak lama kereta dipandu suami membelok arah yang diarahkan oleh ‘waze’. Jalannya hanya jalan tar kecil. Lebih kecil dari jalan untuk ke Tip of Borneo tadi. Seperti lorong kampung di luar bandar. Tetapi seperti menuju masuk ke dalam hutan sahaja.
“Biar betul…ini jalan ke chalet.”
Suami meluahkan rasa tidak sedap hati. Anak-anak yang riuh di belakang, diam. Sungguh ketika itu hati saya pun sudah tidak enak juga. Jalan yang kami susuri seolah menghala ke ‘pintu masuk’ hutan. Rasa tidak enak saya kian berlapis tinggi bila jalan tar sudah bertukar kepada jalan tanah merah. Ya Allah…adakah aku ditipu? Bisik saya di dalam hati yang sungguh bimbang dan risau. Tengok pada gambar pada website chalet, tempatnya cantik dan sangat indah. Ketika ini tidak ada secalit pun bayangan di depan mata tentang keindahan seperti di dalam gambar. Yang pasti jalan yang sedang disusuri ini adalah sedang menghala ke ‘pintu masuk’ sebuah hutan. Mahu saja saya menyuruh suami berpatah balik. Seram sejuk sudah mula terasa. Cuma pada DIA saja saya memohon pertolongan.
“Mak, mana chalet tepi pantai tu? Ini dah dalam hutan.” Suara Akif yang saya yakin hatinya juga sudah tidak enak. Bimbang. Ketika ini melayang-layang di ruang hutan yang sunyi sepi kisah-kisah seram yang pernah saya tonton. Bagaimana watak-watak ditipu dengan pakej percutian dan hotel indah dan mahal yang sebenarnya tidak wujud. Mereka telah masuk ke perangkap manusia sakit mental atau psychopath. Maka mereka harus berusaha sedaya mungkin untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa manusia berjiwa jahat ini. Dan saya sebenarnya tidak suka keadaan itu mahupun cerita seperti itu.
“Abang…jom patah balik lah…kita cari hotel kat pekan Kudat saja.”
Kata-kata itu hanya terlekat pada anak tekak dan tidak mampu diluahkan pada suami yang sedang memandu. Suami, saya serta anak-anak sudah diam dalam rasa ‘suspen’ bila ketika ini mata sudah menangkap beberapa buah rumah di dalam ‘hutan’. Biar betul dalam hutan ini ada orang tinggal. Orang atau… (dot…dot..dot), suara hati pun tidak mampu menghabiskan ayat ini.
“Alhamdulillah…”
Ucap semua di dalam rasa yang sangat bersyukur bila jalan berhutan tadi sudah nampak indahnya. Suasana chalet yang saya lihat di dalam laman sesawang chalet ketika ini mula membentuk ruang.
Ya benar, seperti berada di alam lain. Cantik sungguh. Serupa…persis seperti gambar yang ada di dalam laman sesawang. Ketika itu saya menghadam ilmu Ya Khaliq dengan perlahan-lahan. Sungguh cantik dan permai kawasan yang berada ‘di hujung’ hutan ini. Kawasannya memang dekat dengan pantai. Tetapi bukanlah seperti chalet di Langkawi atau di Pulau Pangkor. Pantainya adalah di dalam kawasan pinggir hutan. Ruang alamnya cantik…saya suka tetapi saya tidak suka pengalaman untuk ke chalet ini. Sangat jauh ke dalam ‘hutan’. Kenapa saya memilih chalet ini? Chaletnya memang cantik dan pesona. Melalui gambarnya seperti dekat atau di kawasan pantai sahaja. Tetapi tidak sangka pula letak duduknya agak jauh ke dalam ‘hutan’.
Di sini saya menempah dua buah chalet. Sebuah untuk tiga orang: saya, kakak dan Alif dan sebuah lagi (berjiran) adalah untuk suami dan Akif.
Chalet berbetuk tiga segi ini dibina hanya dengan kayu. Bilik airnya paling saya suka. Berdinding kayu dan berbumbung kayu juga. Berlantai kayu jarang supaya air mandian boleh mengalir ke bawah. Seperti bilik mandi rumah atok ketika saya kecil dahulu. Sungguhpun begitu, kemudahan ‘asas’ dan keadaan chalet ini menjadikan saya harus menolak markah dan menjadikan markah keseluruhan hanya lebih kurang 6/10 sahaja atau 5/5 sahaja mungkin.
Kemudahan ‘Asas’.
Pertama, chalet ini tiada wi-fi. Tidak seperti mana dinyatakan di dalam laman sesawang. Di tambah pula tiada signal’ talian telefon dan tiada tv di bilik. Mungkin kepada mereka yang benar-benar ingin ‘lari’ dari kesibukan kota dan teknologi canggih, chalet inilah tempatnya. Mungkin kerana inilah majoriti yang menghuni di sini adalah dari kalangan orang luar negara. Kedua, tiada café yang beroperasi. Hanya sebuah ‘café’ yang berfungsi seperti bar biasa sahaja.
Pada pendapat saya, chalet ini perlu ditambah baik dengan mengadakan café, memandangkan letak duduknya agak jauh ke dalam ‘hutan’. Maka sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sekiranya ada akan menambahkan lagi ‘markah’ saya untuk chalet ini. Keadaan bilik dalam ruang chalet yang gelap, malap sungguh memandangkan lampu yang dipasang adalah berwarna oren. Suasana ‘oren’ begini boleh menjadikan rasa murung dan seram sejuk muncul bila berada di kawasan chalet begini. Sunyi. Maka sepanjang malam saya biarkan saja ruqyah dari telefon berulang baca sehingga waktu syuruk.

Keadaan Chalet
Pemberian markah yang rendah pada chalet ini juga merujuk kepada anjing-anjing peliharan pemilik yang dibiarkan berkeliaran di sana sini dalam ruang chalet. Khususnya pada ruang café dan juga ada yang melepak pada tangga bilik chalet. Mungkin pada pengunjung luar negara yang sudah biasa dengan budaya anjing adalah sebahagian dari keluarga, mereka tidak peduli malah suka. Tetapi pemilik Chalet harus juga melihat dari aspek pengunjung tempatan yang beragama Islam. Apa yang saya boleh simpulkan cara pengurusan chalet ini tidak beberapa sesuai untuk pengunjung rakyat tempatan yang beragama Islam seperti saya sekeluarga.
Memandangkan keadaan kemudahan ‘asas’ yang seperti ‘tidak membenarkan’ kami sekeluarga menikmati ‘family quality time’ pada waktu alam yang gelap pekat, maka kami sekeluarga tidur sungguh awal. Selepas saja solat jamak maghirb dan isyak, sekitar jam 7, masing-masing sudah bosan. Sudahlah hendak melepak di café pun tidak boleh kerana ianya bukannya café. Malah sepi saja seperti tidak berfungsi. Untuk melepak di balkoni bilik chalet pun ruang alamnya gelap amat kerana tiada lampu jalan. Di tambah pula nyamuk pun sangat suka berterbangan beramai-ramai pula.
Selamat Menyambut Raya Qurban.

No comments:
Post a Comment