Penulisan Dan Kesan
SesungguhNya Kami hidupkan orang yang mati, dan Kami tuliskan apa yang mereka kerjakan serta kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan ingatlah tiap-tiap perkara Kami cacatkan dalam Kitab Luh Mahfuz yang jelas dan nyata.
[Surah Yassin:12]
Ayat di atas merujuk kepda perbuatan dan kesan. Dalam konteks penulisan kita sebagai penulis, baik novel, cerpen, skrip atau pun tulisan-tulisan 'status' di Facebook dan medial sosial yang lain. Khususnya kepada penulis novel dan cerpen seperti saya, memang seronok menulis apabila idea datang mencurah-curah entah dari mana dan dari ‘siapa’. Maka apabila diterbitkan, kemudian tersusun rapi pada rak-rak di kedai buku besar akan timbul rasa kagum dan bangga pada diri sendiri. Atau cerpen disiarkan dalam majalah atau akhbar. Apatah lagi kalau hasil karya itu mendapat sambutan dan jalan ceritanya diulas –review- menarik dan bagus. Tambahan lagi kalau cerita kita ini didrama sirikan. Betulkan? Setuju? Emosi saya pun begitu juga.
Warisan Yang Membimbangkan
Kita sebagai pemilik cerita bertanggungjawab terhadap hasil penulisan kita dan tanggungjawab ini dikongsi bersama dengan penerbit atau editor yang bersetuju mencetak dan menerbitkannya. Tanggungjawab yang dipikul ini berat tanpa kita sedar. Melurus tinggi hingga ke alam langit dan kemudian memanjang jauh sehingga menjangkau ke alam kekal (barzakh dan akhirat).
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakan.
(Al Baqarah:286)
Tanggungjawab ini tidak berhenti apabila pengkarya tersebut meninggal dunia. Tetapi ia hidup tanpa ada hayat lupus. Karya ini dengan kata lain, adalah indeks warisan kita kepada masyarakat. Justeru ia berfungsi sebagai jejak yang kita bakal tinggal nanti.
Melalui dua ayat di atas Allah Ya 'Adli dan Ya Alim menjelaskan bahawa jejak-jejak atau perbuatan atau amalan yang kita ditinggalkan ini akan memberi kesan dalam konsep balasan yang setimpal. Selagi mana karya kita dibaca kemudian ‘digunapakai’ atau mempengaruhi atau pun menjadi ikutan individu di alam dunia, setiap satunya dicatat dan dihitung kemudian kita akan mendapat kesan atau balasan yang setimpal dari karya yang pernah seketika dulu kita kagum dan bangga. Karya kita ini akan ‘hidup’ selamanya di alam dunia walaupun kita sudah lama tiada di alam ini.
‘Bagaimana kalau penerbit meminta kita ubah jalan cerita sedikit atau tanpa pengetahuan kita ada subplot yang ditambah dan ada bab yang dibuang atau ditambah? Menjadikan cerita kita sudah sedikit lain dari asal. Atau mungkin perubahan itu akan menjadikan maksud cerita sudah lain?’
Jawapan saya juga dengan persoalan;
‘Royaltinya anda ambil atau tidak?’ Tanyalah pada diri sendiri.
Semoga melalui karya kita ada RedhNya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment