TREATMENT DULU YA
"Saya nak treatment." Kata Encik Mat selaku bakal pengarah untuk skrip DEMI.
Maka proses membuat treatment pun bermula. Bermula bagaimana? Dengan membelek peta Sabah. Saya 'menjelajah Sabah' dengan peta melalui maya. Mencari route yang logik dan sesuai untuk digerakkan cerita. Dalam pada masa yang sama, niat dan perancangan adalah untuk mengangkat budaya dan warisan masyarakat pribumi di situ. Oleh kerana masyarakat pribumi di sini banyak dan pelbagai, saya harus memilih. Untuk memilih saya perlu buat kajian tentang budaya setiap satu masyarakat yang ada di situ. Apabila route saya sudah kenal-pasti. Maka saya pilih masyarakat Bajau Darat, Murut, Rungus dan Kadazan Dusun.
Semasa proses mencari route yang sesuai untuk Thea kembara mencari rindunya, sungguh ketika itu saya dengan perlahan-lahan jatuh suka dengan Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Rasa ini menjadikan saya ingin sendiri rasai pengalaman jelajah ini. Maka Nov 2016 kalau tak salah saya, kami sekeluarga bercuti di Sabah.
Ya 2016. Maka kisah Thea ini sudah lama ditulis. Apabila hajat hati untuk dihantar pada Penerbitan Aha pertengahan tahun 2020, maka manuskrip ini perlu saya semak dan 'perbaharui' semula supaya 'up to date'.
Kisah sambung kisah kembara saya mengikut jejak Thea.
No comments:
Post a Comment