Monday, 13 December 2010

Ulit Sayang Bercantum Di Hujung


Novel Pertama: JAS Publishing :1997

Terkejut sungguh pagi Sabtu lepas. Membuka saja website Facebook, mata terus menangkap sebuah ‘lukisan’ yang sudah lama hilang dari pandangan. Lukisan yang menjadi kulit muka novel pertama saya. Sememangnya sudah lama saya cari ‘copy’ di merata-rata di Kuala Lumpur dulu kerana ‘copy’ saya sudah hilang dari simpanan. Entah bergerak ke mana dan terus bertapa di almari siapa pun saya tidak tahu.Terharu sungguh saya dengan usaha sahabat rapat seorang ini. Terima kasih Ezani Idris kerana masih ada ‘copy’ itu. Terima kasih juga kepada sahabat baik dan rapat [BFF lah kata Yasmin] yang juga masih menyimpan satu ‘copy’ novel itu.

Cerita Ulit Sayang Bercantum Di Hujung (USBDH) ini masih segar diingatan. Ceritanya ditulis berselang seli dengan stress menyiapkan tesis tahun akhir ketika di UM dulu. Ideanya datang bertimpa-timpa ketika itu. Namun ia hanya disimpan begitu saja kerana tidak pernah saya bermimpi untuk diterbitkan. USBDH hanyalah terapi minda di kala stress saja.

Namun suatu hari ketika selepas musim belajar, Ezani meminta saya dan mungkin juga beberapa orang rakan baik yang lain, manuskrip novel sekiranya ada. Dalam hati yang teruja tetapi berat saya menyerahkan manuskrip USBDH kepada Ezani. Perasaan berat yang terbeban melonggok di dalam kerana saya rasa dan yakin USBDH masih belum cukup elok untuk dijadikan sebuah novel. Saya masih belum bersedia untuk menjadi seorang penulis novel lagi seperti rakan-rakan penulis yang lain – Lily Haslina dan Hizairi Othman. Saya masih selesa berada di ruang kelompok penulis cerpen walaupun cerpen saya tidak setanding dengan deretan cerpen Rodziah Haji Mat Akil dan Shaidah Shafie. Kalau nak dibandingkan dengan isu dan tema yang saya angkat berbanding mereka….alahai…..nilai estetika yang diangkat cetek sungguh. Naahh... tiba-tiba suatu hari dalam 1997 Ezani menyerahkan 'copy' novel yang saya tidak yakin itu kepada saya.Terkejut sungguh. Melingkar perasaan pelbagai emosi di dalam pandangan berteleku pada novel itu di tangan..

Sudah lebih sepuluh tahun novel ini diterbitkan. Sudah lama. Kisah tentang perebutan hak penjagaan anak-anak antara seorang ibu tunggal, Aida - wartawan sebuah majalah - dengan bapa mertua – Pak Hartanto – ahli perniagaan keturunan Jawa di Indonesia - di Jakarta Indonesia.

Ringkasan cerita USBDH yang disebutkan tadi menjadikan saya tersenyum dan mungkin kagum dengan keupayaan saya ketika itu. Ketika saya masih bergelar pelajar tahun akhir dan juga terutamanya masih bujang. Tidak tahu bagaimana boleh saya mendapat idea menulis tentang kisah ‘berat’ begitu. Kisah tentang alam rumahtangga, kisah perebutan hak penjagaan anak dan juga kisah darah keturunan yang sememangnya saya tidak arif langsung. Berbeza sungguh dengan isu yang saya angkat dalam Suhaila (2000) dan paling terbaru 26 Episod Gosip (2010). Novel adapatasi Hingga Hujung Nyawa (2004) tidak boleh diambil kira kerana ianya hanyalah adapatasi dari filem arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen. Ianya bukan idea saya 100%. Cuma mungkin saya tambah sana-sini dalam 25 % dari cerita yang difilemkan saja. Agar lebih dalam dan detail ceritanya.


Terima kasih Ezani yang sentiasa memberi ‘boost’ pada rakan-rakan. Kalau dulu waktu belajar dialah dengan rasa bertanggunjawab menyampaikan pesan marah sekaligus ‘ugutan’ arwah Dr. Anuar Nor Arai pada saya kerana saya mengambil keputusan untuk tidak menyertai pratikal dengan ‘pasukan’ pembikinan Johnny Bikin Filem, sebab saya sudah nekad dan menerima tawaran dari TV3. Selepas musim belajar pula dialah yang ‘memaksa’ saya untuk menyerahkan manuskrip USBDH kepada JAS. Maka dalam tahun 1997 dengan rasminya saya adalah penulis novel.

Terima Kasih Ezani Idris.

7 comments:

  1. bestnya cerita nie.... kenangan mengusik kalbu... yek

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Hajjah Ati. Setuju. Kenangan mengusik kalbu...:)

    ReplyDelete
  3. mana nak dapat novel2 kak ayu..? hehehe teringin sangat nak baca...

    ReplyDelete
  4. Novel SUHAILA, Suhaila kita ada ...jiran Ati tu..hehehe. Novel terbaru 2010...Ati boleh order kat Jemari Seni website. kalau nak akak boleh tolong orderkan. :)

    ReplyDelete
  5. ni first novel saya baca..waktu tu form 1(1998) then satu kelas rotate baca buku ni..part surat paling sedih..hehe..tercari2 di kedai2 nuku stp kali singgah tp xpernah jumpa..hope sgt dapat satu copy majalah ni..boleh sesiapa bgtahu kat mana nk dptkn satu copy novel ni..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamsiah: terima kasih kerana suka pada certa Aida. Saya tiada salinan. Saya sendiri pun sedang mencari. Sekiranya Kamsiah ada terjumpa...belikanlah untuk saya satu ya.

      Delete

2011 Reading Challenge

Ayu has read 0 books toward a goal of 100 books.
hide