Nuffnang

Saturday, 9 June 2018

Demi Rindu Itu....Thea Sanggup


Rindu Thea

" Duhai Allah Yang Maha Mengetahui, kuatkanlah hati ini. Limpahkanlah jiwa ini dengan ketenangan. Amin."

Thea sudah siap berkemas barang yang tidak banyak. Tangan mencapai gambar lama dan merenung dalam hati yang sangat pekat dengan rindu. Kemudian dengan perlahan dicapai pula kad jemputan kahwin. Membelek dalam jiwa yang sangat mengharap agar pencarian rindunya ini berakhir di sini dengan titik bahagia.
(Demi Rindu Itu...)

Mencari rindu yang sudah lama hilang tidak mudah. Hanya pemilik hati sahaja yang tahu bagaimana merana dan sengsaranya jiwa. Pada yang pernah dan sedang merindui seseorang yang pernah hilang dari hidup kita, pasti mengerti perasaan ini. Sukarkan untuk diterjemahkan dalam kata-kata? Hanya yang pernah dan sedang melaluinya sahaja  tahu bagaimana rupa bentuk rasa.



Demi rindu Thea, saya  menggembara bersama perempuan yang miliki hati sekeras berlian di dalam jiwa cekal dan berani, hanya untuk mencari dia yang bernama RINDU. Mendampinginya pada setiap gerak rasa dan luluh hati khususnya ketika tunang sendiri tidak pernah dan mahu mengerti.




Sukar sangatkah untuk Nenek dan Hadif faham perasaan Thea?!

Selamat Berada Dalam Ruang 10 Ramadan Terakhir dari saya dan keluarga.

No comments:

Post a Comment