Nuffnang

Monday, 2 November 2009

Hingga Hujung Nyawa



Hingga Hujung Nyawa adalah karya  novel saya yang ketiga dan paling `baru' walaupun sudah lama berada di pasaran. Novel ini adalah diadaptasi dari filem Hingga Hujung Nyawa.

Proses yang dilalui bukanlah mudah kerana saya ingin cerita Nora yang ditulis paling dekat dengan cerita Nora yang divisualkan. Kreativiti saya sebagai penulis juga terhad. Ini adalah cabaran bagi penulis seperti saya. 

Bercerita tentang Nora di kala itu, saya menyelami watak Nora gadis kampung yang miskin dan lupa diri ketika dibandar. Menyelami benci Nora akan kemiskinan diri. Risau dan bimbang Nora pada sayang Kamil yang mungkin akan hilang apabila mengetahui siapa dia sebenarnya: Gadis kampung yang miskin. Manakan sama tarafnya dengan Kamil, anak orang berada. 


Cerita Nora sebenarnya bukan cerita dongengan. Cerita Nora cerita yang lumrah saya lihat di depan mata. Atau dengar ditelinga. Ramai anak-anak kampung `lupa diri' bila asyik dengan `kemewahan' dan kemodenan kota yag penuh cabaran ini. Sudah tidak mahu lagi dikatakan orang kampung.


Nota: Artikel - analisis filem Hingga Hujung Nyawa: Si Tanggang Wanita di Dalam Hingga Hujung Nyawa oleh Haswida Abu Bakar disiarkan dalam Dewan Budaya: September 2004

No comments:

Post a Comment