Jun 2013
Hari ini 1 Jun. JUN? Ya Jun. Ertinya lagi 29 hari akan genap
setengah tahun kita berada dalam ruang 2013. Hanya tinggal 5 bulan 29 hari lagi
kita akan berganjak ke tahun 2014. Pantas sekali saya menyemak catatan senarai
atau check list yang telah ditulis
dalam memo untuk 2013 di Galaxy Note. Pada asasnya hanya ada 9 perkara saja
yang senaraikan pada awal tahun dulu. Tetapi sudah bertambah menjadi 12. Dari 12 senarai itu 4 sudah dipangkah.
Tinggal lagi 8. 4 dalam proses dan 4 lagi satu huruf pun belum dititik
lagi. Sungguh pun begitu, 4 yang dalam proses pembikinan, hanya satu bergerak
aktif. Hanya Cinta? Boleh Blah Beb
saja yang bergerak laju. Alia Kairasa: Siapa Perempuan itu, kisah Alia perempuan muda yang sangat berani dan
berjiwa kental itu masih
tersangkut pada bab 12. Sudah lama tersangkut di situ. Kononnya ingin membuat
‘kajian’ dan pemerhatian dengan
menonton filem-filem Hollywood yang berkaitan.
Tetapi
sebenarnya kesinambungan kisah cinta Ain dari 26 Episod Gosip itu yang menjadi daya penarik yang sangat kuat untuk
dikisahkan di dalam dunia baharu Ain: Cinta? Boleh Blah Beb!
Cinta? Boleh Blah Beb!
“Sudah
banyak kali Jef pesan, jangan rapat dengan Ari. Jef tak suka. Don’t you
ever care about my feelings?” Malam itu di depan rumah, Jeffri menghantar dia pulang dari
lokasi dalam rasa yang marah diusik cemburu. Cemburu kerana melihat Ari yang
bersembang-sembang dengan dia di depan van krew. Ari yang menjadi pelakon utama
di dalam telefilem arahan terbaru Abang Rafik, selalu saja mencari peluang
untuk bersama Ain. Ada saja alasan untuk dia berbual-bual dengan penolong
pengarah Abang Rafik ini, walaupun dia sedar, Ain seboleh mungkin menggelak.
“Ain dengan Ari, kami
dalam produksi yang sama. Macam mana Ain nak mengelak dari berkawan dengan dia?
Jef, please trust me, okay.” Dia sudah mulai bosan dengan sikap ‘KING CONTROL’
Jeffri yang mengalahkan daddy nya. Itu tak boleh...ini tak boleh...kalau nak ke
mana...harus dia yang hantar dan ambil. Rimas dan lemas sungguh menjadi tunang
Jeffri Husin ini. Tak indah langsung!
“Selama ini Ain memang
sayangkan dia, kan? Bodohnya aku...”
“Apa?” Membuntang mata
Ain memandang Jeffri yang kini membelakangkan dia sambil memandang bulan
mengambang penuh. Terkejut sungguh dia dengan kata-kata Jeffri sebentar tadi.
“Macam ni lah. Jef rasa
kita perlukan masa untuk diri sendiri.”
“Maksud Jeffri?” Dia
mencari mata Jeffri yang sedikit pun tidak mencari mata dia. “Memberi masa untuk
kita kenal rasa yang bermain di dalam. Ain, Jef sudah tidak yakin dengan apa yang
kita ada sekarang. Kalau kita ada jodoh, tak akan ke mana. Selamat malam.”
Hilang kata-kata Ain bila setiap ayat Jeffri menyusup masuk satu persatu di
dalam hati melalui telinga. Kaku dia di situ, di depan rumah, memandang saja
Jeffri yang melangkah ke kereta CRV hitamnya di seberang jalan sana. Jeffri
tidak memaling walau sekilas, ke arah dia yang tercegat berdiri, malam itu.
Malam itu dia ditinggalkan seorang diri dalam rasa yang
terkejut dan tercenggang yang bersaksikan bulan mengambang penuh tanpa awan.
Hanya pada bulan yang sedang mengambang penuh, dia mengadu rasa. Hanya pada
cahaya bulan itu dia menghirup semangat untuk melangkah masuk ke laman rumah
dan berlari laju ke dalam bilik. Tidak pernah dia menyangka, marah sungguh
Jeffri pada dia yang sering saja tidak akur dengan permintaan Jeffri. Sentiasa
tidak patuh dengan permintaan cemburu Jeffri untuk tidak rapat dengan Ari.
Yang pasti watak Jeffri bukan watak utama lagi kerana kisah
dia dan Ain sudah ‘hilang’. Dalam ruang dan kisah yang baharu ini, Ari
atau mungkin ada watak baru yang menjadi prince charming Ain Nurlisa Amir Lukman. NO COMMENT.
Bagaimana dengan kisah Ika dalam Skandalous Ika: Cinta Berani Mati?
No comments:
Post a Comment