Pengalaman Seram Sejuk.
Sudah akhir Jun, kisah Ain Nurlisa ini masih di tahap 'suam-suam' kuku lagi. Perjalananan ceritanya masih bertatih-tatih saja untuk sampai ke konflik. Kisah Ain kali ini bukan romantik komedi seperti 26 Episod Gosip. Mengutip pengalaman seram sejuk dan romantik Ain setakat ini menjadikan ada kalanya bulu roma saya meremang dan ada ketikanya saya terawang-awang saja. Suatu pengalaman yang baharu ketika menulis kisah seram Ain. Mungkinkah penulis-penulis kisah seram juga melalui pengalaman begini? Sentiasa saja bulu roma mereka meremang dan ada rasa seram sejuk pada tengkok. Tidak boleh saya bayangkan...bagaimana pengalaman menulis sebuah cerita seram, bila saya yang baharu cuba-cuba: sana sikit...sini sikit...dan bukan cerita seram sepenuhnya, pun sudah seram sejuk saya sentiasa.

“Kau
okay ka?” Soal Ain yang duduk di sebelah Ari di hadapan monitor. Dia
menghulurkan cawan polistrin yang berisi teh.
“Okay…terima
kasih kerana bertanya.” Jawab sambil menyambut cawan teh yang dihulur. Ada rasa
terkilan di hujung nada suara Ari ini. Dia sangat-sangat berkecil hati dengan
sikap Ain yang diam membisu sejak dia pulang ke Johor Bahru. Ain seperti tidak
peduli saja dengan apa yang sedang berlaku pada dirinya di Johor Bahru sana.
Tiada panggil menyuruh dia bersabar atau kata-kata semangat untuk menbuang
sedih yang penuh di dalam pembuluh darah dia ketika itu. Dia sangat-sangat
mengharap dan menunggu panggilan dari Ain. Kalau ikutkan hati mahu saja dia
memanggil Ain setiap detik untuk mengadu rasa. Tetapi dia sangat bimbang
kalau-kalau panggilannya ini akan menjadikan Ain marah dan benci pada dia
seperti dulu. Biar saja dia yang menunggu panggilan dari Ain….yang tidak pernah
berdering. Benarlah Ain sudah buang rasa mereka yang pernah kembang di dalam
hatinya dulu.
“Semoga
arwah diampunkan semua dosa di dunia dan dirahmati di alam sana.” Doa Ain dalam
nada lembut. Pandangan Ari merenung bebola mata Ain. Pandangan yang melata di
situ cuba mencari satu rasa. Mana tahu ada titik-titik yang sedang bercambah di
dalam hati Ain.
“Aku
dengar ada kejadian tragik yang berlaku kat kilang lama tu.” Sambi meneguk teh
dan kemudian dia letak di atas meja di sebelah. Bukan soalan itu yang
sebenarnya tersangkut di dalam hati. Sebenarnya dia ingin sangat-sangat
bertanya:
“Kenapa
kau tidak menelefon aku, Ain. Tidak rindukah kau pada aku?”
Tetapi
hatinya masih belum kuat untuk meluahkan soalan yang diiringi rasa rindu.
Bimbang dan takut bersarang kuat di dalam. Dia tida mahu hanya kerana soalan
ini Ain akan lari dari dia sekali lagi.
[Cinta? Boleh Blah Beb.]
No comments:
Post a Comment