Proses menulis novel yang satu ini sangat lambat dan lembab. Kalau dulu waktu-waktu begini sudah hampir siap. Tetapi yang satu ini...masih berada di status merangka konflik. Belum pun sampai ke puncak, sudah Ogos. Masih ada 4 bulan sahaja untuk pastikan semuanya selesai. Sempatkah?
Kisah cinta Ain kali ini lain emosi dan rencahnya dari pengalaman cinta gila-gila Ain di dalam 26 Episod Gosip, dulu. Kini dunia Ain yang ini ada 'emosi' seram dan aksi.
Kak Farah dan Abang Rafik ada rancangan besar ya:
“Ain dengan Ari, okay?” Soal Kak Farah dalam senyum. Tangan yang menyenduk kari kepala ikan di depan berhenti di atas angin. Kepala ikan sebelah yang dikaut Ain, terjatuh semula di dalam mangkuk kari. Mungkin ia pun terkejut juga. Mata Ain jatuh pada wajah Joe yang tiba-tiba saja terdesak nasi. Ari? Aku dengan Ari? Kenapa Joe pula yang tersedak. Bukankah aku yang harus tersedak nasi sebab terkejut? Tangan yang berhenti tadi menyambung bergerak ke pinggan Ain. Senduk kecil yang hanya penuh dengan kuah kari tanpa isi, dituang ke pinggan.
“Ain dengan Ari? Okay…kenapa Kak Farah tanya?” Soal Ain yang ingin tahu maksud tersirat dan tersurat soalan Kak Farah tadi. Ain ingin tahu konsep maksud OKAY Kak Farah tadi. OKAY dalam konteks mana? Konteks hubungan aku dan Ari itu baik-baik saja kah? Atau konteks hubungan aku dengan Ari itu bukan sekadar kawan tetapi sebagai pasangan kekasih, itu baik-baik saja?
“Sekarang ni Ain dengan Ari lah ya? Akhirnya…” Kak Farah menjawab soalan Ain dalam bentuk soalan. Terasa nasi yang dia baharu sahaja telan, terlekat ditekak. Cepat-cepat air putih di sebelah dia teguk habis satu gelas. Joe yang memandang, pelik. Ain menghulur senyum pada dia. Apa pandang-pandang? Pelik sangatkah aku meneguk air tadi?
“Tak…Ain dengan Ari berkawan saja. Jangan salah sangka.” Ain menjelaskan keadaan. Kak Farah mengerling ke arah Joe di sebelah dia.
“ Ain single lah ni.” Abang Rafik mencelah. Haiii…macam ada apa-apa saja ni. Teka hati Ain.
“Macam tu lah Abang Rafik. Sekarang ni Ain nak tumpu kepada kerjaya dan macam Abang Rafik dan Kak Farah tahu, Ain nak buat Master tahun depan atau tahun yang lagi satu, Insya-Allah.” Ain memperjelaskan keadaan status dia. Kenapa tiba-tiba ruang makan ini terasa tidak selesa lagi. Seperti akan ada lagi soalan-soalan cepumas dari Kak Farah. Mahu saja dia meminta diri untuk balik.
“Akak masih ingat. Baguslah. Tapi Akak nasihatkan kahwin dulu. Baru tak sunyi di luar negara nanti.”
Sekali lagi Joe tersedak. Ain memandang Joe. Apa hal dengan Joe ni? Diserang musim batuk ke? Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bagaimana harus dia memperjelaskan dengan lebih jelas lagi kepada Kak Farah bahawa dia ketika ini sudah bernekad untuk tidak mahu bercinta lagi. SERIK! Dulu Hadif tinggalkan dia sebab Rifa yang sungguh anggun itu, dan kini Jeffri, tunang dia juga telah meninggalkan dia….tanpa sebab.Tanpa Alasan!! Kali ini parah itu lebih dalam kerana mereka sudah pun diikat dengan rasminya oleh keluarga. Cuma tunggu masa sahaja untuk disatukan. Cukup! Dia sudah SERIK!!
“Ain, kalau Akak nak kenalkan Ain dengan saudara Akak, boleh ya?” Soalan Kak Farah menjadikan pasangan mata Ain besar. Siapa? Joe di depan sudah selesai makan dan sedang mencuci tangan. Abang Rafik yang duduk di kepala meja menguntum senyum.
“Akak, saya nak ke laman belakang sekejap. Nak ambil angin.”
Kak Farah angguk. Joe bangun dan meninggalkan mereka.
“Ain berkenal-kenallah dulu. Kalau tak serasi Akak tak kisah. Boleh ya Ain?” Pujuk Kak Farah.
“Siapa saudara Akak tu?” Soal Ain yang juga sudah selesai makan. Tiba-tiba saja perutnya terasa penuh dan padat walaupun nasi yang ditelan tidak sampai pun separuh pinggan. Ada senyum yang sangat manis muncul pada wajah Kak Farah. Dia menjeling ke wajah suaminya di sebelah.
“Adam Nazrin.” Beritahu Kak Farah. Adam Nazrin? Macam pernah dengar saja nama tu. Haahhh?! Adam Nazrin tu bukan Joe Adam ka? JOE ADAM?! Kak Farah nak aku berkenal-kenal dengan JOE ADAM? Kak Farah sedang ‘match-making’ aku dengan JOE ADAM?! Biar betul. Patutlah tadi Joe terbatuk-batuk lah…tersedak-sedaklah… rupanya makan tengahari ini ada agenda ‘besar’.
[Cinta? Boleh Belah, Beb]
No comments:
Post a Comment