Ketika shooting di Kuala Jasin Endau Rompin: Malam
Siapakah puteri itu?
Hanya alir sungai sahaja yang menjadi latar indah pada babak yang sungguh ‘cantik’ ini. Mata Ain yang sejak dari tadi melekat pada monitor di depan Ari melirik kepada Joe di hadapan sana. Ada senyum kembang pada wajah Ain. Senyum yang kembang itu keras pada wajah bila tiba-tiba sahaja pandangannya menangkap kelibat seperti seorang perempuan yang sangat elok pakaiannya. Seperti seorang puteri, lebih tepat lagi. Dia tergamam dan mulutnya seperti terkunci. Cepat-cepat matanya singgah pada monitor di depan mata. Ya…dia ada di situ. Ain memandang Ari dan Ada yang sedang asyik memandang monitor. Tidak perasan kah Ari dan Ada dengan kehadiran perempuan seperti puteri itu? Dengan perlahan Ain menunjuk kelibat perempuan itu pada monitor. Tersembul mata Ari dan Ada. Cepat-cepat pandangan mereka berlari ke arah hujung sana. Seram bulu tengkok Ain ketika itu. Tegak.
[Tajuk cadangan: Cinta Boleh Belah]
Pengalaman kembara saya ke Endau Rompin bersama Majalah Libur beberapa tahun dahulu, adalah antara pengalaman yang tidak mungkin saya lupa. Endau Rompin sangat indah. 'Rahsia keindahan' yang bersembunyi di situ sukar untuk saya ceritakan. Khususnya Tasik Telaga Biru yang benar-benar menjadikan saya terpukau dan terpaku dulu.
'Dalam hutan lebat begini pun ada tasik?' Soal saya pada angin seketika dulu. Seperti berada di alam kayangan pun iya juga ketika itu.
Menyusuri kembali pengalaman itu saya ukirkan dalam novel akan datang saya [insyaAllah], tajuk yang dicadangankan adalah Cinta? Boleh Belah.
No comments:
Post a Comment