Nuffnang
Wednesday 28 October 2015
Monday 26 October 2015
Wednesday 21 October 2015
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014
Rumah Kecil Mama -HSKU 2014
Alhamdulillah, cerpen Rumah Kecil Mama (Disember 2014) dipersetujui dan dipilih para panel hakim HSKU 2014 sebagai salah satu pemenang kategori Cerpen Remaja.
Harapan saya semoga cerita ini...luahan 'rasa' seorang mama kepada puteri kesayangannya boleh dijadikan sebagai iktibar dan ada pengajaran yang boleh disisipkan di dalam jiwa.
Wednesday 14 October 2015
Maal Hijrah 1437
Selamat berada di ruang baharu. Azamkan dan pakukan dengan nekad, akan berlaku perubahan diri supaya diri dirahmati dan diberkati oleh Al Khalid. Bila jiwa dan hati sudah sebati dengan azam dan nekad yang diserap ini, Insya Allah jasad...fizikal, akan dengan perlahan mula berubah mengikut azam dan nekad yang sudah sebati dengan roh untuk mencari redha Ya Karim.
Hari pertama sudah sampai di pertengahan hari, hanya 353 kita berada di ruang 1437. Sekali lagi selamat berada di ruang ini dari saya dan keluarga.
Saturday 10 October 2015
Novel Gangster -Romantik: CHOWRASTA
Novel Gangster -Romantik -Chowrasta
Akan datang NOVEMBER 2015
Novel cinta yang dirangka dalam ruang Gangsterism. Ruang yang baharu pada saya sebagai penulis novel romantik. Sungguhpun begitu kerangka Gangsterism sudah lama saya faham. Kefahaman itu saja pelajari melalui kerangka Gangsterism film, kerana Film Studies adalah bidang saya. Pengaplikasian kerangka Gangsterism filem ke ruang Novel Chowrasta, ternyata mampu mengangkat dunia Chowrasta sebagai sebuah dunia Gangsterism. Alhamdulillah. Tetapi itu hanya sebahagian cabaran yang saya harus lalui. Separuh lagi adalah ruang era yang bukan 'milik' saya. Ruang lewat 60an dan 70an. Ruang yang asing, apatah lagi lokasinya di Pulau Pinang.
Menyelusuri ruang yang asing ini, saya suka. Banyak ilmu yang saya pelajari: sejarah, sosio-budaya dan sosio politik era ini. Di tambah pula, ada sejarah penting dalam era ini: Penubuhan Malaysia dan sejarah hitam Mei 13. Dua sejarah penting ini saya adun dan gaul agar sebati dengan ruang gangsterism dunia Chowrasta. Sungguhpun begitu, ruang yang 'ganas dan kasar' ini saya seimbangkan dengan rasa cinta. Berada di ruang cinta Chowrasta, memang sangat-sangat terasa perbezaan yang ketara berbanding rasa cinta yang pernah saya lalui: 26 Episod Gosip (2010), Wanginya, Bunga Rampai (2012), Skandalous Ika: Cinta Berani Mati (2013). Pertama ruangnya adalah Gangsterism dan kedua dunianya dunia lewat 60an -awal 70an. Dan ketika berada dalam pengalaman rasa inilah saya jatuh kasih pada Zaharah.
Publisher Mencorak Destini Publication
Thursday 1 October 2015
The First Draft-Teman Jiwa
It is now complete
Official 1st October, 12:30am, first draft...a very raw draft of Teman Jiwa completed. As usual, the manuscript will be safely kept...lets Teman Jiwa cook in an oven of mind before I start the second draft: to add its icing...or maybe some decorations.
Subscribe to:
Posts (Atom)