Nuffnang

Showing posts with label CHOWRASTA. Show all posts
Showing posts with label CHOWRASTA. Show all posts

Saturday, 10 October 2015

Novel Gangster -Romantik: CHOWRASTA


Novel Gangster -Romantik -Chowrasta

Akan datang NOVEMBER 2015

Novel cinta yang dirangka dalam ruang Gangsterism. Ruang yang baharu pada saya sebagai penulis novel romantik. Sungguhpun begitu kerangka Gangsterism sudah lama saya faham. Kefahaman itu saja pelajari melalui kerangka Gangsterism film, kerana Film Studies adalah bidang saya. Pengaplikasian kerangka Gangsterism filem ke ruang Novel Chowrasta, ternyata mampu mengangkat dunia Chowrasta sebagai sebuah dunia Gangsterism. Alhamdulillah. Tetapi itu hanya sebahagian cabaran yang saya harus lalui. Separuh lagi adalah ruang era yang bukan 'milik' saya. Ruang lewat 60an dan 70an. Ruang yang asing, apatah lagi lokasinya di Pulau Pinang.

Menyelusuri ruang yang asing ini, saya suka. Banyak ilmu yang saya pelajari: sejarah, sosio-budaya dan sosio politik era ini. Di tambah pula, ada sejarah penting dalam era ini: Penubuhan Malaysia dan sejarah hitam Mei 13. Dua sejarah penting ini saya adun dan gaul agar sebati dengan ruang gangsterism dunia Chowrasta. Sungguhpun begitu, ruang yang 'ganas dan kasar' ini saya seimbangkan dengan rasa cinta. Berada di ruang cinta Chowrasta, memang sangat-sangat terasa perbezaan yang ketara berbanding rasa cinta yang pernah saya lalui: 26 Episod Gosip (2010), Wanginya, Bunga Rampai (2012), Skandalous Ika: Cinta Berani Mati (2013). Pertama ruangnya adalah Gangsterism dan kedua dunianya dunia lewat 60an -awal 70an. Dan ketika berada dalam pengalaman rasa inilah saya jatuh kasih pada Zaharah.

Publisher Mencorak Destini Publication

Wednesday, 26 August 2015

Novel Gangster- Chowrasta



Novel Gangster: CHOWRASTA
Translasi dari Skrip Filem CHOWRASTA

Berlari di jalan tanah yang sesak dan berselerak denga rumah setinggan sudah biasa pada Hamid. Ruang yang tidak pernah sunyi. Ada jeritan sang ibu memarahi anak. Di hujung sana ada terdengar si isteri membebel pada suami. Di sini, suara perempuan-perempuan ronggeng gelak ketawa riuh. Di sana sini juga berjuntai baju dan kain jemuran pelbagai warna dan bentuk. Kalau penghuninya menyewa di tingkat atas, maka akan berjuntailah buluh atau kayu atau pun kayu panjang yang dijadikan ampaian. Dan sekiranya penyewa menghuni di tingkat bawah maka akan bersiratlah wayar  atau tali yang diikat dari penjuru ke penjuru, samada di belakang atau di depan rumah untuk dijadikan ampaian. Pada Hamid, rupa ruang yang sudah sebati dengan halwa mata dan telinganya ini, indah. Dia suka. Padanya, suasana ini sungguh meriah. 


[Chowrasta:2015- Mencorak Destini Publication]