Nuffnang

Tuesday, 27 December 2016

Teman Jiwa a.k.a Soulmate : Surat Itu


Kiah Terima Surat....






“Kiah…” Jerit Zana.

Suara rakan baik Nur Rukiah, singgah ke telinga bersama bayu melintas.Tudung yang senget benget, dia betulkan molek
sambil pandangan jatuh pada Zana, rakan dunia akhiratnya, sedang meniti laju batas ban ke arah
pondok.


Kiah…bagi aku tengok surat tu?” 

Pinta Zana sebaik saja sampai. Zana merampas surat di tangan Nur Rukiah dan membaca semua yang tercatat. Senyum melebar muncul pada wajah hitam manis itu. Terkejut Nur Rukiah bila jasadnya dipeluk erat.

“Tahniah… sukanya aku…. akhirnya impian
kau untuk keluar dari kampong ini berjaya. Cita-cita
kau untuk bekerja di syarikat besar, tercapai.”

Luah Zana yang masih memeluk erat jasad kecil Nur Rukiah. Senyum muncul pada wajah Nur Rukiah dalam celahan rasa keliru.

“Kau tak suka ka? Walaupun bukan setiausaha
tapi…Executive Assistant ni ala-ala setiausaha
juga. InsyaAllah…aku yakin suatu hari nanti kau
akan menjadi setiausaha pada orang besar-besar….
VVIP.” Ujar Zana bila wajah Nur Rukiah dia belek.

“Suka…sapa kata aku tak suka? Tiga tahun
aku belajar Degree in Office Management and
Technology di UiTM dulu, sia-sia sajalah kalau aku
tak suka. Tapi kan Zana…”

“Kalau dah ada TAPI…tak sukalah tu…” Balas
Zana. Nur Rukiah ketawa kecil.

“Entahlah.” Rukiah membelek wajah Zana.

“Aku suka Zana…tapi kenapa aku rasa sedih
dan sayu…”

“Aku faham… kau jangan bimbang sangatlah
pasal mak dan adik-adik kau kat kampong ni.
Abang Umarkan ada. Memang tanggunjawab dia
pun jaga mak dan tiga orang adik kau tu.” Zana
memberi semangat.

“Memang tanggungjawab Abang Umar. Tapi
aku kesian tengok dia. Sejak ayah aku meninggal
lima tahun lepas, dialah yang tanggung kami.
Mak.. aku beradik. Keluarga dia anak beranak.”Ayat Rukiah diam di situ sambil pandangannya mendakap bukit-bukau di depan mata. Rindu pada arwah ayah membelai jiwa.

“Sejak kena buang kerja dari kilang tahun
lepas, hidup dia semakin susah. Baik abang Umar
mahupun kak Nani, mereka tak pernah merungut
atau keluh kesah.” Rasa yang bergelora di dalam menjadikan pasangan mata bundar Rukiah
bergenang.

No comments:

Post a Comment