Nuffnang

Wednesday, 8 November 2017

Duhai Pulau Pinang...


Assalamualaikum,





Luruh rasa hati dalam pandangan redup apabila meneliti ruang Pulau Pinang yang disimbah air dari langit melalui gambar-gambar di skrin telefon. Sayu melihat wajah-wajah yang  harus berdepan dengan musibah ini. Semoga mereka semua dipermudahkan segala apa jua urusan dan tujuan serta keadaan. Amin.

Selama hidup, inilah pertama kali Pulau Pinang saya lihat dengan mudahnya hampir ditelan air. Tidak cukup dengan itu simbahan air dari langit yang hanya 15 jam saja tanpa henti (menurut laporan) ditemani dengan angin ribut yang sangat kuat. Dikhabarkan ada kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan mewah yang sedang dibina. Justeru, menjadikan Pulau Pinang lumpuh. Allahuakhbar, sungguhlah Dia Maha Berkuasa. Semuanya di dalam genggamanNya.

Dulu, Kelantan pernah mengalami musibah yang sama. Banjir 'luar biasa' pada saya. Nyaris-nyaris ditelah air dari langit juga. Hampir 'musnah' beberapa daerah di situ. Pada saya, kesannya masyarakat Kelantan menjadi lebih kuat melalui erti kesabaran yang dalam. Semoga masyarakat Pulau Pinang juga akan menjadi lebih kuat di dalam kesabaran yang ketat. InsyaAllah.

Di mana silapnya? Adakah sistem tali air yang menjadi punca? Saya tidak pandai meneka kerana saya bukan pakar dalam bidang ini. Biarlah yang pakar membuat kajian serta analisa dan kita yang tidak tahu apa-apa ini dengar saja penjelasan dari mereka.

Ada juga suara-suara berkata ini musibah Allah kerana engkar dan sombong terhadap DIA. Berdabik dada dan tetap menganjurkan Pesta Arak. Mungkin ya, mungkin tidak. Allahualam. Hanya Dia Maha Mengetahui. Siapa kita untuk menuduh dan mengandaikan begitu. Kalau benar biarlah hanya kita yang tahu. Kalau salah bagaimana? Nauzubillah.

Apa pun pada saya, kita harus ambil iktibar dan pengajaran dari musibah ini. Benar kata seorang pendita, pada kita mungkin musibah pada Dia Yang Maha Mengetahui, datangnya 'musibah' ini adalah sebahagian dari rahmatNya.

Semoga keluarga,  sahabat...Siti Adila dan keluarga dan penduduk Pulau Mutiara ini dalam peliharaanNya. 

1 comment:

  1. Assalamulaikum. Sayu, sedih,pilu dan hiba apabila membaca coretan ini. Tidak dapat digambarkan perasaan mereka semua.Ya, setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya dan kita sebagai manusia perlu sabar dan tabah untuk menghadapinya. kerana 'ujian adalah tarbiah dari Allah'.

    ReplyDelete