Pantas dan Ringkas Saja
Tiga malam yang lepas saya pulang lambat dan badan pun penat. Saya mahu rehat. Duduk di sofa merah kegemaran meneguk perlahan minum air rendaman goji panas sambil menonton tv. Seronokkan?
Sungguhpun begitu, perut masih perlu diisi tetapi malas untuk keluar apabila suami mengajak. Maka jalan penyelesaiannya adalah MASAK. Justeru, persoalan yang bersimpang siur adalah:
"Nak masak apa?
Jawapannya ada di sekitar dapur khususnya dalam peti sejuk. Hanya yang ada adalah deretan telur kerana barangan dapur tidak beli lagi. Persoalan yang seterusnya:
"Nak masak menu apa dengan telur?"
Pilihan adalah 1. telur mata 2. telur dadar 3. sambal telur 4. kurma telur 5. sweet sour telur atau 6. telur rebus saja. Pilihan Saya - SWEET SOUR TELUR. Okay?
Resepi:
Kumpulan A
Telur (semestinyalah)
Bawang Putih 3-5 ulas
Bawang merah 1-3 biji
Kumpulan B
Bawang besar sebiji
Daun kari/gula 1-3 ranting
( Ya...ini adalah pilihan hati. Tiada paksaan)
Sos tomato
Sos cili
Gula
Limau nipis (separuh)
Cara-Cara Masak
Langkah Pertama
Goreng telur (telur mata)
Langkah Kedua
Tumis daun kari sehingga keperangan. Kemudian campur kumpulan A dan tambahkan sedikit air. Kacau hingga kekuningan. Langkah seterusnya, masukan sos tomato (mengikut rasa) dan sos cili (mengikut rasa), gula dan perahan limau nipis. Kacau sebentar dan kemudian masukan telur mata
yang sudah digoreng ke dalam adunan tadi. Tambahkan separuh cawan air dan masukkan bawang besar. Kacau sehingga agak pekat. Hidang!
Bagaimana? Adakah serasi dengan citarasa anda?
No comments:
Post a Comment