Sayembara Penulisan Karya Kreatif Asasi 2017.

Antara
Daerah Pusaka Rindu dan Politik TV
Daerah Pusaka Rindu
Kedua-dua ruang rasa cerpen ini berbeza. Justeru menjadi unsur pencirian 'wajah' atau look and form yang tidak sama.

Daerah Pusaka
Rindu mempunyai emosi cinta dan rindu yang berlapis. Maka emosi dalam cerpen
ini lebih lembut dan halus berbanding Politik TV.
Daerah Pusaka Rindu saya garapkan dalam konsep look and form kisah cinta yang berlatarkan sosial budaya masyarakat Melayu melalui ironi pemikiran mereka. Azu yang berketurunan darah Francis Light, bertindak sebagai indeks dan konotasi ‘kambing hitam’ terhadap dendam sejarah penjajahan British. Adakah kerana mengalirnya darah Francis Light maka darah Melayu yang lebih pekat harus dinafikan? Maka cerita cerpen ini bertitik tolak dari ironi pemikiran melalui emosi dendam seorang yang bergelar MELAYU.

Politik TV
Politik TV
mengangkat emosi politik di sebuah
stesen tv. Melalui look and form
politik, cerpen ini bersifat kasar dan tegas yang berbaur kemungkaran. Berlatarkan sosio budaya
masyarakat industri tv dalam ruang
manipulasi yang berlapis-lapis 'permainan' orang tv dalam dunia Politik TV bertindak sebagai penggerak cerita.
Wang adalah kuasa atau kuasa itu wang? Walau apa pun definasinya pada golongan ini kedua-duanya bertindak sebagai tingkah kezaliman yang menjadi amalan di situ.

Sehubungan itu, kedua-dua cerpen ini sudah menjadi ‘ahli’ Antologi Cerpen SANG PENCINTA terbitan Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi).
Terima
kasih saya kepada barisan panel yang mengiktiraf dua karya ini sebagai Hadiah
Khas Panel.
Selamat menyambut Israk Mikraj dari saya dan keluarga.
No comments:
Post a Comment