Nuffnang

Saturday, 28 July 2018

JOM PI SABAH...Merangka Tentatif




Retrieve dari http://www.sabahtravelguide.com/en/mapguide/_sabah.php

MEMBELEK PETA SABAH

MERANGKA LAWATAN HUJUNG tahun 2016 agak sukar. Khususnya memilih destinasi yang ingin dituju. Anak-anak mempunyai pilihan sendiri. Khususnya si Akif yang sejak awal-awal lagi menyuara hasrat untuk ke luar negara atau percutian berkonsepkan pulau. Si kakak tidak kisah asalkan ke destinasi percutian itu perlu naik kapal terbang. Si bongsu pula mengikut saja, asalkan bercuti jauh. Manakala daddy gemar percutian gaya kembara. Memandu jelajah beberapa tempat menarik dan bukan hanya duduk setempat dan jalan-jalan.
            “Kita ke SABAH,” umum saya bila perbincangan dengan daddy sudah ada keputusan. Sudah dijangka bagaimana ‘rasa’ respon anak-anak. Terutamanya Akif.
            “Sabah? Ada apa di Sabah? Pasai apa Sabah?”
Antara mereka bertiga, Akiflah paling ‘membangkang’ keputusan ini.
            “Mak kata nak pi Bali, Lomboklah…Maldives.” Tambah Alif, si bongsu saya.
            “Menurut review, hujung tahun tidak tak sesuai pi sana. Musim hujan. InsyaAllah lain kali kita pi.”
            Maka penjelasan itu menjadikan mereka diam. Saya tahu Akif masih tidak berpuas hati.
            “Okay jugak, Alif tak pernah pi Borneo lagi.”
Hanya ketika itu saya baru sedar bahawa hanya Yasmin sahaja yang pernah menjejak kaki di  tanah Borneo - Kuching, Sarawak. Itu pun sudah lama. Belum masuk sekolah lagi si kakak ketika itu.
            Sabah menjadi pilihan percutian tahun itu beralasankan tiket penerbangan ketika itu murah berbanding harga tiket musim bercuti ke Sabah yang pernah saya lihat. RM2008 untuk harga 5 orang. Termasuk makan pergi dan balik dan satu bagasi ketika pergi dan percuma untuk semua bagasi ketika balik serta insuran. Pada saya harga ini murah.
            Atas nasihat suami dan dengan menggunakan pengalaman sebagai penolong produksi drama suatu ketika dahulu, maka bermulalah proses merangka route-map kembara JOM Pi Sabah…Bah ini. ‘Recce’ tempat, mencari kereta sewa serta merangka tentatif perjalanan. Proses ini tidak boleh dilakukan dalam masa sehari dua atau seminggu dua. Untuk saya, ia bermula seawal September, sebaik sahaja permohonan cuti diluluskan majikan.

Proses Perancangan:

Langkah pertama adalah menempah tiket kapal terbang ke Sabah. Maka sejak dari hari itu, dari hari ke sehari waktu di rumah digunakan untuk merangka konsep percutian kembara atau ‘travel-journey’ yang sering saya gunakan dalam penulisan kembara kami di blog dahulu. Impian dan hasrat yang digantung pada ranting langit, semoga percutian ini berbintang lebat seribu memori indah pada langit kenangan. Khususnya buat anak-anak.
 Langkah kedua dalam proses ‘recce’ ini adalah mencari peta Sabah yang sesuai, membelek dan memahami geografi Sabah dan membaca perihal tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Bawah Bayu itu. Ini pun mengambil masa dua tiga hari juga (memandangkan masa selalu sahaja tidak mengizinkan duduk di depan laptop). Banyak sebenarnya tempat menarik di Sabah. Kalau ikutkan hati mahu saja saya dan suami kembara seluruh Sabah. Sehingga ke Pulau Mabul di Semporna yang diceritakan sangat cantik.  Tetapi kos perjalanan dan kos tempat tinggal harus difikirkan dalam kewarasan hati dan akal. Dalam proses ini bajet ‘pre-production’ HARUS ditetapkan dahulu. Jangan melebihi dari had yang telah ditetapkan. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya menempah hotel atau resort bertaraf 4 atau 5 bintang. Selesa dan kemudahan yang disediakan pasti memuaskan hati. Justeru, saya dan suami memilih hanya kembara bahagian barat sahaja.
Langkah ketiga, bertanya-tanya kawan-kawan serta saudara yang ada di Sabah tentang route- map yang bakal dilakar. Juga membaca ulasan dan komen mereka yang pernah ke sana. Proses ini sangat penting, khususnya ketika dalam proses memilih hotel yang sesuai. Proses ini sebenarnya yang paling lama. Sebulan rasanya saya ber whatsapp…bertelegram dan membaca ulasan serta komen tentang tempat-tempat yang bakal menjadi destinasi kami serta laluan (jalan) yang bakal kami pilih. Barulah saya mula melakar route map JOM Pi Sabah. Hanya ketika dua minggu terakhir bulan Oktober baru saya mula proses menempah hotel atau resort. Ketika mencari dan menempah hotel ini, Kundasanglah paling susah. Semua hotel yang menjadi pilihan sudah penuh. Walhal tarikh percutian yang kami pilih adalah minggu terakhir persekolahan. Masih belum cuti sekolah lagi. Ketika itu yakinlah saya, bukan hanya saya saja yang berfikiran;

 ‘Elok bercuti pada minggu terakhir ini. Masih belum ‘sesak’ ‘

Route-Map Kami:

Maka route-map draft akhir selesai. Pada awalnya route-map dilakar adalah bermula dari Kota Kinabalu hingga ke Kudat dan kemudian turun hingga ke Tenom. Tetapi setelah ‘ditapis’, route-map kembara kami hanya sampai ke Beaufort sahaja.


            Apabila tentatif sudah siap saya siarkan di dalam whatsapp keluarga. Membaca perancangan yang telah dibuat menjadikan anak-anak khususnya si kakak teruja dan tidak sabar untuk bercuti. Setiap hari membilang hari untuk ke sana.


Tentatif Perjalanan Kembara Sabah
Day 1: 19hb
-Ke Tip of  Borneo dari  KK.
-Dalam perjalanan singgah di Kota Belud untuk solat dan makan tengahari.
-Pi Usukan Cove di Kota Belud
-Dari Kota Belud ke Tip Of Borneo...tengok sunset (kalau sempat).
-Check- in Chalet.

Day 2:  20hb.
-Check out
-Ke Rumah Panjang Kaum Rungus.
-Bergerak ke Kundasang melalui Kota Merudu.
-Singgah di Kota Merudu: solat dan makan tengahari.
-Sambung gerak ke Kundasang.
-Check in -hotel.

Day 3: 21hb
Jelajah Kundasang:
 - Dairy Farm,
- Kolam air panas Poring 3.
-Taman Kinabalu
- Sabah tea
- Pekan Ranau.

Day 4: 22hb.
-Check Out
- Ke Kota Kinabalu melalui Tamparuli.
-Singgah Rumah Terbalik.
-Solat dan makan tengahari.
-Singgah Karambunai
-Kota Kinabalu- check in.

Day 5:  23hb
- Island Hopping dan jalan-jalan bandar KK.

Day 6: 24hb
- Ke Beaufort dengan keretapi.
- Ke kuala Penyu
- 5ptg keretapi balik KK.

Day 7: 25hb
- Mosopiad Culture Village di Penampang.

Day 8:  26hb - Balik Kuala Lumpur.


 Pada yang ingin tahu pengalaman 'Route-Map' kami, akan saya ceritakan dalam bentuk bersiri/episod setiap Ahad.

 Kepada yang berminat saya izinkan Route-Map ini diguna-pakai. Silakan...kemudian kongsi lah di sini pengalaman anda.

No comments:

Post a Comment