BORNEO - SABAH
ASSALAMUALAIKUM SABAH....
KAMI TIBA DI SABAH SEKITAR jam 9.30 pagi dengan menaiki pesawat paling awal- 6.45 pagi. Perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil sama 2 jam 15 minit. Untuk pertama
kalinya anak-anak menjejak kaki di tanah Borneo dan mereka sungguh teruja.
Termasuk si abang-Akif.
Seperti yang dijanjikan, pemilik
kereta sewa akan menghantar kereta yang dipilih di lapangan terbang. Menyewa
kereta Exora untuk empat hari dengan harga RM150 sehari adalah murah. RM 600
yang dibayar hanya untuk empat hari adalah bantuan dari anak saudara sepupu – Ri
atau Rizal, yang bersungguh berusaha mencari kereta sewa untuk kami. Kalau
mengikut mudah.com, harga untuk empat
hari akan jatuh di antara RM 200-250 sehari dan akan hanya menjadi RM150 sehari
sekiranya menyewa selama tujuh hari dan ke atas. Anda kiralah sendiri jumlah
yang perlu dibayar sekiranya tiada pertolongan dari Ri. Banyakkan? Terima kasih
Ri. Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment