Nuffnang

Sunday, 22 July 2018

Pantai ‘Laut China Selatan’ Labuan.




Labuan dan Hujung Minggu

Percutian hujung minggu di Labuan tidak lama dulu seperti mimpi menjadi kenyataan. Sudah lama saya ingin melihat sendiri tanah Labuah di Borneo sana. Maka ketika suami ‘out station’ di sana, saya gunakan peluang ini untuk terbang sendirian ke situ pada hujung minggu.

‘Sini banyak orang Brunei’

Cerita receptionist hotel yang saya inap. Ramahnya menjawab setiap soalan saya sambut dalam rasa terima kasih. Katanya, di sini tidak seperti di Sabah kerana budaya ‘asli’ di sini tiada kerana masyarakatnya adalah golongan orang berhijrah. Baik dari Brunei mahupun dari Filipina.

Jalan Sungai Pagar.





Ketika di sana suami yang ‘bercuti’ pada hari tersebut membawa saya mengelilingi  Labuan. Sekejap saja sudah selesai. Itu pun kami singgah –lepak di dua tempat. Pertama, kami singgah-lepak di pantai ketika menyelusuri Jalan Sungai Pagar. Pantainya putih bersih mengadap laut China Selatan. Bertompok sana sini rumput laut berjemur di pantai.


 Pantai Layang-Layang Pula.





Kemudian kami lepak – makan pula di kawasan pantai Layang-Layang. Duduk lepak berdua dalam suasana redup hijau sambil telinga menangkap irama ombak, menjadikan jiwa tenang. Suasana begini bukan selalu saya bersemuka dan saya suka.




Pertemuan Indah.

Paling indah dalam momen kenangan ketika di Labuan adalah pertemuan semula saya, suami dan adik-adik undergrad ketika menjadi anak rantau di tanah ratu suatu ketika dulu. Melihat mereka yang masih serupa keadaan diri tetapi sudah berbeza pengalaman hidup: sudah bahagia berkeluarga dan ada yang sudah mempunyai anak, menjadikan saya dan suami gembira dan sedar, adik-adik  ‘kecil’ kami sedang meniti alam kedewasaan dalam erti pengalaman hidup. 



Terima kasih Ros dan suami dan juga Raj atas hospitaliti ketika akak dan abang di sana. Semoga kita dipertemukan Dia lagi.


No comments:

Post a Comment