Hari Kedua: Kudat –
Kundasang
Destinasi
Diari Kembara kami yang kedua adalah Kudat-Kundasang.
Selesai
proses daftar keluar dari Chalet yang saya panggil di ‘alam kedua’, kami menuju
ke pekan Kudat untuk bersarapan. Saya dan suami suka dan mahu mencuba menu
masyarakat tempat (local dish) yang halal (lah kan), kalau pergi ke mana-mana, maka
kami singgah di sebuah restoran. Menu kami masyarakat di sini adalah makanan
berbentuk mee sup. Sedap.
Bandar
Kudat adalah pekan paling besar bagi kaum etnik Rungus di Sabah (Rungus akan ‘dibincangkan’
dalam penulisan akan datang). Justeru dia dikatakan pusat kepada budaya kaum
Rungus di tanah Sabah. Terletak paling utara di salah satu tanduk Borneo.
Menurut
sumber, Alfred Hart Everett atau AH
Everett daripada British North Borneo Company, seorang
pegawai kerajaan British yang ditugaskan di Borneo, bertanggungjawab
dalam membentuk bandar Kudat dan kemudiannya ‘menabalkan’ bandar ini sebagai
ibu negeri British Borneo Utara. Pemilihan ini adalah berdasarkan bandar
Kudat terletak pada landskap geografi
yang stragetik.
No comments:
Post a Comment