Nuffnang

Tuesday, 16 July 2019

CITRA DUNIA KENDURI MERDEKA PUN 'HIDUP'


Gambar dari Facebook pengarah: Al Jafree Md Yusop

 MAKA PENGGAMBARAN PUN BERMULA


14hb Julai 2019 

Sekitar pagi, penggambaran telemovie khas Merdeka -Kenduri Merdeka, arahan Al Jafree Yusop diangkat melalui kreativiti DOP Pian Deli, maka watak dari skrip Kenduri Merdeka mula 'hidup' dan membentuk satu lagi kehidupan manusia di alam Melayu. Penggambaran hari pertama ini berlangsung sehingga sekitar jam 12.30 pagi rasanya.



Saya sempat singgah ke set Kenduri Merdeka sekitar malam. Untuk hari pertama, siang dan malam setnya hanya di rumah Pak Kob-ketua kampung yang sudah lima tahun kematian isteri. Hidup bahagia bersama dua orang anak perempuan, Hana (sulung) pereka dalaman yang bekerja di bandar daerah itu, orangnya cantik feminim saja sifatnya. Nana si adik, bakal doktor haiwan (sedang cuti semester) juga cantik orangnya, sifatnya  riang ria, kasar dan cerdas - tapi bukan tomboy ya (mungkin ketika mengandung dulu arwah isterinya inginkan anak lelaki kot)


Melihat bagaimana ruang dan suasana serta watak yang saya 'citrakan' (melalui ilham dan ilmu dari Sang Pencipta Al Khaliq Ya Alim)  hidup dan jelas di depan mata, adalah satu peluang dan rezeki Hadza Fadli Miim Rabbi. Alhamdulillah.

Gambar dari Facebook pengarah: Al Jafree Md Yusop

Saya kagum dengan imaginasi 'komedi' pengarah, kreatif mengadaptasikan skrip Kenduri Merdeka ke visual bersifat genre komedi melalui seni sinematik, khususnya gerak kerja kamera Pian Deli melalui angle dan shot. Kenduri Merdeka adalah komedi...maka elemen absurdity itu perlu.

Tunggu ya telemovie khas Merdeka -31 Ogos malam nanti- KENDURI MERDEKA!

No comments:

Post a Comment