Nuffnang

Tuesday 9 July 2019

Kenduri Merdeka-Telemovie Khas Merdeka


CERITA KOMEDI YA

'Sis, boleh bagi satu proposal cerita untuk telemovie tema Merdeka.'

Saya bolehkan saja kalau rakan seorang ini perlukan cerita. Maka malam itu saya duduk di depan laptop dan 'memanggil' idea yang berjiwakan Merdeka. Saya tapis dan 'tangkis' cerita yang melankolia atau drama yang berjiwakan nasionalisma dan patriotik khususnya ruang waktu sebelum dan ketika merdeka...pada saya sudah sering disiarkan dan cerita begitu jika saya ulangi lagi akan menjadikan cerita saya ini klise.

Bukan saya tidak suka cerita sebegini...saya suka ruang dan waktu era British sebelum Jepun menyerang. Bahkan saya ada menyimpan cerita ketika ruang dan masa ketika kekalahan British pada Jepun. Emosi rasa kisahnya adalah drama...berat. Cerita yang itu saya simpan dan berhajat untuk dinovelkan nanti.

Dalam hal telemovie khas Merdeka ini, saya ingin menghidupkan sebuah cerita berjiwa Merdeka dalam ruang suka-suka...riang ria bernaung di bawah genre komedi, sungguhpun begitu biar semangat nasionalisma dan patriotisma yang dilontar ke sanubari  kuat dan menyusuk hingga ke tulang sulbi.

Alhamdulillah...Hadza Miin Fadli Rabbi.  Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami apa yang saya inginkan. Maka idea Kenduri Merdeka yang pada awalnya diangkat melalui tajuk KPI Merdeka hadir pada akal dan melekat ke hati. Alhamdulillah...cerita ini TV3 suka dan dipilih untuk disiarkan.

Maka hujung minggu ini sesi penggambaran pun akan berlangsung. Arahan Al Jafree Md Yusop. Semoga krew, production team dan semua yang terlibat dalam penggambaran Kenduri Merdeka sentiasa dibawah peliharaan Ya Aziz. Semoga segala urusan Kenduri Merdeka berlangsung dalam suasana tenang, baik-baik, lancar, berjaya dan sentiasa dalam rahmat Al Mateen.

Ceritanya bagaimana? Tunggulah malam 31 Ogos nanti ya.
Siapa pelakonnya? Tunggu saja cerita saya di blog (minggu depan- InsyaAllah)
Siapa nak updates tentang shooting Kenduri Merdeka? Ada atau tidak ni....?

Tunggu ya telemovie khas Merdeka -31 Ogos malam nanti- KENDURI MERDEKA!



No comments:

Post a Comment