Nuffnang

Thursday, 8 August 2019

MERAIKAN BULAN KEMERDEKAAN








Persiapan Kenduri Sudah Selesai

Penggambaran Telemovie Kenduri Hari Merdeka sudah lama selesai. Sungguhpun begitu aura patriotik dan suasana kemerdekaan yang diangkat melalui alam itu semakin kian terasa dari sehari ke sehari. Apatah lagi ketika ini pada 5hb -13hb Ogos, pada jam 12:00 tengahari di Youtube Drama Sangat Official , kita dapat melihat bagaimana Pak Kob dan masyarakat kampung merealisasikan suasana patriotik ini di alam Kenduri Hari Merdeka.Semangat patriotik Pak Kob, Pak Noh dan Nana direalisasikan  oleh Zainol, Lukman dan Amar.

Amar, Zainol, Lukman dan Pak Kob


Menyemat semangat cintakan tanahair, kita tidak semestinya perlu menoleh ke belakang untuk mengutip dari kisah silam. Untuk mengaut kisah dari para pejuang kemerdekaan atau cerita derita sengsara masyarakat yang hidup di zaman itu. Ini kerana rasa itu sudah lama hilang bersama masa.

Jiwa rasa semangat cintakan tanahair dan derita sengsara mereka, walau dikaut sedalam mana pun melalui cerita mereka, masih tetap tidak sama. Kerana jiwa rasa mereka itu tulin dari hati yang sangat-sangat impikan sebuah kemerdekaan apabila di bumi sendiri mereka menjadi 'hamba'. Emosi yang berjiwa pada kita ketika ini hanyalah melapis nipis pada rasa kesenangan dan kemakmuran tanahair yang sudah merdeka.

Sebagai generasi yang hidup setelah bumi sendiri merdeka, kita harus menghormati dan berterima kasih kepada mereka melalui konsep mengenang, genggam dan junjung semangat kemerdekaan dan menjaga kemerdekaan negara ini dengan sekukuh dan sekuat mungkin agar  bumi yang merdeka ini tidak dijajah semula.

Maka ketua kampung seperti Pak Kob, masyarakat kampung seperti Pak Noh dan generasi muda seperti Nana perlu ada di dalam komuniti sebuah masyarakat yang sudah merdeka.



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sayangi Malaysia-Malaysiaku Bersih





No comments:

Post a Comment