Assalamualaikum
Salam Syawal kedua.
Bagaimana norma sambutan Aidilfitri baru ini? Sudah boleh menyesuaikan diri dengan budaya dan resam yang tidak seperti selalu? Mungkin yang pertama kali dalam hidup.
Saya faham suasana baru ini lain. Kesanggupan kita mengharungi kesesakan jalanraya yang luarbiasa demi untuk meraikan hari kemenangan ini bersama keluarga di kampung, perlu kita tinggalkan untuk kali ini. Resam ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan di kampung yang sudah lama tidak berjumpa juga perlu kita lupakan. Begitu juga adat menziarah pusara. Semua harus kita 'korbankan' untuk kali ini.
Chik Teq dan Chik Net |
Tahun ini saya dan keluarga tidak berbaju baru. Menempah pun tidak, membeli pun tidak juga. Suami dan Akif memakai baju Melayu tahun lepas (baju raya tahun lepas 2019). Kakak memilih jubah biru yang dia ada. Untuk disenadakan dengan warna baju daddy dan Akif. Si bongsu yang tertinggal baju Melayu biru gelap ini di asrama, memakai baju Melayu kuning (tema 3 tahun lepas). Masih muat? Sebab ini baju si abang. Baju sahaja muat elok tapi seluar sudah singkat (atas sejenkal dari buku lali). Maka saya harus senada dengan warna kuning sibongsu. Barulah nampak 'cantik'.
Menyambut Hari Kemenangan
Uncle Shukri dan keluarga |
Si kakak dan Pega sedang melayani sepupu (anak Chik Teq) |
Anak sulung Chik Teq sudah kenyang dan sedang menonton. |
Bbq keluarga di rumah Chik Net dan Chik Teq |
Sedapnya kambing dan ayam bakar |
Anak-anak panda bears/gummie bears/ ducklings saya. |
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Wassalam.
No comments:
Post a Comment