Nuffnang

Tuesday, 14 July 2020

Ride Santai Ke Cameron Highland: 3 Pitstop






Perancangan yang sudah lama bertangguh.


Perancangan sudah lama dibuat. Hanya pada Sabtu - 11 Julai 2020 baru-baru ini InsyaAllah dilalui pengalaman ride ke Cameron Highlands balik hari. Alhamdulillah pada saya dan suami, pengalaman  melihat keindahan Al Khaliq melalui perspektif lebih dekat.

Pitstop Putra Heights

Mengambil keputusan untuk bersarapan saja di rumah, maka kami tidak berhenti di mana-mana lagi untuk makan pagi. Bertolak dari rumah sekitar jam 8 pagi. Kami mengisi minyak atau pitstop pertama di Putra Heights.  

Pitstop kedua-Tanjong Malim


Dari sini ke kaki Cameron Highland sebanyak 3 pitstop dilalui. Pitstop kedua adalah di Tanjong Malim dan yang ketiga adalah di Tapah, sekitar jam 10.50am.


Sebelum naik ke Cameron Highlands, kami lepak-dating dulu di Costa CafĂ©. Merancang dan menyusun semula ride kami sekali lagi. Agenda kami mudah. Di Tanah Rata kita makan tengahari bersama rakan sekolah menengah sejak SPM tidak bertemu. Kemudian naik ke Brinchang. Jalan-jalan sekitar di situ sebentar. Apabila turun barulah merancang untuk berhenti di ladang teh, Lata Kinjang dan lepak makan durian. Mudah dan ringkas kan? 




Jom kita naik Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment