Nuffnang

Sunday 28 December 2014

2014...Goodbye And Thank you


A Moment Now A Nostalgia


ALHAMDULILLAH

2014 is yet to say goodbye. With a big smile I am waving slowly with a humble heart...2014 is a great year for me. Thank you for 365 wonderful moments...Alhamdulillah.

My doa is 2015...each 365 days will be blessed with even more greater moments and will be cherish with 'rahmat, barakah & rezeki mu Ya Allah, Al Quddus, Al Razak, Ya Karim, Ya Wahab, Ya Aziz & Ya Jabbar'.



Sunday 10 August 2014

Selamat Menyambut Aidilfitri

Ramadhan seperti biasa pergi setelah tiba masanya. Kini Syawal mengganti ruang dalam diri yang masih merindui Ramadhan yang Barakah.

Selamat Menyambut Aidil Fitri dari saya dan keluarga.




Friday 6 June 2014

Musim Cuti: Pulau 26 Episod Gosip






Pulau 'Cinta Gila-Gila Ain'

Cuti sekolah penggal ini saya dan daddy membawa anak-anak ke Pulau Kapas. Pulau yang ketika dulu pernah kami kunjungi bersama rombongan jelajah Majalah Libur…mungkin sekitar 2006. Pengalaman itulah menjadi salah satu latar 26 Episod Gosip. Pulau Kapas sungguh pesona.



Sepanjang perjalanan di dalam bot, cerita pengalaman cinta ‘gila-gila’ Ain melayang-layang di ruang mata. Terasa sungguh dan sangat dekat pada hati. Dan sebaik saja kaki saya kukuh di lantai simen jeti, ‘kenangan’ itu semakin kuat menggoncang akal dan kian jelas di sepanjang pantai Chalet Kapas Island Resort (yang kini sudah bertukar nama kepada Kapas Island Resort & Spa). 



Tiga hari dua malam saya di Pulau ‘Cinta Tiga Segi Ain’.  Pulau kecil ini sudah banyak berubah. Namun ‘setting’ kisah Ain masih ada: gerai keropok lekor yang sering krew abang Rafik kunjungi saban malam ketika di Pulau Kapas, chalet-chalet yang dulu masih kukuh di situ . Pantai di mana Ain menampar Jeffri pun masih seperti dulu- cantik, gebu dan pesona.


Tiga hari dua malam saya bercuti di Pulau ’26 Episod Gosip’ ini, ada pengalaman baharu yang tiada di dalam cerita Ain. Malam pertama kami di sana, seekor penyu singgah bertelur. Menunggu dan menanti si ibu penyu bertelur dan kemudian mengiring dia pulang semula ke pantai, suatu pengalaman dan kenangan yang pasti akan melekat lama pada ingatan anak-anak.

Alhamdulillah, anak-anak berpuas hati dan sangat gembira. Sehingga ada yang bertanya, ‘Mak, cuti bulan 12 nanti, nak ke mana pulak?’

Selamat bercuti bersama keluarga.


** Bulan Syaaban sedang bertandang. Itu tandanya Ramadan bakal berkunjung ganti. 
    Sudah bersiap sedia menyambut bulan Barakah ini?

Friday 3 January 2014

Salam Tahun 2014: Yang Bernama Hati




Salam Tahun 2014

Sudah tiga hari kita berada di tahun 2014. Usia kita meningkat setahun lagi, kalau angka umur kita hitung mengikut kalendar Georgian. Tapi sebenarnya umur kita sudah lama bertambah, sejak Muharram lepas; 5 Nov 2013.

Lega dan bahu sudah ringan bila cerita Ain sudah tamat dan sudah saya ‘serahkan’ ke meja penerbit melalui emel. Kini menanti keputusan saringan dengan hati yang berdebar. Manuskrip novel Cinta? Boleh Belah! Sudah saya tukar menjadi Yang Bernama Hati: Roll, CINTA, Aksi!

Menulis kisah Ain kali ini, banyak perkara saya pelajari. Antaranya, bagaimana sukarnya kita boleh menjadi manusia yang sangat sukar memaafkan si pesalah sekiranya  hati terluka oleh luluh derita. Namun memberi maaf itu adalah anugerah dari Al-Khaliq, Ya Ghaffur, kepada hambanya untuk melahirkan ketenangan dan lapang di dalam hati:

Snippet Dari Manuskrip Novel: Yang Bernama Hati: Roll, CINTA, Aksi!



            Mata Ain membulat besar bila terpandang sejambang ros merah di atas meja kerja dia. Faizal yang duduk setentang, tersenyum. Kalau jambangan bunga ni dari Faizal, untuk sengaja mengusik, akan dia tonyoh-tonyoh jambangan bunga itu ke muka Faizal atau akan dia mandi bungakan penerbit popular ini. Gatal! Sengaja cari pasal dengan dia.


“Ni kerja kau?” Soal Ain yang mengangkat dan membelek jambangan ros merah. Mencari kad pengirim.
“Tolong sikit ya…membazir duit aku saja bagi jambangan bunga ni pada kau. Lebih baik aku bagi pada Neelofa.” Senyum Faizal masih tidak lekang.
“Wah kau dapat bunga. Dari siapalah agaknya tu ya?” Usik Dila yang baharu saja muncul di tempat dia. Ain membelek kad yang terselit sambil senyum lebar.

Dari pemujamu
Ari Zaman

Hilang terus senyum Ain. Ari Zaman?! Kenapa dia pula yang hantar bunga ros ni. Potong mood betullah. Tak suka!
            “Kau nak? Ambillah.”
Dila yang melihat, terkejut. Pandangannya dia hala pada Faizal yang juga punyai reaksi yang sama. Terus Dila merampas kasar kad ditangan Ain. Nama Ari jelas pada mata Dila.           
“Salah orang, Faizal.” Jelas Dila pada Faizal.
            “Kau nak? Ambillah.” Ulang Ain sekali lagi.
            “Tak nak aku. Kau ingat aku ni apa? Tong sampah kau. Okay…aku ada mesyuarat produksi ya…babai.” Ujar Dila sambil melangkah meninggalkan Ain dan Faizal.
            “Faizal…nak? Bagilah lah pada Neelofa kau tu.” Ujar Ain pada Faizal pula.
            “Kalau akulah jantan tu…sumpah aku kecil hati dengan kau ni. Suka tak suka itu belakang kira. Yang penting dia ingat kau. Mahal tu. Simpan sajalah. Tak baik..kecik hati dia. Aku sebagai lelaki…terasa tau…pedih ni.” Faizal meletak kedua tangan dia pada dada kiri. Pandai sungguh Faizal bagi ceramah pasal hati pada dia. Faizal dan Ari sama saja. 

Selamat melangkah ke alam 2014 dari saya dan keluarga.