Menu Dari Peti Sejuk
Hari cuti tidak selalu saya dan keluarga duduk rehat-rehat
di rumah. Selalunya akan ada saja aktiviti bola anak-anak bujang. Kalau bukan
si abang, harus ke padang bola untuk perlawanan si adik dan begitulah
sebaliknya. Ada ketikanya, abang dan adik mempunyai perlawanan bola pada
hari yang sama. Maka saya dan suami harus berbahagi tempat. Kalau tidak kerana hal anak-anak, saya atau suami akan ada hal lain yang ‘tidak membolehkan’
saya masak, kerana harus ke sana dan ke sini menguruskan hal berkenaan. Maka lauk pauk tengahari 'dibungkus' dari kedai saja.
Hari ini saya cuti dan hari ini tiada apa-apa aktiviti, maka
saya MASAK! Pagi-pagi lagi saya sudah bercadang menu kurma ayam dan sayur
campur untuk makan tengahari nanti. Tetapi sayur apa?
RESEPINYA:
Kumpulan A
1. Bawang Putih
2. Bawang Merah
Kumpulan B
1. Cendawan Shitake
2. Kobis
3. Lobak Merah
Cara Memasak.
Tumis Kumpulan A sehingga masak atau garing (ikut citarasa
sendiri). Tabur sedikit secubit rasa (ikut kehendak hati. Kalau tak mahu pun
tak apa).
Masukkan cendawan dan tambah sedikit air. Goreng sebentar. Biarkan perisa cendawan itu sebati dengan air.
Kemudian masukkan lobak merah dan gaul lebih kurang lima ke 7 tujuh minit.
Akhir sekali masukkan kobis dan taburkan sedikit garam (ikut citarasa). Gaul sehingga daun kobis menjadi lembut sedikit (pada yang suka kobis menjadi lembut dan lembik boleh saja, tak ada masalah). SIAP!

Bagaimana dengan menu ini? Serasi dengan citarasa anda?
Selamat Menyambut Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah.
No comments:
Post a Comment