Nuffnang

Saturday, 4 November 2023

KEMBARA XI'AN, CHINA (EPISOD 1): BIAR BETUL INI HOTEL YANG DITEMPAH?



 

 XI'AN


Khamis 26hb Oktober 2023, pertama kali saya dan suami jejaki Tanah China. Daerah Xi'an di wilayah Shaanxi. Ruang awal musim luruh. Suhu 14 darjah celcius, 9.00 malam. Xi'an atau Hsi-an atau Sian adalah ibu negeri wilayah Shaanxi. Justeru, kehadiran kami di bumi ini adalah kembara ilmu. Saya adalah salah seorang pembentangkan kertas kerja di seminar antarabangsa dan suami adalah peserta.


Berlegar-legar dalam ruang lapangan terbang antarabangsa Xi'an mencari pintu keluar yang diminta oleh pemandu shuttle hotel, terasa asing. Seperti melangkah ke dimensi lain. Benar, saya dan suami melangkah ke alam landskap China yang selama ini  hanya dirasai oleh pandangan mata melalui drama tv, filem ataupun Youtube. Sungguh, kami ketika itu buta dan pekak bahasa. Kami tahu itu tonasi dan butir bahasa Mandarin. Tetapi semuanya terbang ke telinga seperti bunyian dalam irama yang tiada makna. 



Benarkah ini hotel Holiday Inn Tuwo?

Malam pertama saya dan suami di sini, kami menempah hotel yang berdekatan dengan kawasan airport - Holiday Inn Tuwo (Xi'an Xianyang International Airport), melalui Trip.com. RM72.94. Terasa rugi kalau tempah hotel di 'bandar Xian'. Atas alasan sudahlah sampai malam dan hanya satu malam saja. Hotel yang menyediakan shuttle dari airport ke hotel. Menunggu agak lama (lebih kurang sejam) walaupun dimaklumkan hanya 10 minit dari airport ke hotel. 


Shuttle yang ditunggu tiba. Kereta sedan hitam. Pemandunya perempuan berambut pendek dan berkaca mata. Berbaju biasa dan bukan pakaian seragam hotel. Dalam lingkungan usia lewat 30an (mungkin). Cantik. Maka bermulalah komunikasi suami dan pemandu menggunakan google translator. (Terlupa saya nak snap gambar). Seperti yang dinyatakan, jarak antara airport dan hotel tidak jauh. 

Sebaik saja sampai, saya terkejut dan tergamam kerana hotel yang berada di depan mata dan gambar di Trip.com, tidak sama. Lain sama sekali. Hotel di depan mata ini, ruangnya seperti hotel lama dan seperti motel pun ya juga. Rupanya pemandu perempuan tadi adalah pemilik hotel ini. Urusan daftar masuk diuruskan dia. Mudah kerana pembayaran sudah kami lakukan melalui Trip.com. Hal ini menjadikan saya keliru. Adakah saya dan suami kena scam?


Dengan Bismillah saya dan suami melangkah masuk ke bilik. Tergamam lagi saya tatkala melangkah masuk ke dalam bilik. Terasa seperti berada dalam ruang dan waktu, atau dalam bahasa filem mise-en-scene lewat 60an. Maka ketika ini saya yakin kami kena tipu atau kena scam.  


Saya mohon rakan tolong terjemahkan nama hotel dan ternyata benarlah hotel ini bukan hotel yang ditempah melalui Trip.com - Holiday Inn Tuwo (Xi'an Xianyang International Airport). Tetapi Xianyang Mingxuan Express Hotel.

**Bukan Bianfang Village tetapi Leijia Village.

Saya berhenti di sini, akan sambung bercerita dalam episod akan datang. 

Assalamualaikum.



Thursday, 15 April 2021

Jelajah Sabah Secara Maya

 


TREATMENT DULU YA

"Saya nak treatment." Kata Encik Mat selaku bakal pengarah untuk skrip DEMI. 

Maka proses membuat treatment pun bermula. Bermula bagaimana? Dengan membelek peta Sabah. Saya 'menjelajah Sabah' dengan peta melalui maya. Mencari route yang logik dan sesuai untuk digerakkan cerita. Dalam pada masa yang sama, niat dan perancangan adalah untuk mengangkat budaya dan warisan masyarakat pribumi di situ. Oleh kerana masyarakat pribumi di sini banyak dan pelbagai, saya harus memilih. Untuk memilih saya perlu buat kajian tentang budaya setiap satu masyarakat yang ada di situ. Apabila route saya sudah kenal-pasti. Maka saya pilih masyarakat Bajau Darat, Murut, Rungus dan Kadazan Dusun.

Semasa proses mencari route yang sesuai untuk Thea kembara mencari rindunya, sungguh ketika itu saya dengan perlahan-lahan jatuh suka dengan Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Rasa ini menjadikan saya ingin sendiri rasai pengalaman jelajah ini. Maka Nov 2016 kalau tak salah saya, kami sekeluarga bercuti di Sabah.

Ya 2016. Maka kisah Thea ini sudah lama ditulis. Apabila hajat hati untuk dihantar pada Penerbitan Aha pertengahan tahun 2020, maka manuskrip ini perlu saya semak dan 'perbaharui' semula supaya 'up to date'.

Kisah sambung kisah kembara saya mengikut jejak Thea.

Monday, 5 April 2021

Demi Rindu Itu...Ideanya Bukan Milik Saya.



Idea Demi Rindu Itu... 

Kisah dan pengalaman menulis cerita Thea, ideanya bukan dari saya. Idea ini datangnya dari Encik Ahmad Ibrahim atau dunia industri hiburan (khususnya filem dan television- kenal dia sebagai Mat London). Suatu hari, saya dipanggil ke biliknya (di Fakulti Filem , Teater dan Animasi) dengan khabar ada cerita yang dia nak saya kembangkan sebagai skrip filem. Ketika itu Encik Mat ini adalah Sarjana Kreatif di situ. Idea Demi Rindu Itu...ringkas saja dari Encik Mat. Encik Mat menceritakan plot utama dari A hingga ke Z. Saya dengar sambil mengambil nota. Tajuk yang diberi ketika itu adalah DEMI. 

Dari Idea Ke Cerita Penuh

Maka tanggungjawab saya sebagai penulis skrip, memperkembangan idea Encik Mat tadi menjadi sebuah cerita penuh. Cerita yang dibentuk dari struktur 3 ACT. Lebih detail dan  ada 'in depth' cerita. Kisah yang ditulis perlu diambil kira konsep penceritaan sinematik atau cinematic storytelling. Bukan mudah ya. Silap-silap haribulan boleh jadi gaya penceritaan novel.

InsyaAllah saya akan ceritakan proses dan pengalaman ketika menulis cerita Thea nanti.